Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Dividen ASB untuk tahun 2013 ialah 8.7% (Dividen 7.7 Sen seunit, Bonus 1.0 Sen seunit). Dividen ASB 8.7% 2013 ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember.


Nampaknya pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas iaitu 8.90% (Dividen 7.75 sen seunit + bonus 1.15 sen seunit). Menurut PNB, kadar itu masih di anggap kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.


Untuk rekod, kadar dividen tahun ini bukanlah yang terendah yang pernah diagihkan oleh PNB kerana pada tahun 2009, pengagihan dividen termasuk bonus adalah 8.6 sen seunit. Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi PNB mahu bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan.




Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.


Buat masa ini semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus.


Apa-apa pun ASB masih menberikan dividen yang tinggi berbanding ASW 2020 dan AS1M yang memberikan dividen sekitar 6.7% sahaja untuk 2013.


Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Keputusan undian Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) pusingan kedua (16 pasukan terakhir) 2013/2014 telahpun diketahui. Undian Liga Juara Juara Eropah pusingan kedua ini telah berlangsung di Nyon, Perancis.


16 pasukan yang dipilih adalah pasukan yang muncul Juara dan Naib Juara dalam pertandingan peringkat kumpulan UEFA Champions League. 


Jom kita terjah keputusan undian Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) pusingan kedua (16 pasukan terakhir) 2013/2014 :




Nampaknya tugas berat menanti Manchester City apabila diundi menentang Barcelona. Perlawanan tumpuan yang lain adalah melibatkan Arsenal menentang Juara bertahan, Bayern Munich. Didier Drogba pula akan kembali ke Stamford Bridge bagi menentang bekas pasukannya, Chelsea. 


Perlawanan pusingan pertama (1st leg) aakan berlangsung pada 18,19,25 dan 26 Februari 2014 manakala perlawanan pusingan kedua akan berlangsung pada 11,12,18 dan 19 Mac 2014.


Tahun ini pasukan manakah yang anda rasa akan menjulang trofi Liga Juara- Juara Eropah ? Saya pilih Barcelona....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM 20) 2013



Keputusan pemenang Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013 telahpun diketahui. Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013 ini telah bersiaran di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013.


Siaran langsung (live streaming) AIM 2013 dapat ditonton di Astro Ria dan Astro Maya HD jam 9 malam. Era FM pula bertindak selaku radio rasmi bagi AIM 20.


Jom kita terjah senarai pemenang Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013 :


Artis Baru Terbaik
  • Alex Subryn

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
  • Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
  • Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
  • Saujana – Salam Atasmu

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
  • Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)

Kulit Album Terbaik
  • Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)

Susuanan Muzik Terbaik Dalam Lagu
  • Bila Resah - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin)

Rakaman Album Terbaik
  • Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)

Video Muzik Terbaik
  • #1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)

Lagu Pop Etnik Terbaik
  • Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik
  • Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)

Lagu Rock Terbaik
  • Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)

Lagu Pop Terbaik
  • Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

Lagu Hip Hop Terbaik
  • Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  • In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet 

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
  • Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)

Anugerah Kembara
  • Shila Amzah

Anugerah Sri Wirama
  • Tan Sri Tony Fernandes

Lagu Terbaik
  • Yuna - Lelaki

Album Terbaik
  • Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni 


Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013...



Velasrizal Rodiguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget