Nampaknya Singapura juga semakin pulih daripada krisis ekonomi dunia. Petumbuhan ekonomi yang kian pesat terus di catatkan dalam suku tahun pertama tahun ini.
Kementerian Tenaga Manusia mengatakan bahawa jumlah kekosongan peluang pekerjaan di negara itu meningkat sekitar 34 000 kekosongan pada suku pertama 2010.
The Resord World Sentosa dan Marina Bay Sands merupakan penyumbang utama kerja kosong di Singapura. Ini sekaligus akan mendorong pertumbuhan pendapatan lebih kukuh manakala persaingan untuk pekerjaan lebih meningkat merujuk kepada laporan semakan makro ekonomi.
Jika ekonomi Singapura meningkat ke 7 - 9%, dijangka lebih 100 000 peluang pekerjaan dapat di tawarkan. Sejajar dengan prospek ekonomi Asia yang semakin baik serta minat melancong yang meningkat, beberapa faktor lain akan mendorong pelawat serantau ke Singapura.
Oleh itu dijangkakan lebih ramai lagi anak Malaysia akan menabur bakti di Singapura jika kadar gaji di sana lebih tinggi daripada kadar gaji di Malaysia seperti yang dilaporkan media baru-baru ini ramai siswazah dalam bidang perubatan memilih negara yang menawarkan gaji lebih tinggi untuk berkhidmat.
Oleh itu perlu satu mekanisme untuk memastikan siswazah kita tidak beralih angin ke negara lain kerana kita juga akan kerugian akhirnya..
Adios~~~~