Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Peserta Raja Lawak Astro Musim Ke 7 2013


Peserta Raja Lawak musim ke 7 2013 telahpun diumumkan. Peserta Raja Lawak 7 menampilkan 14 peserta yang bakal berentap. 11 daripada mereka peserta berkumpulan dan selebihnya beraksi secara solo.


Musim terbaru Raja Lawak musim ke 7 ini masih mengekalkan Johan dan Zizan sebagai pengacara. Juara Raja Lawak 7 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM30,000.


Jom kita terjah peserta Raja Lawak musim ke 7 2013 :




 Peserta berkumpulan :
  • Bora
  • Kintan 
  • Pahat 
  • Gamat
  • Taras
  • Okay
  • Sakan 
  • Wala
  • Tuah
  • Xtra 
  • Ganu 

 Peserta solo : 
  • Ali
  • Emy
  • Boy

Raja Lawak musim ke 7 bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 12 April ini menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Raja Lawak musim terbaru itu masih mengekalkan format terdahulu yang mana sistem pemarkahan para peserta ditentukan sepenuhnya kepada undian penonton menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).


Hmm nampaknya makin banyak program realiti berkonsepkan lawak sekarang ini. Harap-harap ramai peserta yang berkualiti kali ini. Kalau tidak asyik pengacara je yang kelakar...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

PRIMA Kuantan Pahang 2013 Dilancarkan !



Projek PRIMA Kuantan, Pahang telahpun dilancarkan. PRIMA Kuantan, Pahang ini merupakan perumahan mampu milik pertama di pantai timur untuk golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri. 


Projek  PR1MA  Kuantan, Pahang ini akan mula dilaksanakan pertengahan tahun ini dan dijangka siap 3 tahun lagi. 


PR1MA PR1MA  Kuantan  ini terletak di kawasan bersempadan dengan bandar Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang menyediakan peluang kepada individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,500 dan tidak memiliki lebih daripada satu rumah, untuk memohon. 




Jom kita terjah antara keistimewaan PR1MA Kuantan ini :- 

  • PR1MA Kuantan akan merangkumi kediaman PR1MA, taman-taman awam, kedai runcit, pusat membeli-belah, pejabat dan lain-lain kemudahan awam.
  • Ia mudah diakses melalui Jalan Gambang, Jalan Tanjung Lumpur dan Jalan Pekan.
  • Di dalam pembangunan PR1MA Kuantan terdapat rumah dua tingkat dan apartmen.

Harga jualan PR1MA ini akan diumumkan nanti tapi rasanya harganya mampu milik sebab ianya 20-30% lagi murah dari harga pasaran. Nanti saya akan sharekan harganya nanti di sini.    


Mereka yang layak boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah serta memenuhi syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka. 


Kepada yang belum memiliki rumah lagi tu dan sedang mencari rumah di sekitar Kuantan, cepat-cepatlah apply rumah ini... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Keputusan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia 2013



Keputusan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia 2013, Sepang, Malaysia 24 Mac 2013 menyaksikan Sebastian Vettel dari Red Bull muncul juara perlumbaan ke 2 Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.


Rakan sepasukan, Mark Webber di tempat ke 2 manakala Lewis Hamilton dari Mercedes di tangga ke 3 dan Nico Rosberg dari Mercedes menduduki tangga ke 4.


Inilah dia keputusan penuh Grand Prix Formula 1 (F1) Sepang, Malaysia 25 Mac 2013 :- 






Insiden kelakar turut mewarnai Grand Prix Malaysia 2013 ini apabila Lewis Hamilton dari Mercedes telah tersalah memasuki hentian pit McLaren sedangkan beliau kini tidak lagi bersama pasukan itu. 




Krew McLaren yang telah bersedia untuk meyambut Jenson Button di hentian pit terpaksa membiarkan Lewis Hamilton melalui pit McLaren dalam pusingan ke 7. 


Hamilton bernasib baik masih dapat kembali memasuki hentian pit Mercedes untuk menyambung kembali perjuangan merebut kejuaraan.  


Selepas ini Grand Prix Formula 1 pusingan ke 3 akan berlangsung di Shanghai, China pada 14 April 2013. Kita tengok pula siapa pula yang menang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



Semakan keputusan SPM 2012 secara online & SMS boleh disemak mulai 20 Mac 2013 selepas pengumuman keputusan SPM 2012 secara rasmi dibuat Kementerian Pelajaran kira-kira jam 10 pagi 20 Mac 2013. 


Informasi Tarikh Semakan Keputusan SPM 2012

Tarikh Keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012) : 20 Mac 2013
Masa : Bermula 10 pagi


Cara Semakan Keputusan SPM 2012 Secara SMS
  • Anda boleh semak keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012) secara SMS dengan menaip SPM dan hantar ke 15888.
  • Contohnya : SPM 900104038776 BC0001A044 dan hantar ke 15888. 
  • Setiap semakan Keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012) akan dicaj RM 0.35 sahaja

Cara Semakan Keputusan SPM 2012 Secara online
  • Layari laman web Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my pada 20 Mac 2013.

Pengumuman analisis keputusan itu pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, jam 9 pagi pada hari yang sama. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.


Bagi calon persendirian, keputusan anda akan dimaklumkan melalui pos atau anda boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.


Kami dari Blog Aku Dan Sesuatu mengucapkan Tahniah kepada calom SPM 2012 yang mencatatkan keputusan yang cemerlang. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Masih ada peluang untuk melanjutkan pengajian di mana-mana Instiutut Latihan, Kolej dan Politeknik...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Semakan keputusan STPM 2012 secara Online & SMS boleh disemak mulai 18 Mac 2013 selepas pengumuman keputusan SPM 2012 secara rasmi dibuat Kementerian Pelajaran kira-kira jam 10 pagi 18 Mac 2013 (isnin).  



Semakan keputusan STPM 2012 secara online boleh dibuat dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my bermula jam 12 tengah hari tarikh sama.


Semakan keputusan STPM 2012 secara SMS pula boleh dibuat dengan menaip STPM Result  No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.



Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos. 


Tahniah kepada mereka yang mencatatkan keputusan yang cemerlang. Yang kurang bernasib baik tu jangan putus asa. Peluang sentiasa anda untuk menajukan diri....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Ramai yanng ternantikan keputusan Malaysia VS Australia Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 kan. Malaysia VS Australia Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 ini berlangsung di Ipoh, Perak.


Inilah dia Keputusan penuh Malaysia VS Australia Final Hoki  :- 

Malaysia 2-3 Australia

  • Malaysia : Faizal Shaari, Tengku Ahmad Tahuddin
  • Australia : Nicholas Budgeon, Craig Boyne, Trent Mitton

Malaysia kalah 2-3 kepada Australia dalam perlawanan akhir Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 dalam perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.


Malaysia bermula baik apabila mendahului menerusi Faizal Shaari namun Australia membalas dengan 2 jaringan pantas untuk menjadikan kedudukan Malaysia 1-2 Australia tamat separuh masa pertama.


Malaysia terus mengasak di separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan. Akhirnya Tengku Ahmad Tajuddin berjaya menyamakan kedudukan 2-2.


Memasuki minit-minit terakhir permainan, Australia berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Trent Mitton ketika keadan kelam kabut di depan gawang Malaysia. Tamat separuh masa kedua Malaysia 2-3 Australia.


Dengan kedudukan ini, Australia muncul Juara (pemenang) Piala Azlan Shah 2013 buat kali ke 7. Malaysia pula berpuas hati sebagai naib juara.



  • Best Goalkeeper : S. Kumar
  • Top Scorer 6 goals : Faizal Saari dan Rapindal Pal Singh (India)
  • Man The Match : Trent Mitton (Australia) 
  • Most Outstanding Player : Mohd Razie Rahim
  • Fair Play South Korea
  • 3rd Place : South Korea
  • Runners Up : Malaysia
  • Champion : Australia



Apa-apa pun tahniah kepada skuad hoki Malaysia yang mara sejauh ini dan berjaya mencatatkan beberapa keputusan yang baik sepanjang kejohanan ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~  

Aeon Big ialah nama baru Carrefour. Nama Carrefour ditukar kepada Aeon Big sempena penjenamaan semula cawangan Carrefour kepada jenama itu setelah pengambilalihannya oleh AEON Co. Ltd. pada November 2012.


Selaras dengan penjenamaan semula tersebut, AEON telah memperkenalkan wajah baru menerusi katalog, laman web dan pengubahsuaian stor termasuklah 27 cawangan-cawangan pasaraya Aeon Big.


Kini 6 buah cawangan yang sudah siap diubahsuai iaitu di Seksyen 23, Shah Alam, Subang Jaya, Wangsa Maju, Tropicana City Mall, Bukit Rimau dan Kota Damansara dan yang selebihnya akan siap menjelang Mei 2013


Sementara itu, Kempen 'Orange' Aeon Big akan bermula 1 Mac hingga 9 Mei dengan menawarkan program-program menarik, diskaun hebat serta peraduan.


Nampaknya Aeon kini dah mempunyai 2 pasaraya yang mempunyai target segment yang berbeza iaitu Aeon Big yang fokus kepada golongan berpendapatan rendah dengan menawarkan harga rendah manakala Aeon Jusco fokus kepada golongan berpendapatan sederhana dengan harga yang sederhana. 


Kita sebagai pengguna buatlah pilihan yang bijak apabila berbelanja...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan undian Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2013 telahpun diumumkan. Majlis undian suku akhir Liga Juara Juara Eropah ini telah telah berlangsung di Nyon, Switzerland.


Jom kita terjah keputusan undian Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2013 :-



  • Málaga CF (ESP) v Borussia Dortmund (GER)
  • Real Madrid CF (ESP) v Galatasaray AŞ (TUR)
  • Paris Saint-Germain FC (FRA) v FC Barcelona (ESP)
  • FC Bayern München (GER) v Juventus (ITA)

Perlawanan pertama (1st leg) suku akhir UEFA Champions League 2012/2013 ini akan berlangsung pada 2, dan 3 April 2013 manakala perlawanan kedua (2nd leg) pula pada 9 dan 10 April 2013.


Jom kita terjah pula keputusan undian suku akhir Piala UEFA (League Cup) 2013:



  • Chelsea FC (ENG) v FC Rubin Kazan (RUS)
  • Tottenham Hotspur FC (ENG) v FC Basel 1893 (SUI)
  • Fenerbahçe SK (TUR) v S.S. Lazio (ITA)
  • SL Benfica (POR) v Newcastle United FC (ENG)

Suku akhir Piala UEFA (League Cup) 2013akan berlangsung pada 4 & 11 April 2013.


Nampaknya 4 pasukan dari England bertanding dalam suku akhir Piala UEFA (League Cup) 2013. Besar kemungkinan Piala Liga akan menjadi milik salah satu kelab England.


Apa pendapat anda tentang undian kali ini ? Saya pilih final Champions League ialah antara Real Madrid dan Barcelona. Anda pula bagaimana?....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 

Perodua Viva S, Myvi 1.3 SE Dan Alza S Baru 2013



Perodua Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S baru 2013 telahpun dilancarkan. Perodua Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S baru ini menampilkan warna baru iaitu warna Oren Ozzy (Ozzy Orange).


Perodua Myvi 1.3 SE terbaru merupakan model Myvi 1.3 Premium yang telah menerima naik taraf dalam siri S, kini tampil dengan ciri-ciri menarik yang diadaptasi daripada model popular Myvi 1.5 SE. Harganya  bermula dari RM44,924.30 untuk model manual dan 47,924.30 untuk automatik


Perodua Alza S pula menampilkan beberapa ciri terbaru iaitu lampu kabus, spoiler belakang dan menerima kemasan baru lebih menarik di bahagian panel pintu (Painted Door Armrest & Chrome Inner Door Handle).


Perodua Alza S sebenarnya merupakan model pengganti bagi Alza versi Standard. Harganya ditetapkan bermula dari RM53,517.00 untuk varian manual dan RM56,517.00 untuk varian automatik.


Perodua Viva S pula menampilkan enjin 1.0 liter, model tersebut hanya ditawarkan dalam versi automatik pada harga kompetetif sebanyak RM34,774.30 (Solid) dan RM35,174.30 (Metalik). Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan untuk Viva S antaranya seperti : 

  • stereng kuasa
  • pemain radio CD dengan MP3/WMA
  • kerusi dengan fungsi pelaras ketinggian
  • pelindung matahari dengan cermin dan slot pemegang tiket
  • poket di bahagian belakang kerusi
  • dulang di bawah kerusi
  • panel tengah papan pemuka dengan kemasan berwarna perak
  • balutan tempat duduk dengan material bergred tinggi.



Apa yang menariknya, Perodua turut menawarkan servis percuma selama 3 tahun mengikut terma yang ditetapkan bagi model Siri S, termasuk model-model sedia ada yang lain bagi setiap pendaftaran yang bermula dari 15 Mac 2013.


Kalau anda nak lihat Perodua Viva S, Myvi 1.3 SE Dan Alza S ini denganm lebih dekat silalah berkunjung ke pusat jualan atau agen-agen Perodua seluruh negara....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Dividen Bank Rakyat 2012 : 18%



Dividen Bank Rakyat untuk 2012 ialah 18%. Dividen Bank Rakyat 2012 sebanyak 18% ini  melibatkan 947,541 ahli dan membabitkan RM440 juta bagi jumlah bayaran dan dividen saham bonus berjumlah RM55 juta.


Bank Rakyat, juga mengumumkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu manakala keuntungan bersih sebanyak RM1.74 bilion.


Keuntungan ini didorong oleh pertumbuhan dalam jumlah pendapatan daripada pembiayaan dan deposit, serta kualiti aset yang kukuh. Pendapatan kasar bank turut meningkat 13.2% kepada RM6.23 billion.


Tahun 2012, semua tempat simpanan memberikan dividen yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

  • Pengumuman Januari – Pelaburan ASB naik
  • Pengumuman Februari – Pelaburan Tabung Haji naik
  • Pengumuman Mac – Pelaburan Bank Rakyat naik

Jadi untuk pulangan sebanyak 18% memang berbaloi-baloi namanya walaupun sebelum ini Bank Rakyat pernah memberikan dividen 20% Memang sesuailah dengan tagline Bank Rakyat “Saya mesti pilih”. 


Jika anda mahu mohon tambahan syer beberapa kriteria boleh dilihat termausklah anda merupakan pemegang syer yang agak lama, kuota 100,000 belum penuh lagi, ada buat pinjaman peribadi dengan Bank rakyat, dan tidak lupa juga contact orang dalam Bank Rakyat, ada harapan cerah untuk anda diberikan “lebih perhatian” untuk tambah syer tersebut....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang TV3 2013



Senarai peserta Bintang Mencari Bintang (BMB) TV3 2013 telahpun diumumkan. Dalam senarai peserta Bintang Mencari Bintang TV3 ini ada beberapa peserta yang yang pernah terlibat dalam program Raja Lawak Astro. 


Anak didik yang terdiri dari 2 solo dan 10 kumpulan BMB kali ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap Sifu akan mempunyai 2 anak didik yang bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Anak didik akan bersaing mengikut kumpulan dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan.


Sebelum tiba minggu terakhir, hanya seorang atau satu kumpulan dari kumpulan A dan kumpulan B, layak berentap di peringkat akhir BMB untuk merangkul gelaran juara.


Inilah dia senarai nama peserta Bintang Mencari Bintang TV3 : 




Sifu : Sabri Yunus
  • Kumpulan Titan : Azizul Ammar Bin Abu Hassan & Fazlisham Bin Mat Hussin
  • Bog Too : Nor Alif Bin Mohd Mokhtar & Mohamad Shafiq Bin Raside

Sifu: Raja Azura
  • Kelawak : Syed Atiq Bin Wan Long & Muhd Maaruf Bin Zamani Lim
  • Awok : Filzah Binti Azmi & Nurul Ain Binti Othman

Sifu: Afdlin Shauki
  • Bowl : Muhammad Danial Lee Bin Muhammad Hadi Lee & Syed Ali Mubarrak Bin Syed Mohd          Ridzuan
  • Bocik : Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan

Sifu: Faizal Ismail
  • Ajo : Wan Azrul Bin Azizan
  • Tapaw : Mohd Shahrizal Bin Sulaiman & Khairul Faiz Bin Sulaiman

Sifu: Harun Salim Bachik
  • Achey : Mohd Nasir Bin Hamzah
  • Xoxo : Mohd Hazwan Bin Mohd Azani & Hazmeer Bin Hassan

Sifu: Senario
  • Gegau : Mohd Saffuan Samsuddin & Faizal Ibrahim
  • Tocai : Mohamad Tarmizi bin Mustafa & Mohd Faizal Bin Mat Saad

Format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam. Juara BMB akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.


BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program manakala Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul dilantik sebagai juri tetap untuk program ini.


Konsert pertama Bintang Mencari Bintang akan bersiaran langsung (live) dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 24 Mac 2013 jam 9.00 malam. 


Sekarang ini dah jadi trend banyak program realiti lawak muncul di kaca TV. Program realiti nyanyian dah semakin pupus. Agaknya sebab lawak ini penyampaiannya sentiasa fresh dan berubah-ubah, kalau nyanyi ni  hampir sama je setiap persembahan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~  



Projek PRIMA Alam Damai, Cheras telahpun dilancarkan. PRIMA Alam Damai, Cheras ini merupakan perumahan mampu milik pertama di Kuala Lumpur untuk golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri. 


Projek  PR1MA Alam Damai, Cheras  itu akan mula dilaksanakan pertengahan tahun ini dan dijangka siap 3 tahun lagi. 


PR1MA Alam Damai ini terletak di bahagian selatan Kuala Lumpur menyediakan peluang kepada individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,500 dan tidak memiliki lebih daripada satu rumah, untuk memohon. 


Jom kita terjah antara keistimewaan PR1MA Alam Damai ini :- 




  • Lokasi strategik yang terletak di Cheras dengan adanya lebuhraya MRR2 dan Cheras-Kajang, penduduk PR1MA Alam Damai boleh menikmati akses yang lebih mudah ke bandar-bandar lain.
  • Sejumlah 2,078 unit kediaman bertingkat akan dibina dalam8 blok merangkumi 4 jenis membabitkan keluasan antara 670 kaki persegi hingga 1,055 kaki persegi seunit. 
  • Dilengkapi pelbagai kemudahan setaraf kondominium seperti dewan orang ramai untuk 1,000 orang, surau untuk 850 jemaah, skygarden di setiap 5 tingkat untuk penduduk bersantai, 2 tadika, taska, gimnasium, taman permainan dan kedai komersial, termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia (K1M).
  • Sebanyak 3,500 tempat parkir untuk penduduk dan orang kelainan upaya (OKU) dan 400 kamera litar tertutup (CCTV) sejajar dengan konsep Bandar Selamat, selain kemudahan sedia ada seperti sekolah dan balai polis,



Harga jualan PR1MA Alam Damai akan diumumkan nanti tapi rasanya harganya mampu milik sebab ianya 20-30% lagi murah dari harga pasaran. Nanti saya akan sharekan harganya nanti di sini.    


Mereka yang layak boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah serta memenuhi syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka. 


Kepada yang belum memiliki rumah lagi tu dan sedang mencari rumah di sekitar ibu kota, cepat-cepatlah apply rumah ini... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :


Manchester United 1-2 Real Madrid (Agg 2-3)
  • Manchester United : Sergio Ramos (own goal) 48'
  • Real Madrid : Luka Modric (66'), Cristiano Ronaldo (69')

Keputusan Manchester United VS Real Madrid live Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2nd Leg 6 Mac 2013 menyaksikan Real Madrid menang 1-2 (Agg 2-3) ke atas Manchester United sekaligus layak ke suku akhir Champions League musim ini. 


Separuh masa pertama menyaksikan permainan seimbang kedua-dua pasukan apabila kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mendapatkan gol awal namun masih gagal menembusi pintu gol pihak lawan.





Pada sepatuh masa kedua, Manchester United mendahului apabila Sergio Ramos tertampan ke gol sendiri lalu menjadikan kedudukan Manchester United 1-0 Real Madrid pada minit ke 48.



Kontroversi tercetus apabila Nani dilayangkan kad merah sejurus selepas gol itu apabila  mengangkat tinggi kakinya lalu mengenai badan Alvaro Arbeloa. Pemain United dan Sir Alex Ferguson membantah keputusan pengadil yang dianggap tidak wajar.




Real Madrid lantas mengambil kesempatan dengan kekurangan seorang pemain United dengan melancarkan serangan bertali arus. Akhirnya Luka Modric menjaringkan gol minit ke 66 menerusi sepakan dari luar kotak penalti.


Cristiano Ronaldo menambah derita United apabila menolak masuk hantaran bola leret Gonzalo Higuian pada minit ke 60 lalu menjadikan kedudukan 1-2. Walaubagaimanapun Ronaldo tidak meraikan gol itu tanda hormat kepada bekas kelabnya.




Tersentak dengan 2 gol pantas itu, United menggandakan asakan dengan membawa masuk Wayne Rooney, Ashley Young dan Antonio Valencia untuk mencari gol penyamaan. 


Walaupun  banyak cubaan dilancarkan namun masih gagal menembusi gawang Real yang dikawal Diego Lopez sehingga minit terakhir permainan.


Dengan ini, Real Madrid layak ke suku akhir dengan aggregat 2-3. Manakala dalam 1 lagi perlawanan, Borussia Dortmund layak ke suku akhir apabila menundukkan Shahktar Donetsk 3-0 (Agg 5-2).   



PREVIOUS ENTRY :


Keputusan Manchester United VS Real Madrid live Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2nd Leg 6 Mac 2013 pastinya amat di tunggu-tunggu ramai peminat bolasepak seluruh dunia.


Perlawanan Manchester United VS Real Madrid live Liga Juara-Juara Eropah ini berlangsung di Stadium Old Trafford, Manchester. Untuk rekod, Manchester United seri 1-1 dengan Real Madrid dalam perlawanan pertama (1st leg) yang berlangsung di Madrid sebelum ini.


Tumpuan utama dalam perlawanan ini pastinya superstar Real Madrid, Cristiano Ronaldo menentang bekas kelabnya, Manchester United yang menjadikan beliau pemain terbaik dunia. Kepulangan beliau ke Old Trafford pastinya disambut dengan penuh emosi oleh peminat-peminat United.


Jom kita terjah bakal kesebelasan utama kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini :-  




Manchester United pastinya menyandarkan harapan kepada Wayne Rooney dan Robin Van Persie untuk merobek gawang Real Madrid bagi mencerahkan harapan mara ke suku akhir.  


United hanya perlu seri untuk layak ke suku akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan manakala Real Madrid perlu menang dengan aggregat 1-0 untuk layak ke suku akhir. 


Siaran langsung (live) perlawanan Manchester United VS Real Madrid ini akan berlangsung jam 3.45 a.m 6 Mac 2013 di Astro Super Sports 3 saluran 817. Jika mahu menonton secara live streaming, slila klik pada link ini :- 



Keputusan (result) Manchester United VS Real Madrid live Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2nd Leg 6 Mac 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurud perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Pasar Bergerak 1Malaysia 2013



Pasar Bergerak 1Malaysia 2013 telahpun dilancarkan baru-baru ini. Pasar Bergerak 1Malaysia ini dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Pasar Bergerak 1Malaysia 2013 ini  ialah  inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan barang keperluan harian terus kepada pengguna. 


Pasar bergerak ini menggunakan sebuah bas yang diubah suai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang.




Bas itu akan diiringi beberapa lori kecil yang juga diubah suai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih.


Secara peribadi, bagus juga idea Pasar Bergerak ini. Semua orang akan dapat manfaat dari penjualan barang keperluan harian pada harga yang rendah tanpa perlu ke pasaraya. Hanya tunggu di lokasi yang ditetapkan sahaja.


Buat masa ini belum ditetapkan bila Pasar Bergerak 1Malaysia ini akan mula beroperasi. Bila dah confirm  nanti saya akan kongsikan di sini jadual tetap pergerakan bas ke lokasi yang ditentukan.. Tunggu..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan pemenang Festival Filem Malaysia (FFM 25) 2 Mac 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan pemenang Festival Filem Malaysia (FFM 25) ini bakal menyaksikan yang terbaik bakal dionobatkan sebagai pemenang.


Festival Filem Malaysia ke 25 ini akan berlansung pada 2 Mac 2013 di PICC, Putrajaya jam 9 malam. Siaran langsung (live) Festival Filem Malaysia ke 25 ini akan disiarkan di Astro Ria dan TV2 jam 9 malam.


Majlis ini akan diacarakan oleh Erra Fazira dan Fahrin Ahmad. Dengar-dengarnya juga ramai penyanyi popular akan membuat persembahan.


Jom kita terjah senarai calon pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM25)


CERITA ASAL TERBAIK

Bunohan - Dain Said


LAKON LAYAR TERBAIK

Bunohan - Dain Said


SINEMATOGRAFI TERBAIK

 Songlap - Haris Hue Abdullah


PELAKON WANITA TERBAIK

Maya Karin – Ombak Rindu


PELAKON LELAKI TERBAIK

Faizal Hussein – Bunohan


PENGARAH FILEM TERBAIK

Dain Said – Bunohan


FILEM TERBAIK

Bunohan - Apparat Sdn Bhd


FILEM BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK

Petaling Streets Warriors


ANUGERAH PENCAPAIAN KHAS

Life of PI


PELAKON HARAPAN WANITA

Jojo Goh – 29 Februari


PELAKON HARAPAN LELAKI

Izzue Islam – 29 Februari


PELAKON PEMBANTU WANITA

Normah Damanhuri – Songlap


PELAKON PEMBANTU LELAKI

Syafie Naswip – Songlap


ANUGERAH FILEM BOX OFFICE FFM 25

Ombak Rindu


PENYUNTING TERBAIK

Wong Hui Lynn - Songlap


ANUGERAH KHAS SEPANJANG HAYAT WANITA

Mariani Ismail


ANUGERAH KHAS SEPANJANG HAYAT LELAKI

Dato' Aziz Satar


ANUGERAH KHAS JURI PENGGIAT TV LELAKI

Mano Maniam


ANUGERAH KHAS JURI PENGGIAT TV WANITA

Lai Meng


ANUGERAH KHAS JURI

Vajram


LAGU TEMA TERBAIK 

Ombak Rindu


POSTER TERBAIK 

Seafood (Silver Ant Sdn Bhd)


PEREKA KOSTUM TERBAIK 

29 Februari (Hasnan Yaacob)


PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK 

Hantu Gangster (Tee Jing Chen)


LAGU TEMA TERBAIK 

Ombak Rindu - Nurzaidi Abdul Rahman


PENATAAN BUNYI TERBAIK

Bunohan - Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex Studios


PENATAAN SENI TERBAIK 

Bunohan - Dain Iskandar Said


PENGARAH HARAPAN 

SAM - Syafiq Yusof


FILEM PENDEK TERBAIK

Sanzaru - Reservoir Production Sdn Bhd


FILEM ANIMASI TERBAIK

Ninja Vs Pirate - The One Academy


SKOR MUZIK ASAL TERBAIK

Bunohan - Mendiang Yuan Tan Yan Wei, Imaginex Studios


PENGGIAT BELAKANG TABIR TERBAIK 

 Lim Kim Hua - pembekal filem


ANUGERAH PEMBELA SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

Datuk Seri Utama Rais Yatim



Harap semua berpuas hati dengan keputusan (result) FFM 2013 ini dan tahniah kepada semua pemenang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



BERITA TERKINI


Pertempuran di Lahad Datu telah meletus ! Berlakunya insiden tembakan yang mengorbankan 2 komando tentera Malaysia, 12 penceroboh bersenjata Sulu.    


Pertempuran bermula pada jam 9.59 pagi 1 Mac 2013 selepas 5 anggota PGA elit bergerak untuk memperkuatkan lagi kepungan di sekitar kampung Tanduo di mana kumpulan kira-kira 180 Sulu termasuk 30 lelaki bersenjata yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram berkubu sejak 9 Februari lalu.





Menurut sumber, kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina mengibarkan bendera putih (tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 sebelum melepaskan tembakan terhadap mereka, di Kampung Tanduo, Lahad Datu



Selepas mengibarkan bendera putih, penceroboh memerhatikan gerak geri komando yang mendekati kubu mereka sebelum melepaskan tembakan. Berikutan itu, 2 anggota komando polis terkorban manakala 3 lagi anggota keselamatan negara cedera.



Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.


Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :-




Terkorban:

1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Cedera:

1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI


Kronologi insiden pencerobohan di Lahad Datu :-




Diharapkan kerajaan Malaysia dan Filipina dapat menyelesaikan kes pencerobohan ini secepat mungkin bagi mengelakkan lagi banyak pertumpahan darah berlaku. Marilah kita doakan keselamatan perajurit-perajurit kita di perbatasan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget