Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Velasrizal Pengkomen Tegar Blog Hanis Zalikha ?



Nama Hanis Zalikha memang tidak perlu diperkenalkan lagi. For sure ramai bloggers di luar sana kenal si Hanis Zalikha ini. Hanis Zalikha kan one of the top blogger di Malaysia.  


Baru-baru ini ketika berblogwalking di Blog Hanis Zalikha terkejut tatkala ternampak nama Velasrizal adalah antara pengkomen tegar di blog Hanis Zalikha. Biar Betul ?


Ini adalah buktinya :-


Rasanya something wrong dengan gajet yang mengira jumlah komen ini. Hanis menerima hampir 100 komen untuk setiap entrinya. Kenapa yang paling tinggi komen cuma 19 sahaja. 


Kalau dah biasa komen di page Hanis pastinya dah mencecah puluhan komen terkumpul. Mana mungkin setakat belasan sahaja.




Secara peribadi, saya cuma komen kadangkala sahaja. Tentang jumlah komen saya itu saya percaya tetapi tersenarai dalam ranking top 10 itu sukar untuk dipercayai.


Rasanya ada lagi yang lebih layak. Walaubagaimanapun saya anggap semua ini sebagai 'tragedi yang membawa kebaikan'. Secara tidak langsung ia mempromosikan blog picisan ini...


Terima kasih Hanis Zalikha...


Adios~~~~ 



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan Jumaat ini (31 Disember 2010) sebagai cuti umum di Malaysia bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.


Desas-desus mengenai cuti umum ini kedengaran sejak final AFF Piala Suzuki 1st leg lagi antara Malaysia dan Indonesia di mana Malaysia menundukkan Indonesia 3-0.




Desas desus itu menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri Malaysia mengumumkan cuti umum pada 31 Disember 2010 sejurus Malaysia menang 4-2 secara aggregat sekaligus menjadi juara AFF Piala Suzuki 2010.


Cuti umum ini pastinya mengembirakan seluruh rakyat Malaysia. Apa-apa pun tahniah buat skuad Malaysia yang muncul Juara AFF Piala Suzuki 2010. Mari kita ramai-ramai meraikan kemenangan bersejarah ini...  


Adios~~~~



Keputusan Terkini


Keputusan Malaysia VS Indonesia live final kedua (2nd Leg) AFF Piala Suzuki 2010 29 Dec 2010  di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta telah memihak kepada Indonesia yang menang 2-1 tetapi tewas secara aggregat kepada Malaysia 4-2.


Separuh masa pertama, Indonesia melancarkan serangan bertali arus namun Malaysia masih mampu bertahan. 


Peluang terbaik Indonesia hadir apabila di anugerahkan sepakan penalti namun Firman Butina gagal menewaskan Khairul Fahmi di gawang Malaysia.



Safee Sali muncul wira Malaysia apabila menjaringkan gol di separuh masa kedua apabila Malaysia melancarkan serangan balas pantas hasil hantaran Ashaari Shamsudin.


Indonesia yang tersentak dengan gol itu mebawa masuk Bambang Pamungkas untuk mencari 5 gol untuk menafikan aggregat 4-0 Malaysia. 




Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan  gol kedua hasil  jaringan Muhammad Ridhwan (m-88).


Walaupun berjaya menjaringkan 2 gol namun gagal menafikan aggregat gol iaitu 4-2. Safee Sali muncul sebagai penjaring gol terbanyak (5 gol)  manakala Firman Butina pula muncul sebagai Most Valuable Player (MVP).

 

Tahniah skuad Harimau muda yang muncul Juara AFF Piala Suzuki 2010. Semoga ini akan membawa sinar baru kepada bolasepak Malaysia.


Nak baca lagi tentang laporan penuh perlawanan ini boleh baca di blog SharingInfoz ini.


Previous Entry


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan Malaysia VS Indonesia live final kedua (2nd Leg) AFF Piala Suzuki 2010 29 Dec 2010 dari Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.


Perlawanan ini akan di adakan pada pukul 8 malam 29 Dec 2010. Siaran langsung (live) boleh di tonton di RTM 1 dan AstroSuperSport Channel 813.




Inilah dia jalan utama ke Stadium Gelora Bung Karno yang di penuhi lautan manusia berpakaian merah berduyun-duyun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bersejarah ini. 




Nampaknya polis Indonesia mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar stadium bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.


Peringatan supaya tidak membawa laser ke dalam stadium juga di maklumkan kepada penonton menerusi poster yang di gantung di luar stadium.




Skuad bola sepak Malaysia terpaksa berlatih di kawasan Hotel Sultan, di Jakarta selepas latihan di gelanggang asal dibatalkan kerana bimbang diganggu hampir 40,000 penyokong Indonesia. 


Di kawasan hotel penginapan, beberapa penonton mengejek pemain serta jurulatih dari luar pagar sambil membawa kain rentang. Antara kain rentang kelihatan melaungkan kata “Laser No...Football Yes” (Laser...Tidak), “Raja ‘Gombal’ pasti hancur”. 




Semoga anak buah k. Rajagopal akan menang lagi pada malam ini meskipun secara aggregat Malaysia sudah mendahui 3-0. Jangan lupa menyaksikan perlawanan secara langsung (live) di RTM 1 dan AstroSuperSport Channel 813.


Keputusan dan laporan penuh Malaysia VS Indonesia live final kedua (2nd Leg)  AFF Piala Suzuki 2010 akan di kemaskini di blog ini selepas tamat perlawanan..


Adios~~~~~



Nampaknya selepas Indonesia tewas 3-0 kepada Malaysia pada Final 1st Leg AFF Piala Suzuki, ramai penyokong Indonesia tdak boleh menerima hakikat kekalahan itu.


Tetapi sebaliknya buat skuad bolasepak Indonesia itu sendiri. Mereka masih berfikiran positif dan yakin Indonesia akan menang di 2nd leg Final Piala Suzuki di Jakarta nanti.


Ini adalah komen-komen pemain Indonesia di Twitter selepas tewas kepada Malaysia :-




Semangat kesukanan beginilah yang perlu ada  pada setiap atlet bukannya menunding jari kepada pihak lain apabila gagal membawa pulang kemenangan. 


Mengenai dakwaan penyokong Indonesia mendakwa mereka tewas kerana pancaran cahaya laser, mungkin gambar di bawah ini akan menjawab semua dakwaan itu.


 

Ketika Malaysia dibelasah 5-1 di  peringkat kumpulan, kekalahan tersebut diterima dengan hati terbuka meskipun penjaga gol Malaysia Sharbine Alawee telah diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia.


Jaringan yang dihasilkan oleh pasukan Malaysia pada final 1st leg bermula daripada gerakan padang bukannya ketika pancaran laser menghala ke penjaga gol Indonesia yang bersiap sedia menangkis sepakan percuma.


Adakah keempat-empat pertahanan Indonesia turut ‘diganggu’ oleh pancaran laser sehingga gagal menyekat kelincahan penyerang Malaysia?


Fikir-fikirkanlah....


Adios~~~~

Peserta / Finalis Raja Lawak Astro Musim Ke 5 2011



Selepas Mari Menari melabuhkan tirainya, kini giliran Raja Lawak musim ke 5 pula akan mengambil tempat bermula 7 Januari 2011 jam 9 malam di Astro Prima.


Sidang Media dan Pelancaran Raja Lawak Musim ke 5 telah adakan di Pasar Seni baru-baru ini. 12 peserta / finalis Raja Lawak Musim ke 5 juga telah diperkenalkan.


Jom kita terjah peserta / finalis Raja Lawak Astro musim Ke 5 2011 ini :-





Lapan peserta berkumpulan:

Kumpulan PUKAW
Kumpulan R2
Kumpulan BOBO
Kumpulan KOPIO
Kumpulan BALAS
Kumpulan KAMI
Kumpulan LUCKY
Kumpulan TBO


Empat peserta solo iaitu:

NAZMI
MAN
EPY
LEMAN


Masih mengekalkan konsep dan format yang sama seperti sebelum ini, pemarkahan penuh 100% masih terletak di tangan pengundi sistem pesanan ringkas (SMS).


Hadiah utama bagi Juara Raja Lawak musim ini ialah wang tunai sebanyak RM100 000, sementara naib juara, RM50 000 manakala tempat ketiga RM 30 000.


Program Raja Lawak kali ini masih lagi mengekalkan gandingkan mantap pengacara Zizan dan Johan.



Selepas Raja Lawak ini sebuah program kemuncak iaitu Maharaja Lawak akan menemui penonton. Ia bakal menyaksikan persaingan Raja Lawak musim pertama hingga kelima merebut gelaran Maharaja Lawak.


Setakat ini Nabil, Johan, Zizan dan beberapa peserta lagi sudah mengesahkan penyertaan mereka. Siapakah yang akan menang agaknya? Semuanya hebat belaka !


Jangan lupa saksikan Gelanggang Raja Lawak musim ke 5 bermula 7 januari 2011 jam 9 malam di saluran Astro Prima...


Adios~~~~

Anak Kambing Berwajah Anjing



Memang mengejutkan apabila seekor kambing betina di Jasin Melaka melahirkan seekor anak kambing berwajah anjing serta bersaiz luar biasa.


Kambing betina itu melahirkan anaknya dianggarkan seberat enam kilogram bersama seekor lagi. Bagaimanapun, kedua-dua anak kambing terbabit mati sejurus dilahirkan.


Pada mulanya, pemilik kambing itu  mendapati kambing itu sukar untuk melahirkan anak. Beliau mengambil masa kira-kira 1 jam untuk mengeluarkan anak kambing itu yang tersekat kerana saiz badannya yang besar.


Selepas berjaya dikeluarkan, beliau terkejut melihat wajah dan saiznya yang besar, manakala kakinya menyerupai kaki khinzir.


Sejam selepas itu, seekor lagi anak kambing yang normal dilahirkan tetapi kedua-duanya mati tidak lama kemudian. 


Inilah buktinya besarnya kuasa Allah SWT. Pasti ada hikmahnya kejadian anak kambing menyerupai anjing ini.. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja...


Adios~~~~



Tahukah anda bahawa penyerang bola sepak Malaysia, NorShahrul Idlan Talaha telah melangsungkan perkahwinannya pada pada 25 Disember 2010 iaitu sehari sebelum Malaysia bertemu Indonesia final 1st leg di Bukit Jalil.


Majlis perkahwinan ini telah diadakan di Kelantan Trade Center. Mungkin NorShahrul tidak menyangka Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki lalu menetapkan tarikh perkahwinannya pada 25 Disember 2010.


 (credit to jejariruncing.blogspot)

Menurut sumber, NorShahrul telah mendapatkan pelepasan dari jurulatih Malaysia, K Rajagopal untuk pulang melangsungkan perkahwinanya.  
 

Pemain skuad kebangsaan yang lain tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan NorShahrul kerana di kuarantin oleh K.Rajagopal untuk bersiap sedia menghadapi Indonesia.





Isteri NorShahrul ni seorang pramugari. Patutlah cantik. Namanya kalau tak silap Siti Aisya Adam. Memang bak pinang dibelah dua mereka ini.




Menurut sumber, selepas mereka berkenalan selama 4 bulan dah terus bertunang dan sebulan lepas tu nikah  pada 10 Oktober 2010 dan bersanding pada 25 Disember 2010.


Tahniah kepada NorShahrul dan Isya. Semoga perkahwinan anda berdua kekal sehingga ke akhir hayat. Terima kasih juga kerana menginspirasikan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia (3-0) final Piala Suzuki...


Adios~~~~ 



Pasti ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Indonesia live Final 1st Leg AFF Piala Suzuki 2010 pada 26 December 2010 di Stadium Bukit Jalil jam 8 malam ini kan.


Untuk makluman, jalan utama yang menghala ke Stadium Bukit Jalil mulai sesak dengan bilangan kenderaan yang bertambah membawa penyokong kedua-dua pasukan. 




Di luar stadium pula banyak gerai-gerai menjual jersi dan selendang pasukan Malaysia dan Indonesia. Bagaikan pesta besar-besaran pula. 


Di jangkakan seramai 90 000 peminat akan memenuhi Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan Malaysia VS Indonesia Live Final 1st Leg AFF Piala Suzuki malam ini.




Secara peribadi, Malaysia mampu menang jika menampilkan corak permainan yang menarik serta berdisiplin. Barisan pertahanan perlu mengelakkan dari membuat kesilapan mudah agar tidak di bolosi. 


Apa-apapun jangan lupa menyaksikan perlawanan ini secara live di RTM 1 dan Astro SuperSport. Keputusan perlawanan Malaysia VS Indonesia ini akan dikemaskini di blog ini dari masa ke semasa.


Keputusan terkini


Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.


Pada separuh masa pertama, Malaysia banyak menguasai perlawanan dengan corak serangan yang cantik tapi masih gagal menembusi pertahanan Indonesia.




Walaubagaimanapun permainan terganggu apabila penjaga gol Indonesia, Markus mengadu kepada pengadil dia menjadi sasaran pancaran cahaya laser dari penonton.


Masuk separuh masa kedua Indonesia melancarkan serangan bertali arus tetapi Malaysia mampu bertahan sehinggalah permainan di hentikan pada minit ke 50 apabila penjaga gol  Indonesia berang apabila menjadi sasaran pancaran laser sekali lagi.




Setelah permainan di sambung Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Safee Sali  yang menolak bola masuk hasil gerakan licik NorShahrul Idlan di tepi padang.


Gol kedua hadir menerusi Ashari Shamsuddin yang merembat kencang masuk ke penjuru gawang juga menerusi gerakan NorShahrul Idlan di kiri padang.




Safee Sali sekali lagi menjaringkan gol menerusi tandukan apabila bijak membaca hantaran silang dari Mahali Jasuli. Indonesia seakan hilang punca apabila gagal bermain cemerlang.


Nampaknya Malaysia mempunyai bekalan selesa apabila bertandang untuk Final kedua nanti di Stadium Gelora BungKarno nanti. Tahniah skuad Harimau Muda ! Semoga Piala Suzuki kali ini menjadi milik Malaysia..


Adios~~~~  

Kesilapan Besar Lelaki Ketika Mengorat Wanita



Mengikut kajian sebuah Universiti di England, sebanyak 70% lelaki gagal melamar wanita untuk di jadikan pasangan mereka. Hasil kajian ini merumuskan kegagalan ini adalah berpunca dari lelaki itu sendiri ketika mengorat wanita.


Jom kita terjah kesilapan besar lelaki ketika mengorat wanita :- 


1. Tidak menyemak status wanita itu




Sebelum mengorat wanita itu, adalah penting untuk mengetahui status wanita itu sama ada dia kekasih orang atau isteri orang.


Jika wanita itu milik seseorang pastinya dia tidak selesa apabila ada lelaki lain mengoratnya. Kebarangkalian untuk di tolak amat tinggi sekali. Lagipun tak baik merosakkan perhubungan orang lain. 


2. Kerap SMS atau telefon di awal perkenalan




Wanita amat rimas jika kerap menerima SMS atau telefon dari lelaki yang baru mengenalinya terutamanya jika tiada alasan yang kukuh. Ini akan menampakkan sangat lelaki itu mahu mendampinginya.


Wanita amat selesa berSMS atau menjawab telefon dari seseorang yang dia kenali dan rapat. Oleh itu adalah lebih baik berkawan rapat dengan wanita itu sebelum menggunakan telefon sebagai medium perantaraan untuk mengeratkan perhubungan.


3. Selalu cuba mendampinginya




Wanita amat rimas jika ada lelaki selalu cuba mendampinginya setiap masa. Wanita akan bertambah lemas jika lelaki menanyakan tentang peribadi dan mencungkil rahsia dirinya terutamanya di awal perkenalan.


Adalah lebih baik cuba mengenali wanita itu secara tidak terang-terangan contohnya berbual ketika menaiki lif yang sama. Taktik ini tidak menunjukkan yang anda terdesak untuk mengenalinya dengan lebih rapat.


4.  Cuba menjadi orang lain 




Jika wanita itu sukakan seseorang itu sebagai idolanya contohnya Yusry KRU, janganlah pula anda cuba 'menjadi'  Yusry KRU untuk mengoratnya. Ini kerana anda tidak akan berjaya menjadi Yusry KRU sepenuhnya.


Adalah lebih baik anda menjadi diri anda sendiri. Setiap orang punya personaliti yang unik dan tersendiri. Wanita akan mudah tertarik dengan personaliti lelaki yang unik dan tersendiri. 


5. Melamarnya ketika masih di awal perkenalan


 


Untuk menjadi pasangan hidup seseorang, biasanya wanita perlukan banyak masa untuk berfikir. Banyak faktor di ambil kira. Oleh itu wanita tidak mudah menerima lamaran seseorang yang baru di kenalinya.


Oleh itu lelaki perlu menjadi kawannya terlebih dahulu kemudian kawan baik dan seterusnya kekasih. Selepas itu barulah anda ada harapan di terimanya jika anda melamarnya untuk berkahwin.


Semoga informasi di atas ini berguna bagi lelaki sedang memburu cinta sejati. Apa yang penting ialah  mempraktikkan taktik yang berkesan dan usaha yang berterusan. InsyAllah akan membuahkan hasil kelak....


Selamat Maju Jaya...


Dr. Love


Adios~~~~~ 



Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu perlawanan Malaysia VS Indonesia Final 1st Leg AFF Piala Suzuki 2010 pada 26 Dec 2010 di Stadium Bukit Jalil jam 8 malam.


Ini kerana kali terakhir Malaysia mara ke final AFF Piala Suzuki ialah pada tahun 1996 di mana Malaysia tewas di tangan Thailand 0-1. 




Misi besar menanti Indonesia kerana ini merupakan kali pertama mereka akan bermain di gelanggang lawan pada edisi kali ini serta ramai mencongak peluang untuk Indonesia muncul juara akan lebih sukar.


Meskipun Malaysia tewas kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan, mereka bangkit dengan corak permainan berbeza sekaligus berjaya mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir menewaskan penyandang juara iaitu Vietnam.




Ini adalah barisan kemungkinan pasukan Malaysia ketika menentang Indonesia nanti. Di harapkan pemain tengah Malaysia perlu lebih kreatif menjana serangan dan bertahan pada masa yang sama. 


Apa yang penting ialah menjaringkan gol sebagai bekalan ke Jakarta nanti di samping tidak membenarkan pihak lawan mmbolosi gawang Malaysia. 




Apa-apa pun tahniah buat skuad muda Malaysia yang mampu melangkah sejauh ini. Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia dapat memenangi AFF Piala Suzuki kali ini.


Jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia VS Indonesia Final 1st Leg AFF Piala Suzuki 2010 pada 26 Dec 2010 di Stadium Bukit Jalil. Siaran langsung akan disiarkan di RTM dan Astro SuperSport channel 813 jam 8 malam.



Adios~~~~



Tarikh pilihanraya DUN Tenang (N5) Johor telah di tetapkan pada 30 Januari 2011 (ahad) manakala tarikh pemilihan calon pula pada 22 Januari 2011 (sabtu).


Pilihanraya kecil DUN Tenang (N5) Johor terpaksa di adakan  berikutan kematian ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember 2010.




Boleh di katakan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat UMNO di negeri Johor. Dijangkakan pilihanraya kali ini akan menyaksikan 1 lawan 1 antara UMNO dan PAS.


Untuk rekod, DUN Tenang mempunyai 49.66 % pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 %, India 12.11 % dan bangsa-bangsa lain 0.10 %.




Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Ini merupakan kemenangan kedua beliau ke atas lawan yang sama dalam 2 pilihanraya.


Tak kisahlah siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil DUN (N5) Johor ini. Yang penting wakil rakyat yang baru nanti mestilah berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh jiwa raga...
Adios~~~~



Rafael Benitez telah dipecat sebagai jurulatih Inter Milan oleh lembaga kelab setelah persetujuan dicapai untuk menamatkan kontraknya lebih awal.  


Walaubagaimanapun, Inter Milan berterima kasih kepada Benitez kerana membantu kelab memenangi Italian Super Cup and the FIFA Club World Cup.


Punca pemecatan beliau adalah kerana aksi longlai dalam Serie A di mana kedudukan Inter  Milan berada di tangga ke 7 dan 13 mata jauh di tinggalkan pendahulu liga, AC Milan. 




Benitez berdepan tugas sukar untuk mengulangi kejayaan bekas pengurus Inter Milan, Jose Maurinho yang berjaya merangkul tropi Serie A, Coppa Italia and Liga-Juara-Juara Eropah. 


Kecederaan pemain utama, Wesley Sneidjer memburukkan lagi keadaaan apabila Inter Milan hanya mampu menang 6 dari 15 perlawanan liga.


Apa-apapun Selamat Maju Jaya untuk Rafael Benitez dan Inter Milan. Semoga kedua-dua pihak akan menemui penganti secepat mungkin...


Adios~~~~

Password Paling Popular Di Dunia



Mungkin ada ketikanya kita buntu memikirkan apakah password yang paling sesuai di gunakan untuk melindungi akta rahsia peribadi kita.


Mengikut kajian, terdapat 10 password yang sering digunakan masyarakat di dunia ini. Jom kita terjah password paling popular di dunia :-   


1. Tarikh lahir

2. Tarikh kejadian / pernikahan

3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)

4. 123456789

5. 111111

6. ILoveYou

7. Nama gabungan diri sendiri dan pasangan

8. Kata "password"

9. Nombor Telefon rumah / handphone

10. a1b2c3d3....


Sebenarnya mudah aja nak cipta password ni. Bagi yang masih buntu, mungkin boleh gunakan password yang poular ini sebagai password peribadi anda....


Adios~~~~

Diskaun Tol Krismas 2010



Ini berita baik kepada mereka yang mahu pulang ke kampung atau bercuti sempena cuti krismas 2010 kali ini.


Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) bersetuju memberikan diskaun tol krismas 2010 untuk pengguna lebuhraya.


Diskaun sebanyak 60 sen diberikan kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong dan 20 sen untuk pengguna Lebuhraya Sprint ditawarkan dalam tempoh 24 jam mulai 12.01 tengah malam Sabtu ini.




Diskaun bersempena hari Krismas itu adalah untuk dinikmati oleh kenderaan dari semua kelas.


Mungkin ada lagi syarikat konsesi lebuhraya akan mengumumkan diskaun tol sempena krismas 2010 dalam masa terdekat. Sama-samalah kita tunggu pengumumannya.


Bagi yang akan pulang ke kampung atau bercuti sempena cuti Krismas 2010 ini, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang...


Adios~~~~

Isteri @ Bini Baru Taib Mahmud Wanita Lubnan



Pastinya ramai dah mengetahui bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud telah pun mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an baru-baru ini.


Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup dengan pihak media tidak dibenarkan masuk. Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat.




Boleh tahan cantik isteri @ baru Tan Sri Taib Mahmud ini. Mancung hidungnya. Maklumlah isteri baru dia ini berasal dari Lubnan.


Sebelum ini, isteri beliau Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah April 2009 selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.




Menurut sumber, pengumuman tentang perkahwinan ini akan dibuat tak lama lagi dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari, 2011. 


Apa-apapun Selamat Pengantin Baru kepada Tan Sri Taib Mahmud. Semoga kekal ke akhir hayat. 


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget