Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan Malaysia VS Manchester City Live 30 Julai 2012 (Perlawanan Persahabatan)


Inilah dia keputusan penuh Malaysia VS Manchester City live 30 Julai 2012 Manchester City Summer Tour 2012 (perlawanan persahabatan) :-


Malaysia 1-3 Manchester City

  • Malaysia : Azamudin Akil
  • Manchester City : Sergio Aguero, Carlos Tevez, Andy Johnson


Malaysia kalah 1-3 kepada Manchester City dalam perlawanan yang di dominasi oleh kelab dari Manchester. Secara keseluruhan pergerakan Malaysia mudah dipatahkan oleh pertahanan Manchester City.


Pergerakan Carlos Tevez, Sergio Aguero, Yaya Toure dan Andy Johnson banyak mengucarkacirkan benteng Malaysia sehingga berjaya menjaringkan 3 gol manakala Harimau Malaya hanya mampu meraih gol saguhati menerusi Azamudin Akil.


Ini perlawanan pertama melibatkan Malaysia menentang Manchester City. Untuk rekod, Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Arsenal pada perlawanan persahabatan yang berlangsung pada 24 Julai 2012 lalu manakala Manchester City menumpaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sarang Burung di China baru-baru ini.


Perlawanan Malaysia VS Manchester City ini telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada jam 9.45 malam 30 Julai 2012. 


Perlawanan Malaysia VS  Manchester City  ini telah bersiaran langsung (live) di Astro Arena saluran 801 jam 9.30 malam. Minta maaf live streaming saya akan kongsikan pada perlawanan ini.


Secara keseluruhan, Malaysia memang bukan tandingan Juara Liga Perdana Inggeris ini namun diharapkan beberapa kelemahan yang ketara dalam perlawanan ini dapat diperbaiki sebelum menjelangnya AFF Piala Suzuki 2012...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Duit Raya Peneroka Felda 2012 : RM400 Seorang !



Duit raya peneroka Felda untuk 2012 ialah RM400 seorang. Pemberian wang raya peneroka Felda telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad  29 Julai 2012. 


Manakala peneroka yang tidak bersama Felda (tidak menjual hasil tanaman kepada Felda) akan menerima RM200 seorang.


Untuk rekod, pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini berjumlah RM43.2 juta, bertambah RM0.6 juta atau 1.39% berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.




Semoga pemberian duit raya ini dapat membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya peneroka Felda. Lepas ini agensi manakah pula yang mahu menuntut bonus atau duit raya dari kerajaan? Jika ada, jangan malu dan segan kerana kerajaan akan sedaya upaya memenuhi permintaan maklumlah pilihanraya dah dekat....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Proton Preve Sapphire




Inilah dia Proton Preve Sapphire atau dikenali sebagai Proton Preve Special Edition (SE) yang  ditayangkan dalam 1 showcar baru-baru ini. 


Jom kita terjah koleksi gambar menarik Proton Preve Sapphire a.k.a Proton Preve Special Edition (SE) dengan lebih dekat lagi :- 






Jika diperhatikan lining silver lining di bahagian kat fog lamp seakan rekabentuk yang boleh didapati pada BMW 3 siri baru. Kebetulan atau memang ditiru dari  BMW 3 ?




Melihatkan tiger wing pada Proton Preve Sapphire ini tampak menarik apabila sudah di”bold”kan atau lebih tebal daripada wing Preve yang asal ditambah dengan lining di bahagian belakang dichromekan baru kelihatan seimbang, padat dan gagah.


Mungkin ramai yang tak tahu apa yang istimewanya pada pada Proton Preve Sapphire ini kan. Jom kita terjah permbaharuan yang di tampilkan pada model ini :-  

  • Bumper depan restyled
  • Gun metal grey colour
  • Bodykit
  • Smoked front dan rear lights
  • Blackened rooftop
  • Bolder chrome ‘proton wings’
  • Two-tone leather interior
  • LCD screen at back of front seats
  • Silver coloured door handles
  • Chrome horizontal bar at the back
  • Sport rim 18 inci








Secara peribadi, saya merasakan rekabentuk dasboardnya masih lagi kelihatan 'kurang ummph'. Harap proton boleh memberikan perhatian aspek ini di masa akan datang


Tak sangka Proton Preve di “make up” sampai begini hasilnya. Jikalau ia dijadikan sebagai realiti, pasti menarik!! Cuma buat masa ini masih belum ada perkhabaran sama ada ianya akan di realitikan atau tidak. Hanya masa akan menentukan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



BREAKING NEWS


Kakitangan awam akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500. Bonus kakitangan awam setengah bulan gaji ini diberikan sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 manakala bayaran khas kewangan RM500 diberikan kepada pesara kerajaan.


Pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ini diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bayaran bonus ini akan dibuat pada 9 Ogos 2012 ini. 
    

Untuk rekod, bayaran bonus kakitangan awam kali ini adalah sama dengan bayaran bonus kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 lalu. 


Memang untung menjadi penjawat awam, sebelum ini mereka mengalami kenaikan gaji antara 7-13% awal tahun ini, kini dapat pula bonus setengah bulan gaji ! 


Maklumlah pilihanraya dah dekatkian. Minta apa pun InsyaAllah kerajaan akan tunaikan. Apa-apa pun diharapkan dengan bayaran bonus ini dapatlah penjawat awam membuat persediaan awal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~


Keputusan Malaysia VS Arsenal Live 24 Julai 2012 (Perlawanan Persahabatan)


Inilah dia keputusan penuh Malaysia VS Arsenal live 24 Julai 2012 Asia Tour (perlawanan persahabatan) :-


Malaysia 1-2 Arsenal 
  • Malaysia : Azmi Muslim (46')
  • Arsenal : Thomas Eisfeld (86'), Chuke Aneke (87')

Keputusan Malaysia VS Arsenal menyaksikan Malaysia kalah 1-2 di tangan Arsenal. Pada awalnya Malaysia dilihat mampu melakarkan kejutan apabila mendahalui pada minit ke 46 menerusi sepakan jarak jauh Azmi Muslim menjadikan kedudukan Malaysia 1-0 Arsenal.


Ketika permainan menuju ke penghujung perlawananan, Arsenal berjaya mendapat 2 gol secara berturut-turut menerusi Thomas Eisfeld dan Chuke Aneke sekaligus Arsenal mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Malaysia.  




Perlawanan Malaysia VS Arsenal ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam 24 Julai 2012. 


Perlawanan Malaysia VS Arsenal ini akan bersiaran langsung (live) di Astro SuperSports saluran 817 jam 9.30 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini.


Apa-apa pun tahniah buat anak buah K. Rajagopal yang berjaya mengekang Arsenal bermaharajalela dalam perlawanan ini. Jika kesebelasan utama dikekalkan pada separuh masa kedua ada peluang Malaysia menang ke atas Arsenal. Mungkin hilang fokus di saat-saat akhir permainan perlu diperbaiki lagi oleh skuad Harimau Malaya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




Kadar zakat fitrah 2012/ 1433H negeri-negeri di seluruh Malaysia telah pun ditetapkan. Kadar zakat fitrah 2012 kali ini tak jauh berbeza dengan kadar zakat fitrah 2011 lalu. 


Jom kita terjah kadar zakat fitrah 2011/ 1432H mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia  :-




Waktu mengeluarkan zakat fitrah 

  • Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. 
  • Waktu yang paling afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya. 
  • Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadhan. 
  • Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal. 
  • Waktu haram : Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Kepada yang ingin membuat bayaran zakat fitrah boleh dibuat di masjid dan surau di seluruh negeri termasuk di kompleks beli-belah yang turut menyediakan Amil Zakat.


Untuk mereka yang mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya pastikan anda jangan lupa membuat pembayaran nanti ya.


Yang pasti jumlah kutipan zakat fitrah ini nanti akan disalurkan kepada golongan asnaf bagi meringankan beban mereka terutamanya untuk menyambut kehadiran Aidilfitri ini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~




Caj Setem Pos Kad Raya : 50 Sen Sahaja !



Kadar caj setem pos kad raya 2012 ialah hanya 50 sen untuk ke semua destinasi dalam negara. Caj setem pos kad raya 50 sen ini diperkenalkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengirim lebih banyak kad ucapan kepada sahabat handai dan sanak saudara pada kadar lebih rendah berbanding pos biasa.


Tawaran caj setem pos kad raya 50 sen ini akan bermula 23 Julai 2012 sehingga 16 Feb 2013 meliputi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.


Walaubagaimanapun, kadar caj 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan itu cuma untuk kad tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi dalam negara.


Orang ramai di nasihatkan menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sebelum 13 Ogos ini bagi memastikan kad tiba ke destinasi sebelum Syawal 2012.







Sebenarnya amalan mengirim kad hari raya masih diteruskan sebilangan besar masyarakat walaupun teknologi maklumat dan komunikasi seperti SMS, MMS, e-kad, e-mel dan laman sosial kini menjadi penggerak utama aliran komunikasi semasa.

   
Sekarang ni dah menjadi trend menjelang detik 1 Syawal, pastinya telefon bimbit kita sekejap-sekejap berbunyi menerima SMS hari raya  ataupun menerima aplikasi laman sosial di Facebook atau Twitter dengan grafik yang menarik.


Walaubagaimanapun, masih ada yang beranggapan setiap keping kad yang diterima memiliki lebih nilai sentimental yang tidak dirasai apabila membaca SMS, sekali gus mengingatkan penerima kepada pengirim.


Secara peribadi saya merasakan budaya mengirimkan kad raya kepada keluarga dan rakan karib perlu dikekalkan kerana ia antara budaya yang sepatutnya sentiasa subur kerana mampu mengeratkan lagi hubungan, selain menandakan ketulusan hati kita terhadap seseorang.. Setuju tak ?




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Jersi Baru Manchester City 2012/2013



Jersi baru Manchester City  musim 2012/2013 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Jersi baru Manchester City ini masih mengekalkan Umbro dan Etihad Airways sebagai penaja rasmi skuad Juara Liga Perdana Inggeris 2011/2012 ini.


Antara perbezaan ketara pada jersi utama ini berbanding jersi sebelum ini ialah penggunaan kolar hitam berbanding kolar berbentuk V yang berwarna putih sebelum ini. 


Selain itu, logo Manchester City pada bahagian dada pula digelapkan bagi menyeragamkan dengan kolar yang berwarna hitam. Warna biru muda untuk jersi dan putih untuk seluar sebagai warna utama masih dikekalkan.  




Ini pula jersi kedua (away) Manchester City 2012/2013. Warna utama jersi away ini ialah gabungan merah hati dan kuning berbanding jalur merah hitam seakan-akan jersi AC Milan pada musim lalu. 


Jersi ini menggunakan kolar berbentuk V dan terdapat jalur jarang menegak yang berwarna merah hati pekat  pada jersi ini. Logo kelab pula mengikut warna asal logo kelab berbanding warna hitam yang di gunakan pada jersi utama (home).


Apa pendapat anda mengenai jersi Manchester City ini ? Cantik tak ? Apa-apa pun semoga Machester City akan terus berjaya pada musim baru English Premier League 2012/2013...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Kali ini nak share dengan anda semua panduan sembahyang (solat) sunat Tarawikh di bulan Ramadhan. Cara @ panduan solat sunat Tarawikh ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 




Semoga kita semua dapat manfaat dari cara @ panduan solat sunat Tarawih di bulan Ramadhan ini..  



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~




Pasti anda semua nak tahu kan waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 2012 / 1433H. 


Jom kita terjah waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 1433H / 2012 kali ini.









Marilah kita  memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.


Kepada semua yang akan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah di nasihatkan supaya minum air sebanyak mungkin dan makan buah-buahan untuk menampung kehilangan air dalam badan di siang hari. 


Apa-apa pun jangan lupa semak jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 1433H/2012 kali ini untuk memudahkan anda mengetahui waktu berbuka dan waktu imsak di tempat anda...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



Keputusan Kelantan VS QPR Live 20 Julai 2012 (Perlawanan Persahabatan)


Inilah dia keputusan semasa Sabah VS QPR (Queens Park Rangers) Asia Tour 17 Julai 2012   :-


Kelantan 0-5 QPR
  • QPR : Shaun Wright Phillips, M. Harriman, J. Mackie, Bobby Zamora, H. Helguson 


Nyata Kelantan bukan tandingan QPR apabila Kelantan mudah dibelasah 5-0. QPR banyak mendominasi permainan sehingga menyaksikan Kelantan gagal beraksi seperti biasa dan pergerakan penyerang Kelantan mudah dimatikan.


Untuk rekod, QPR telah menundukkan Sabah 5-0 dalam 1 lagi perlawanan persahabatan sebelum ini yang berlangsung pada 17 Julai 2012.


Perlawanan persahabatan (friendly) Kelantan VS QPR 17 Julai 2012 ini telah berlangsung di Stadium Shah Alam jam 9.30 malam dan bersiaran langsung (live) di TV1 jam 9.30 malam.


Selepas ini Arsenal akan berkunjung ke Malaysia sempena Asia Tour 2012. Harap-harap skuad Harimau Malaya mudah tumbang seperti nasib yang menimpa Kelantan dan Sabah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Pengumuman pengisytiharan tarikh mula berpuasa 2012 telah di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi di TV dan Radio seluruh Malaysia.


Dengan ini, umat Islam di negara ini akan menyambut Ramadhan pada hari sabtu, bersamaan 21 Julai 2012 @ 1 Ramadhan 1433H.


Berikut adalah petikan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad  :-

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh mula berpuasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari sabtu, 21 Julai 2012."


Tarikh mula berpuasa 2012 ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.


Semoga dengan pengumuman pengisytiharan tarikh mula berpuasa 2012 ini dapat lah kita sama-sama membuat persiapan awal menyambut Ramadhan untuk kali ini...


Selamat menyambut Ramadhan kepada semua pembaca Blog Aku Dan Sesuatu yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali penuh makna agar dapat kita lalui dengan sempurna..






Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Cuti Umum Terengganu 22 Julai 2012 (Ahad) Sempena Juara SUKMA 2012 !


Kerajaan Terenggganu mengisytiharkan cuti umum di Terengganu 22 Julai 2012 (ahad) ini sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen Terengganu muncul Juara SUKMA 2012 di Pahang baru-baru ini. 


Pengisytiharan cuti umum di Terengganu 22 Julai 2012 (ahad) ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat yang menyokong atlet Sukma negeri dan atlet yang berjaya melakar kejayaan muncul Juara SUKMA kali ke 4 berturut turut.


Untuk rekod, Terengganu muncul Juara keseluruhan apabila membawa pulang 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa meninggalkan Selangor di tempat ke 2 dengan catatan 47 emas, 54 perak dan 60 gangsa. 


Dengan pengisytiharan cuti peristiwa di Terengganu 22 Julai 2012 (ahad) ini maka rakyat Terengganu akan bercuti selama 3 hari iaitu jumaat, sabtu dan ahad. Dengan ini rakyat Terengganu mempunyai lebih masa untuk melakukan persiapan puasa dan raya tahun ini.


Apakah rahsia di sebalik kejayaan kontinjen Terengganu itu sehingga mampu memegang status juara Sukma 4 edisi berturut-turut ya ? Negeri lain tak cemburu ke ?....




Velasrizal Rodriguez






Adios~~~~~~


KEPUTUSAN SABAH VS QPR LIVE 17 JULAI 2012 (PERLAWANAN PERSAHABATAN)


Inilah dia keputusan penuh Sabah VS QPR (Queens Park Rangers) 17 Julai 2012 :-


Sabah 0-5 QPR
  • QPR : Bobby Zamora, Helder Helguson, Jay Bothroyd, Djibril Cisse (2 gol)

Nyata Sabah bukan tandingan QPR apabila kelab dari England itu membelasah Sabah 5-0 dalam perlawanan yang boleh di ibaratkan berat sebelah.


Gol-gol  QPR dijaringkan oleh  Bobby Zamora, Helder Helguson, Jay Bothroyd dan 2 gol dari Djibril Cisse.


Perlawanan persahabatan (friendly) Sabah VS QPR 17 Julai 2012 ini berlangsung di Stadium Likas di Sabah ini berlangsung jam 8.15 malam.


Untuk rekod, tiada live streaming untuk perlawanan Sabah VS QPR ini. Siaran langsung di kaca TV juga tiada.


Selepas ini QPR dijadualkan akan menentang Kelantan dalam 1 lagi perlawanan persahabatan yang bakal di adakan di Stadium Shah Alam.. 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)



Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sudah pun dilancarkan baru-baru ini. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  


Lokasi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang pertama terletak di Batu 14, Hulu Langat dan dijangkakan sebanyak 30 lagi KKR1M akan dibuka seluruh negara dalam tempoh 2 tahun ini.


Jom kita terjah antara kain yang dijual bersama dengan harga jualannya :- 

  • Kain batik jacquard dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang di pasaran
  • Baju kemeja linen RM45 sehelai berbanding RM79 di pasaran
  • Kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran

Selain keperluan pakaian, kedai ini turut menawarkan barangan lain seperti langsir, kelengkapan sekolah dan kelengkapan bersolat seperti sejadah dan songkok


Untuk rekod terdapat lebih 100 jenis barang ditawarkan di premis ini termasuk kain ela, kain kurung, baju melayu dan kain langsir yang kesemuanya produk tempatan.


Kalau anda mahu melihat dengan lebih dekat Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ini apa kata anda singgah sendiri di kedai ini yang beralamat :-


No 1, Jalan Lagenda Suria, 
Taman Lagenda Suria 
Batu 14 Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan


Kepada yang berkesempatan tu bolehlah singgah. Mana tahu kan ada kain yang anda berkenan untuk dijadikan langsir atau pakaian raya anda tahun ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Kelantan Juara (Pemenang) Liga Super 2012 !

Kelantan Juara (Pemenang) Liga Super 2012 !


Kelantan sah juara (pemenang) Liga Super 2012 sekaligus mempertahankan gelaran Juara Liga Super 2011. Kelantan mengesahkan gelaran juara Liga Super buat musim ke 2 berturut-turut selepas berpesta gol membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu 7 Julai 2012. 


Untuk rekod, kejayaan skuad The Red Warriors itu dicapai ketika saingan musim ini masih berbaki 2 perlawanan, lebih mudah berbanding ketika mereka hanya mengesahkan kejuaraan Liga Super musim 2011 iaitu pada perlawanan terakhir. 


Selepas 24 perlawanan, Kelantan tidak mampu lagi dicabar di tangga teratas dengan 57 mata sambil Lions XII turut mengesahkan status sebagai naib juara Liga Super musim ini dengan 50 mata. Walaubagaimanapun perebutan tempat ke 3 masih terbuka untuk semua pasukan yang bertanding. 


Kelantan kendalian jurulatih dari Croatia, Bojan Hodak ternyata unggul musim ini apabila mereka bukan saja muncul juara Piala FA menewaskan Sime Darby 1-0, Mei lalu, malah mara ke suku akhir Piala AFC untuk bertemu kelab Iraq, Arbil, 18 dan 25 September depan.


Tahniah buat pasukan Kelantan yang sudah pun memenangi 2 trofi utama untuk tahun 2012. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Pasukan lain tak cemburu ke dengan kejayaan Kelantan ?.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



 Dasar Baru SPA : Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM  !


Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) telah memperkenal 2 dasar baru baru-baru ini  iaitu :-
    
  • Dasar pertama : Membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
  • Dasar kedua : Membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding 5 jawatan sebelum ini.

Anatar kedua-dua dasar ini, dasar membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat SPM pada saya adalah dasar yang ada baik buruknya :


Aspek positif

  • Mengurangkan kadar penggangguran bagi puluhan ribu pemegang Ijazah Sarjana Muda yang dilahirkan saban tahun. 
  • Merasai sendiri susah dan perit berkerja di peringkat bawahan bagi melahirkan pegawai yang mampu melakukan tugas pengkeranian tanpa perlu bergantung kepada kerani sepenuhnya. 
  • Apabila jawatan-jawatan pangkat pegawai dibuka  semula, mereka-mereka ini boleh memohon semula jawatan untuk pegawai. 

Aspek negatif

  • Melahirkan pekerja yang tidak kekal lama. Pastinya mereka ini tidak mau kekal dengan gaji SPM. Mohon jawatan SPM, pastinya akan dapat gaji SPM sahaja bukan? Tentunya mereka mahu gaji pegawai barulah berbaloi dengan pelaburan untuk mendapatkan segulung ijazah. Anda boleh agak berapa lama mereka mampu bertahan jika pemegang ijazah berkerja dengan gaji SPM.
  • SPA akan menanggung kenaikan kos tambahan melibatkan proses temuduga, pengambilan kakitangan awam yang baru bagi jawatan SPM, latihan dan lain-lain lagi.
  • Dasar ini  bakal menutup peluang para pemegang SPM. Ini kerana dalam kebanyakan kes, pasti yang ada ijazah akan lebih “berketrampilan dan meyakinkan” semasa proses temuduga.


Secara peribadi, saya merasakan adalah lebih baik pemegang ijazah memohon jawatan untuk pegawai dan tidak terlalu menaruh HARAPAN untuk menjadi kakitangan kerajaan kerana masalah kekurangan kekosongan berbanding dengan jumlah graduan berijazah yang dilahirkan setiap tahun.


Apa yang boleh saya katakan graduan hari ini 'anak manja' kerana mahu berada di dalam kelompok yang selesa dan tidak berani menanggung risiko kerana sebagaimana yang kita tahu menjadi kakitangan kerajaan  segala-galanya terjamin dari segi pendapatan walaupun berlakunya kegawatan ekonomi atau faktor-faktor dalaman dan luaran yang lain.


Kadangkala terfikir juga adakah gelap masa depan kalau tidak menjadi kakitangan kerajaan? Mungkin graduan sekarang ini sudah tidak mampu bersaing di sektor swasta atau graduan hari ini tidak minat berkerja di sektor swasta sedangkan sektor swasta juga menawarkan pakej dan benefits yang hampir sama dengan sektor awam...  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Harga Baru (Terkini) Minyak RON97 Mulai 5 Julai 2012 : RM2.60 Seliter, Turun 20 Sen ! 


Harga baru (terkini) minyak RON97 mulai 5 Julai 2012 iaitu RM2.60 seliter, turun sebanyak 20 Sen ! Harga  minyak RON97 sebelum ini ialah RM2.80 seliter


Kerajaan sebelum ini telah menurunkan harga petrol tersebut sebanyak 10 sen seliter iaitu kepada RM2.80 seliter pada 7 Jun 2012 lalu. 


Pengurangan harga RON97 adalah disebabkan purata harga minyak di pasaran bagi bulan Jun 2012 lalu telah menunjukkan trend menurun.


Untuk rekod, harga RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan iaitu harga bulanan akan diubah mengikut pasaran.


Diharapkan selepas ini ada pula penurunan harga minyak untuk RON95 di mana kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan minyak ini untuk kenderaan mereka....





Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)



Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) telahpun dilancarkan. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini diilhamkan bagi meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.


Kad diskaun yang diilhamkan pada bulan Mac 2012 ini menawarkan potongan harga antara 5 hingga 60% bagi pelbagai jenis barangan.


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini diberikan kepada semua penuntut termasuk peringkat sarjana dan doktor falsafah, penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian.


Untuk rekod, sebanyak 51 buah syarikat yang terlibat dalam perniagaan buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk teknologi maklumat (IT), penginapan dan kesihatan berdaftar sebagai pekedai  dan syarikat yang menawarkan diskaun kepada pelajar melalui kad diskaun ini. 


Kad diskaun tersebut dijangka dapat digunakan semasa sesi akademik bermula pada September ini dan akan hanya diedarkan kepada pelajar tempatan dan buat permulaan, ia akan diberikan untuk pelajar tahun akhir 


Yang menariknya, pelajar masih boleh menggunakan kad ini biar pun waktu cuti semester asalkan masih  bergelar siswa. 


Secara peribadi, saya beranggapan kad diskaun ini mampu membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar kerana kita sedia maklum mahasiswa bukanlah golongan yang mempunyai pendapatan tetap.


Apa yang diharapkan ialah pengeluar kad diskaun ini dapat menyenaraikan kedai dan syarikat yang menawarkan diskaun kepada pemilik kad ini supaya semua siswa dapat memanfaatkan kad ini sepenuhnya..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Spain Juara (Pemenang) EURO 2012 !



Spain Juara (Pemenang) EURO 2012 !


Spain muncul juara (pemenang) EURO 2012 selepas menewaskan Italy 4-0 di pentas final EURO 2012 yang berlangsung di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine 2 Jualai 2012.


Spain membuka jaringan awal menerusi tandukan David Silva yang mendapat hantaran cantik dari Cesc Fabregas untuk meletakkan Spain mendahului 1-0.


Malang menimpa pertahanan kental Italy, Chiellini apabila terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Balzaretti akibat kecederaan pada minit ke 21 sekaligus menjadi titik tolak kepada kejatuhan Italy.




Sepanyol menambah derita Italy dengan gol kedua hasil jaringan bek kiri Spain, Jordi Alba yang melakukan counter attack merembat menewaskan Gianluigi Buffon di gawang Italy. Kedudukan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Spain 2-0 Italy.


Pada separuh masa kedua, Spain terus mendominasi permainan. Italy terpaksa memasukkan Thiago Motta dan Antiono Di Natale untuk memburu gol penyamaan.


Malangnya Thiago Motta dilanda kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dan memaksa Italy bermain dengan 10 orang kerana telah membuat 3 pertukaran.




Ini nyata menjejaskan rentak permainan Italy apabila Spain mendominasi permainan dan Italy dilihat banyak bertahan menahan asakan bertali arus Spain


Kemasukan Fernando Torres yang menggantikan Cesc Fabregas nyata berbaloi apabila beliau bijak melepasi perangkap offside lalu melepaskan rembatan menewaskan Gianluigi Buffon untuk gol ke 3 Spain pada minit ke 84.




Torres sekali lagi memperdaya pertahanan Italy apabila melorongkan bola kepada pemain gantian, Juan Mata untuk menjadikan kedudukan 4-0. 


Kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Spain mempertahankan kejuaraan Eropah buat kali ke 2 berturut-turut dan ini tropi berprestij antarabangsa buat Spain dalam 5 tahun (EURO 2008, Piala Dunia 2010 dan EURO 2012).


Tahniah buat Spain yang bergelar Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut. Viva Espana !




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Keputusan Spain VS Italy Final (Akhir) EURO 2012



Keputusan Spain VS Italy Final (Akhir) EURO 2012


Inilah dia keputusan Spain VS Italy Final (Akhir) EURO 2012 :

Spain 4-0 Italy
  • Spain : David Silva, Jordi Alba, Fernando Torres, Juan Mata

Spain menumpaskan Italy 4-0 untuk mempertahankan gelaran kejuaraan Eropah buat kali kedua berturut-turut.



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Spain VS Italy Final (Akhir) EURO 2012 akan diketahui awal pagi ini apabila Spain dan Italy  bertembung di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine pada jam 2.40 pagi (waktu Malaysia).


Di atas kertas keputusan Spain VS Italy dilihat lebih memihak kepada Spain selaku Juara EURO 2008 dan Piala Dunia 2010. Jika Sepanyol menang, maka ia kejuaraan berprestij ketiga berturut-turut buat skuad La Roja. 


Namun Italy tidak mudah dikalahkan. Untuk rekod, Spain seri 1-1 menentang Italy dalam perlawanan peringkat kumpulan C EURO 2012. Italy menundukkan England di peringkat suku akhir dan Jerman pada peringkat separuh akhir. 


Jom kita terjah kesebelasan utama (starting line up) untuk Spain dan Italy untuk Final EURO 2012 ini :-




Spain dijangka meletakkan 6 permain di bahagian tengah tanpa penyerang. Cesc Fabregas bakal bertindak sebagai penyerang bayangan sambil mengekalkan corak hantaran pendek yang di kenali sebagai Tiki Taka untuk mendominasi permainan. 


Italy pula pastinya mengharapkan kreativiti Andrea Pirlo untuk menjana serangan Italy sambil Mario Balotelli bertindak sebagai target man. Setakat ini Balotelli sudah meledak 3 gol termasuk 2 gol menabjubkan ketika menentang Jerman.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan siaran langsung (live) Spain VS Italy Final (Akhir) EURO 2012 di TV3, NTV7 dan Astro SuperSport saluran 825 jam 2.40 a.m 2 Julai 2012.


Keputusan @ result Spain VS Italy Final (Akhir) EURO 2012 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat....




Velasrizal Rodriguez






Adios~~~~~~




Live Streaming Spain VS Italy Final (Akhir) EURO 2012 (2 Julai 2012)


Ramai yang dah tahu Spain akan lawan Italy dalam Final EURO 2012 yang akan berlangsung di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine pada 2 Julai 2012 pada jam 2.40 a.m.


Kali ini saya nak share dengan anda semua link live streaming Spain VS Italy Final (Akhir) EURO 2012 (2 Julai 2012) ini :- 


(Kalau tak boleh pada link pertama, sila cuba pada link kedua dan ketiga)


Kepada yang mahu menonton di kaca tv, anda boleh tonton siaran langsung (live) di TV3, NTV7 dan  Astro SuperSport saluran 825 jam 2.40 pagi 


Kepada yang mahu menonton beramai-ramai bolehlah ke kedai mamak yang berdekatan awal pagi ini. Kalau anda ada di sekitar Shah Alam apa kata anda ke i-City kerana 1 skrin gergasi akan dipasang di situ dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menonton perlawanan ini bersama anda di situ... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) telah pun dilancarkan baru-baru ini. Tuisyen Rakyat 1Malaysia secara percuma kepada pelajar di seluruh negara yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.


Jumlah yang diperuntukkan kerajaan untuk program berjumlah RM2 juta. Projek perintis program itu akan dilaksanakan di negeri Selangor melibatkan 10,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.


Program ini berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 buah sekolah iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor.


Matlamat Program iTR1M adalah untuk memberi bimbingan di luar waktu sekolah secara percuma kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah pelbagai kaum dan membantu mereka mengoptimumkan penggunaan "Netbook 1Malaysia" dan kemudahan ICT yang disediakan kerajaan.


Secara peribadi ada bagusnya program ini dilancarkan. Sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk menikmati tuisyen sama seperti pelajar di bandar. Apa yang diharapkan agar program ini dapat diperluaskan di negeri-negeri lain juga...


P/S : Nantikan lagi pengumuman 'istimewa' dari kerajaan kepada rakyat menjelang Pilihanraya ke 13...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget