Menurut laporan beberapa akhbar utama hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mahu menaikkan kadar saman jika ia di bayar lewat sekaligus memansuhkan kadar diskaun saman sebelum ini.
Contohnya jika jumlah saman RM 70, ianya perlu dijelaskan dalam tempoh 2 minggu. Jika tidak jumlah saman akan di naikkan kepada RM 100 jika dibayar lewat dari 3 minggu.
Menurut JPJ, mereka bukan mahu menambah jumlah kutipan saman tetapi mahu mendidik masyarakat yang menunggu sehingga diskaun ditawarkan baru mahu membayar saman.
Walaubagaimanapun cadangan ini masih perlu mendapat persetujuan dari kabinet terlebih dahulu.
Bagi aku ada pro dan kontra dalam isu ini. Langkah ini mungkin dapat mendidik pengguna jalanraya supaya lebih berhemah di jalanraya untuk menggelak dari di saman.
Dari sudut yang lain pula, kenaikkan kadar saman dalam tempoh yang singkat memang membebankan. Bukan sengaja mahu membayar lewat tetapi kadangkala kita terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tidak dapat berurusan dengan jabatan kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.
Apa pendapat anda pula ?
Adios~~~