Tahukah anda bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah pun melancarkan laman sosial myfriends2u.com bagi memudahkan golongan belia mengetahui aktiviti yang bersesuaian mereka sertai.
Kewujudan laman ini selaras dengan perkembangan pantas Internet yang memerlukan penyampaian berita dengan cepat dan terkini.
Laman ini juga akan menjadi platform atas talian bagi golongan belia untuk bertukar idea, menjengah peluang pekerjaan dan membina perniagaan sendiri.
Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kefahaman golongan belia mengenai kepentingan Internet dalam menguruskan aktiviti seharian mereka.
Boleh dikatakan bahawa laman sosial ini di cipta sebagai alternatif kepada laman sosial sedia ada seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain. Cuma laman sosial ini lebih bercirikan tempatan.
Agak menarik laman sosial yang menggunakan tagline 'always keep in touch' ini. Kepada anda yang suka menggunakan laman sosial bolehlah mencuba laman sosial ini pula. Sokonglah produk buatan Malaysia...
Adios~~~