Jodoh itu dah ditentukan sejak azali lagi. Yang membezakannya ialah cepat atau lewat sahaja. Namun begitu kenapa sesetengah individu (lelaki atau perempuan) sukar mendapat jodoh? Adakah kerana usia, status, atau harta? Di sini aku nak share sedikit info yang aku kenalpasti kenapa sukar mendapat jodoh:-
1. Terlalu memilih
Ini adalah realiti dunia hari ini. Ramai yang terlalu mementingkan rupa paras luaran dalam memilih pasangan. Tapi apa yang perlu dititikberatkan sebenarnya adalah kecantikan dalaman. Cuba bayangkan pasangan anda mempunyai rupa paras menarik tetapi suka berpeleseran dengan lelaki @ wanita lain. Apa perasaan anda? Kan lebih penting kecantikan dalaman itu.
2. Kurang pergaulan
Melalui pemerhatian, di dapati segelintir lelaki atau perempuan suka bergaul dalam kelompok kaum sejenis mereka sahaja. Mungkin mereka merasa selesa jika bergaul sesama mereka dan mungkin juga ada yang berfikiran jika bergaul dengan kaum berlainan jantina, keselamatan mereka tidak terjamin
3. Pengorbanan
Ada segelintir mereka ini melakukan pengorbanan untuk memastikan adik-beradik mereka yang lain berjaya dalam hidup terutamanya mereka yang dari keluarga yang susah. Akhirnya adik-beradiknya bertemu jodoh awal dan dia pula sebaliknya.
4. Status pekerjaan dan pendidikan
Tidak di nafikan status pendidikan dan pekerjaan adalah penyebab ramai yang sukar bertemu jodoh. Apabila berjawatan besar pastinya kita mahukan pasangan yang setaraf. Malangnya mereka yang berjawatan besar biasanya dah berkeluarga. Apa pula menyambung pengajian ke peringkat Master dan PHD dengan harapan akan mendapat pasangan tapi malangnya masih jua tidak bertemu jodoh
5. Takut nak mulakan dulu
Malu tapi mahu. As simple as that. Tak kiralah lelaki atau perempuan, masing-masing ada perasaan takut nak mulakan dulu. Yelah, takut cintanya tidak di terima. Biasalah, kenyataan itu pahit untuk di telan. Janganlah lepas itu terjun bangunan pula.
6. Fobia
6. Fobia
Saban hari kita di hidangkan dengan kes-kes penceraian dan keganasan rumah tangga di media massa. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi sebahagian daripada kita untuk tidak memikirkan soal jodoh.
7. Pesanan orang tua
Biasanya apabila masuk Universiti, si ibu akan berpesan kepada anaknya supaya berlajar rajin-rajin, jangan bermain cinta. Dah habis belajar barulah memikirkan soal jodoh. Tapi malangnya apabila sudah tamat pengajian dan mula berkerja tiada pula bertemu jodoh.
8. Perigi cari timba
Peribahasa ini sesuai untuk perempuan. Ketahuilah olehmu bahawa lelaki yang berkualiti pada zaman ini dah semakin hari semakin berkurangan (tolak yang masuk pusat serenti, mat rempit, penjenayah, dan yang bertukar status ke "wanita"). Oleh itu tiada makna lagi peribahasa ini. Tak salah rasanya jika perempuan yang mulakan dahulu daripada dapat lelaki yang "tidak berkualiti" ini.
Sebenarnya ada lagi 18 sebab lagi kenapa sukar mendapat jodoh. Takut anda pula tak larat nak baca pula. Cukuplah dengan 8 faktor utama ini. Kepada sesiapa nak tambah point bolehlah komen di bawah ini. Sharing is Caring kan..
Adios~~~