Tahukah anda akan terdapat sebuah program realiti yang bakal diterbitkan tidak lama lagi di mana gadis dan lelaki remaja akan melelongkan dara dan teruna mereka kepada pembida paling tinggi.
Program berkenaan akan diterbitkan oleh penerbit dokumentari, John Sisely. Menurut sumber, beliau dipaksa meninggalkan Australia selepas pihak berkuasa negara itu mengancam mendakwanya berhubung projek itu.
Sisely berharap memperoleh pembeli dalam lelongan yang akan disiarkan secara langsung dari sebuah rumah pelacuran. Beliau telah menghabiskan masa lebih setahun mencari peserta lelaki dan wanita yang masih dara untuk menjual diri mereka di depan kamera.
Setiap peserta akan dibayar sebanyak AS$20,000 (RM65,000). Peserta juga akan menerima 90% daripada harga jualan mereka. Baki 10% itu akan diserahkan kepada rumah pelacuran itu.
Ramai senator di Australia menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, mengarut dan meloyakan. Perkara ini juga akan di bangkitkan dalam persidangan parlimen akan datang.
Hmm.. macam-macam kan program realiti TV sekarang ini. Daripada mencari penyanyi baru hinggalah menjual pelacur. Kalau ada program ni di Malaysia ni mungkin dah kena ISA kot. Kita sebagai penonton hendaklah bijak memilih mana yang baik mana yang buruk kan..
Adios~~~