Ini berita baik untuk pengemar mi segera yang kini anda tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser. Yahoo..
Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan. Kementerian dalam kenyataan menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
Baru-baru ini berita dari Indonesia mendedahkan bahawa mi segera hampir mengantikan nasi sebagai makanan ruji di negara itu berikutan ramai penduduk Indonesia berpendapatan rendah. Di Malaysia ini masih belum sampai tahap ini lagi. Kebanyakan rakyat kita memilih menikmati mi segera atas alasan mengejar masa.
Sekurang-kurangnya dengan pendedahan ini masyarakat kita tidak perlu bimbang lagi dengan dakwaan mi segera penyebab kanser. Pastinya lepas ini ramai yang akan menjadikan mi segera sebagai menu pilihan utama..
Adios~~~