Menurut laporan espnstar.com, jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho telah menjawab spekulasi bahawa dia akan menjadi jurulatih Real Madrid suatu hari nanti.
Mourinho telah sekian lama dikaitkan dengan 'kerusi panas' kelab gergasi dari Sepanyol itu musim depan, meskipun dia seringkali menafikan spekulasi tersebut sebelum ini.
Namun kali ini, bekas bos Chelsea dan Porto itu mengakui dia akan menuju ke ibu negara Sepanyol tersebut, tetapi pada masa yang sama, dia masih tidak mahu menyatakan bilakah masanya.
Beliau berkata laporan media sebelah kakinya di Sepanyol dan sebelah kaki lagi di Milan adalah salah. Sebetulnya beliau akan menjadi jurulatih Real Madrid.
Beliau berhasrat menjadi menjadi jurulatih yang pernah berkhidmat untuk 3 kelab besar di England (Chelsea), Italy (Inter Milan) dan Sepanyol (Real Madrid) dan memenangi tropi utama di 3 negara tersebut.
Selamat Maju Jaya Jose Maurinho..
Adios~~~