Umum mengetahui tugas seorang posmen adalah untuk menghantar surat ke destinasi yang di nyatakan. Pejabat Pos biasanya menetapkan jangka masa tertentu untuk setiap surat sampai ke tangan penerima.
Walaupun dateline telah di tetapkan tetapi ini tidak bermakna posmen perlu menunggang dalam keadaan laju untuk menghantar surat. Agak mengejutkan apabila segelintir posmen "merempit" semasa bertugas.
Tak percaya jon kita terjah video di bawah ini:-
Memang berbahaya kan gaya tunggangan posmen ni. Walaupun aktiviti ini dilakukan di jalan yang agak lenggang, tetapi ia tetap membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Sedikit sebanyak posmen ini telah memburukkan imej Pos Malaysia. Jangankan di sebabkan nila setitik rosak susu sebelangga.
Kalau nak merempit sekali pun janganlah memakai pakaian seragam yang melambangkan pekerjaan anda dan jangan salah gunakan kenderaan milik majikan anda..
Adios~~~~