Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



BERITA TERKINI


Menurut sumber, harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi berkuatkuasa tengah malam ini (1 Februari 2011)


Ini bermakna, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter daripada RM2.40 sebelum ini.


Untuk rekod, ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97






Carta di atas adalah rekod kenaikan harga RON 97 dari tahun 2004-2011. Ini belum termasuk kenaikan terbaru 10 sen pada 1 Februari 2011


Dari tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.


Untuk makluman, harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~




Nampak tak iklan warna pink di atas tu. Cantik tak? Inilah dia iklan dari HeartBeat yang menjadi kegilaan bloggers sekarang ini.


Tapi pernah tak anda dengar pasal HeartBeat ? Heartbeat ini ialah syarikat yang menjual hadiah seperti mug, frame gambar, t-shirt dan bermacam-macam lagi.




Jika anda seorang blogger apa kata anda register dengan HeartBeat kerana jika anda mengiklankan syarikat ini di blog anda, anda akan dapat menjana pendapatan sampingan berdasarkan cost per click.


Nak tahu berapa jumlah pendapatan sampingan yang boleh anda dapat? Jom kita terjah maklumat di bawah ini :- 




Jangan risau bagi mereka yang letak iklan nuffnang kerana HeartBeat ini tidak akan menjejaskan status Glitterati anda. Macam mana nak register dengan Heartbeat? ikut arahan di bawah ini :

 
    * Masuk site Heartbeat






    * Kemudian klik pada gambar seperti di atas yang berada di sebelah atas kiri website


    * Kemudian klik create account dan isi maklumat


    * Selepas selesai click "MY HB! Affiliate"


    * Lepas tu klik icon "Get A Code" danpaste di ruang HTML di blog anda.


Apa lagi yang anda tunggu. Jom register dengan HeartBeat ini. Boleh tambah pendapatan sampingan anda...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Keputusan penuh


Inilah dia keputusan penuh yang di umumkan oleh pengurus pilihanraya DUN Tenang sebentar tadi :-


BN : 6699 undi

PAS : 2992 undi

Undi Rosak : 142 undi

Majoriti : 3707 undi


Ini bermakna calon BN, Azahar Ibrahim di pilih sebagai ADUN baru Tenang (N5) Johor.


Latest Update 


Mengikut laporan TV3, beberapa peti undi tiba lewat di pusat penjumlahan undi ekoran hujan lebat dan banjir yang melanda Labis. 


Oleh itu, keputusan penuh pilihanraya DUN Tenang di jangka di umum jam 9.30 malam.


Keputusan Tidak Rasmi :


7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam laman Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.


Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,2,963 undi.


7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.


Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.


6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387

6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.




Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.


6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.


Jumlah keluar mengundi pada pilihanraya DUN Tenang (N5) hanyalah 71.71% atau 10 579 orang iaitu lebih rendah dari pilihanraya umum lalu iaitu 73.52% atau 10 669 orang.


Mungkin faktor pengundi luar tidak pulang untuk mengundi kerana hampir dengan cuti Tahun Baru Cina menyebabkan angka ini menurun di samping hujan lebat dan banjir yang melanda Labis.


Sumber : Malaysiakini


Previous Entry


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan Pilihanraya DUN Tenang (N5) Johor pada 30 Januari 2011 ini kan terutamanya pemerhati politik tanah air.


Nasib calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru yang bertanding dalam pilihan raya ini akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di DUN Tenang




Sehingga jam 2 petang, 61.17% atau 9005 orang pengundi di DUN Tenang sudah menjalankan tanggungjawab mereka. 


Walaubagaimanapun, cuaca hujan berterusan dari pagi dan banjir di sesetengah tempat merencatkan proses penduduk DUN Tenang keluar mengundi.




Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.




Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.


Kepada penduduk DUN Tenang, jangan lepaskan peluang untuk keluar mengundi.  Keputusan penuh pilihanraya DUN Tenang akan di update di blog ini selepas pengumuman rasmi oleh Suruhanraya Pilihan Raya


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Inilah dia keputusan Jepun VS Australia Final Live Piala Asia 2011 (Asian Cup 2011 Final Result ). Jepun 1-0 Australia. Jepun Juara Piala Asia 2011. 


Ini bermakna, Jepun memenangi Piala Asia buat kali ke 4 sekali gus rekod baru bagi kejohanan anjuran Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) hasil jaringan tunggal penyerang gantian, Tadanari Lee ke atas Australia 1-0.


Lee merembat masuk voli dengan kaki kirinya pada minit ke-109 masa tambahan perlawanan akhir sebaik sahaja menerima umpanan Yuto Nagatoma dari sebelah kiri tanpa dikawal sesiapa.





Skuad Blue Samurai dan Socceroos terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit masa permainan sebenar. Walaupun Australia mengasak hebat ke gawang Jepun namun Jepun masih kebal bertahan. 


Australia berpeluang membalas dendam atas kekalahan ini apabila Piala Asia 2015 nanti akan di adakan di bumi Australia. Kelebihan pada mereka yang akan beraksi tuan rumah nanti.


Apa-apa pun tahniah kepada Jepun yang muncul sebagai juara Piala Asia 2011 ini. Harap-harap Malaysia akan layak beraksi nanti di Piala Asia 2015 di Australia...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

mlm nie selangor menang 3-0

Haha mintak maaflah, malam ni Selangor kalah 0-2 kepada Kelantan..Tak pe cuba lagi next year ye...



 Latest update

 
Kelantan menjulang Piala sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) 2011 setelah menumpaskan Selangor 2-0 dalam perlawanan yang di adakan di Stadium Shah Alam. 


Sepakan penalti penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan bebas ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi pada setiap babak kedua permainan memastikan tiga mata sulung liga buat Kelantan. 


Permainan di berhentikan seketika ekoran tindakan penyokong Kelantan melontar mercun ke dalam padang. Khairul Fahmi juga turut di ganggu pancaran laser dari penyokong Selangor.


Walaupun di asak bertali arus, Kelantan kebal bertahan sekaligus memastikan kejuaraan Piala Sumbangsih milik mereka. 


 Untuk informasi lebih lanjut tentang perlawanan ini, bolehlah klik di blog Sharinginfoz ini.


Previous entry


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan perlawanan Selangor VS Kelantan Final live Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) yang berlangsung pada 29 Januari 2011 di Stadium Shah Alam.


Pada masa yang sama, perlawanan ini di kira sebagai perlawanan pertama Liga Super buat kedua-dua pasukan. Ini bermakna, selain membawa pulang tropi, pemenang juga mendapat 3 mata utama.



Pemain tumpuan dalam perlawanan ini ialah bintang Piala Suzuki 2010 iaitu Safee Sali, Amri Yahya dan Safiq Rahim yang beraksi untuk Selangor manakala Khairul Fahmi dan NorShahrul Idlan untuk Kelantan.


Jangan lupa sakiskan perlawanan Selangor VS Kelantan live Piala Sumbangsih 2011 ini di RTM 1 dan Atro Arena jam 8.45 malam. Keputusan perlawanan akan di upate di blog ini selepas perlawanan tamat..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~




Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) Melaka ditetapkan pada 6 Mac 2011 manakala pemilihan calon pada 26 Februari 2011.


Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari 2011.


Dalam pilihan raya umum 2008, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang 4 tahun sebelumnya.




Untuk rekod, daftar Pemilih mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.


Berdasarkan gambar di atas, impian melihat pilihanraya DUN Tenang (N5) Johor sebagai pilihanraya kecil yang terakhir tidak kesampaian apabila pilihanraya DUN Merlimau (N27) terpaksa diadakan.


Apa boleh buat, kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Terima sahaja seadanya..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Latest update


Korea Selatan muncul pasukan ketiga terbaik Piala Asia apabila menundukkan Uzbekistan 3-2 dalam perlawanan yang di adakan di Stadium Al Sadd, Qatar.


Gol Korea Selatan hadir pada minit ke 18 menerusi Koo Ja-cheol. Gol kedua dan ketiga pula hadir menerusi Ji Dong pada minit ke 28 dan 39.




Gol uzbekistan pula hadir menerusi sepakan penalti Geynrikh pada minit ke 43. Geynrikh sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 53 tetapi masih gagal menghalang kemaraan Korea Selatan.


Ini bemakna Korea Selatan menperoleh tiket percuma ke ke Piala Asia 2015 yang akan berlangsung di Australia nanti.


Previous entry 


Pasti ramai yang ternantikan keputusan Korea Selatan VS Uzbekistan live tempat ketiga Piala Asia (Asian Cup third place result) 28 januari 2011 ini kan. 


Pada perlawanan separuh akhir, Korea Selatan tumpas kepada Jepun 3-0 menerusi sepakan penalti setelah di ikat 2-2 sama manakala Australia membelasah Uzbekistan 6-0.


Pastinya kedua-dua pasukan mahu menebus kekecewaan gagal mara ke final dengan sekurang-kurangnya menjadi pasukan ketiga terbaik Piala Asia 2011 ini.




Pemain tumpuan pada perlawanan ini pastinya Park Ji Sung (Korea Selatan) yang bermain untuk Manchester United dan Maxim Shatskikh (Uzbekistan) yang pernah beraksi untuk Dynamo Kiev. 


Ramai pemain Korea Selatan menghadapi masalah kecergasan setelah beraksi 120 minit menentang Jepun manakala Uzbekistan pula mahu memulihkan luka dalam apabila di malukan Australia 6-0.


Jangan lupa saksikan perlawanan Korea Selatan VS Uzbekistan live tempat ketiga Piala Asia 2011 di Astro Star Sports saluran 813 jam 11 malam. Keputusan perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat...    


Velasrizal Rodriguez 


Adios~~~~

Penumpang Bas Ekspres Akan Di Kenakan Surcaj Tol ?



Baru-baru ini, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres SeMalaysia (PMBOA) mencadangkan untuk mengenakan surcaj tol kepada setiap penumpang bas ekspres.


Walaubagaimanapun, surcaj ke atas penumpang ini hanya untuk bas ekspres yang menggunakan laluan lebuhraya yang bertol sahaja.


Cadangan ini di utarakan ekoran tindakan kerajaan menarik balik pemberian diskaun tol 50% kepada pengusaha bas ekspres sejak 15 Januari 2011.




Jika cadangan mengenakan surcaj tol itu dipersetujui kerajaan, ia tentunya membebankan pengguna yang tiada pilihan kecuali menaiki bas terbabit dengan tambang lebih tinggi.


Secara peribadi, kerajaan perlu kaji balik tindakan hentikan pemberian diskaun tol kerana tindakan itu membebankan rakyat, terutama golongan pendapatan rendah dan sederhana.


Jangan salahkan rakyat kalau ramai yang tidak mahu menaiki pengangkutan awam lagi selepas ini.. Rakyat kini dah pandai menilai baik buruk..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Baru-baru ini telah berlangsungnya pelancaran jersi baru Felda United FC 2011 dan pengumuman senarai pemain Felda United FC 2011 di Anjung Felda Kuala Lumpur. 


Jersi baru Felda United 2011 ini menggunakan jenama Kappa dan di taja oleh Alicafe dan minyak masak Saji.


Jom kita terjah jersi baru Felda United FC 2011 ini dengan lebih dekat :- 



Jersi utama (home jersey)



jersi kedua (away jersey)


Secara peribadi, kedua-dua jersi baru Felda United Fc ini nampak cantik dan garang terutamanya jersi utama yang menggabungkan warna oren dan hitam.


Menuirut sumber, jersi baru Felda United FC 2011 akan mula di jual di kedai-kedai terpilih mulai 26 Januari 2011 ini.


Jom kita terjah senarai pemain Felda United FC 2011 pula : -


 

Sasaran Felda United FC musim ini ialah bukan mahu sekadar kekal di saingan Liga Super, malah mahu berada di kalangan empat pasukan teratas dan merangkul sekurang-kurangnya satu piala.


Apa-apapun selamat maju jaya buat Felda United FC. Semoga sasaran yang di tetapkan akan menjadi kenyataan...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Soalan-Soalan Di #TanyaNajib Di Twitter Dan Facebook



Masih ingat dengan entri #TanyaNajib Di Twitter Dan Facebook ? Nampaknya sambutan di Twitter dan Facebook  Perdana Menteri, Dato Seri Najib memang menggalakkan.


Ramai yang mengambil kesempatan menegemukakan soalan kepada PM kita. Tak kurang juga ada yang menanyakan soalan yang 'nakal' dan 'pedas' kepada beliau.


Nak tau soalannya? Jom kita terjah antara soalan-soalan di #TanyaNajib di Twitter dan Facebook :-




Memang sinis sekali soalan-soalan ini kan. Tak dapat di pastikan sama ada soalan ini akan di jawab oleh Dato Seri Najib atau tidak.


Walaubagaimanapun populariti  #TanyaNajib masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.


Kalau nak tahu jawapan Najib, sama-samalah kita tunggu reaksi Dato Seri mengenai soalan-saolan yang di uatarakan kepada beliau...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Latest update :- 


Jepun menempah tiket ke perlawanan akhir apabila menyingkirkan seteru utama, Korea Selatan 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam 120 minit permainan.


Penjaga gol, Eiji Kawashima muncul wira skuad Blue Samurai selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Korea.


Australia pula membelasah Uzbekistan 6-0 pada perlawanan separuh akhir Piala Asia berlangsung awal pagi ini.

Australia bakal berdepan dengan juara sebanyak tiga kali iaitu Jepun yang telah menewaskan Korea melalui penentuan sepakan penalti di peringkat separuh akhir.


Previous entry


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Jepun VS Korea Selatan separuh akhir Piala Asia 2011 25 Januari 2011 yang berlangsung di Qatar.


Yang menariknya kedua-dua pasukan memiliki pemain muda berbakat dan memiliki banyak persamaan. Konsep dan akademi pembangunan pemain-pemain muda juga hampir serupa.


Jom kita terjah barisan kemungkinan yang beraksi pada perlawanan Jepun VS Korea Selatan live separuh akhir Piala Asia 2011 25 januari 2011 :- 




Kedua-dua pasukan pastinya memberi fokus untuk menguasai jentera tengah dan menggerakkan serangan bermula dari kawasan tengah


Pemain tumpuan pada perlawanan ini pastinya Park Ji Sung yang bermain untuk Manchester United dan Honda yang beraksi cemerlang pada Piala Dunia 2010 lalu.


Jangan lupa saksikan perlawanan Jepun VS Korea Selatan live separuh akhir Piala Asia 2011 ini. Keputusan perlawanan akan di update di blog ini selepas perlawanan tamat...


Adios~~~~ 



Kali ini nak share dengan anda semua lirik lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa).


Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Edry KRU. Lagu ini juga dinyanyikan dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan judul 'The Memories'.




Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa) 


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu


Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu


Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Pada 23 Januari sehingga 1 Febuari 2011 akan berlangsungnya Le Tour de Langkawi (LTDL 2011) edisi 16 bermula dari Langkawi sehinggalah ke Kuala Lumpur.


Inilah dia senarai pasukan yang bertanding dalam Le Tour de Lamgkawi (LTDL 2011) edisi 16 :-



Le Tour de Langkawi 2011 (LTDL 2011) edisi16 melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak kayuhan sejauh 1,315.4km menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta.


Jom kita terjah jadual perlumbaan Le Tour De Langkawi 2011 (LTDL) edisi 16 kali ini :-






Bagi mereka yang tinggal sekitar bandar yang terlibat dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2011 (LTDL 2011) di nasihatkan mengikut arahan polis bagi melancarkan aliran trafik.


Selamat maju jaya buat pelumba basikal semua. Harap-harap apa pelumba dari Malaysia memberi saingan dan muncul juara untuk edisi ke 16 kali ini...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pernikahan, perkahwinan dan persandingan Ayu Raudhah (pelakon) dan Zaquan Adha (pemain bolasepak Negeri Sembilan & Malaysia).


Ayu Raudhah Che Wan, 27, dan Mohd Zaquan Adha, 24, dinikahkan imam masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar berwalikan abang pengantin perempuan, Rosidi Che Wan dengan mas kawin RM1,888.


Ini adalah gambar majlis pernikahan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha :- 








Menurut sumber, majlis persandingan berlangsung di sebelah malam (21 Januari 2011) di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar di Alor Setar yang dihadiri lebih 1,000 jemputan.


Ini pula gambar di majlis perkahwinan dan persandingan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha :- 










Memang sama cantik dan sama padan. Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru kepada Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.


P/S : Sejak akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan kepada saya kenapa kerap menyiarkan entri tentang perkahwinan. Adakah saya mula menunjukkan minat ke arah itu? Jawapan saya :- No comment :-)


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Inilah dia hero baru Spiderman 4, Andrew Garfield. Beliau akan mengantikan tempat Tobey McGuire yang memegang watak sebagai Peter Parker untuk 3 filem Spiderman sebelum ini. 


Garfield, yang mula dikenali sejak berlakon dalam film 'The Social Network' bersama Justin Timberlake,dinilai memenuhi kriteria memegang watak Peter Parker. 




Wajah dan usia Garfield, memang sangat sesuai untuk mengisi watak Parker. Menurut sumber,Garfield telah menjalani pengambaraan film Spider-Man bersama Emma Stone, yang berlakon sebagai Gwen Stacy.


Filem Spiderman 4 ini di jangka akan masuk pawagam pada 2012 nanti. Rasa tak sabar nak tunggu. Nak lihat bagaimana hero baru ini membawa watak sebagai Peter Parker...


Adios~~~~



Pelakon Rebecca Nur Islam telah pun melangsungkan perkahwinan beliau baru-baru ini dengan peguam duda anak dua.


Inilah dia gambar majlis perkahwinan, persandingan Rebecca Nur Islam dengan peguam duda, Nor Azam Datuk Sulaiman yang berlangsung baru-baru ini  :- 






Untuk rekod, Rebecca berusia 24 tahun manakala Nor Azam berusia 42 tahun. Nor azam memiliki 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulu.


Nampaknya jarak umur bukanlah halangan bagi pasangan ini dari mendirikan rumah tangga.

  




Menurut sumber, majlis perkahwinan Rebecca Nur Islam dibuat 3 hari 3 malam. 14 Jan nikah, 15 Jan bersanding ala-ala tradisional di Hotel Flamingo dan 16 Jan bersanding ala-ala English kat Menara KL.


Apa-apapun Selamat Pengantin Baru buat Rebecca Nur Islam Dengan  Nor Azam Datuk Sulaiman. Semoga  bahagia kekal ke anak cucu...  
 

Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget