Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan perlawanan antara Barcelona VS Real Madrid (El-Clasico) Live La Liga 2010/2011 memihak kepada Barcelona yang menang bergaya 5-0 ke atas pendahulu liga, Real Madrid.


Perlawanan yang di adakan di Nou Camp ini jelas menampakkan dominasi Barcelona dari awal permainan sehingga memperoleh gol awal menerusi Xabi yang bijak memperdayakan Iker Cassilas hasil hantaran Andeas Iniesta pada minit ke 10 


Gol kedua hadir menerusi Pedro yang menolak masuk bola yang terlepas dari tangan Iker Cassilas hasil asakan David Villa pada minit ke 18.




Permianan menjadi tegang apabila Cristiano Ronaldo menolak jurulatih Pep Guardiola yang tidak mahu memberikan bola yang keluar kepadanya. Akibat insiden itu berlakunya tolak menolak antara pemain kedua-dua pasukan. 


Separuh masa kedua, Barcelona terus berpesta gol apabila David Villa menyumbat 2 gol pada minit 55 dan 58  hasil gerakan counter attack yang dijanakan oleh Lionel Messi. 


   

Pertembungan El-Clasico ini dicemari dengan aksi layangan kad kuning kedua-dua pasukan akibat terjahan kasar dan tolak menolak berlaku. Lionel Messi juga dilayangkan kad kuning kerana berpura-pura jatuh ditolak Ricardo Carvalho.


Pada minit ke 90, pemain gantian Barcelona, Jeffran Suarez menambah derita Rael Madrid apabila menolak masuk bola hantaran Bojan Krkic melengkapkan malam derita Real Madrid. 


Sejurus selepas itu Sergio Ramos dilayangkan kad merah kerana menolak muka Puyol akibat gagal menahan kemarahan.


 

Barcelona nyata mendominasi permainan dengan ball possession 67-33. Real Madrid pula serba tidak menjadi di bahagian serangan yang diketuai Karim Benzema. Hampir tiada percubaan tepat ke arah pintu gol Barcelona.


Nampaknya ketiadaan Kaka dan Gonzalo Higuain jelas merencatkan permaianan Real Madrid manakala pemain Barcelona bebas bergerak ke sana sini dengan permaianan hantaran pendek yang kemas.    


Tahniah kepada Barcelona yang bermain baik pada perlawanan ini. Kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagii di Standium Santiago Bernabeu nanti. Dapatkah Real Madrid membalas demdam? Sama-samalah kita tunggu...  


Adios~~~~



Undian pusingan ke 3 Piala FA Inggeris 2010 (FA Cup Third Round Draw 2010) iaitu 64 pasukan terakhir telah pun berlangsung baru-baru ini di Wembley.


Jom kita terjah keputusan undian pusingan ke 3 Piala FA Inggeris 2010 ini:-




Nampaknya undian kali ini tidak memihak kepada Manchester United dan Liverpool apabila mereka akan berhitung pada 8 januari 2011.


Inilah satu-satunya perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan dari EPL yang bertembung di pusingan ke 3 ini.


Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu keputusan kesemua perlawanan ini nanti yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Januari 2011..


Adios~~~~

Jumlah Kutipan Filem 2 Alam



Rasanya ramai yang tahu tentang filem 2 Alam kan. Manakan tidak, hampir setiap hari iklan filem ini dipaparkan di KOSMO sebelum filem ini di tayangkan di pawagam.


Apa yang menariknya penerbit filem ini, Dr Rozmey meletakkan sasaran kutipan  keseluruhan RM 40 juta dan RM 2 juta di jangka diraih pada minggu pertama tayangannya di pawagam. 


Memang tinggi kan sasaran filem ini kan. Jom kita tengok tercapai tak sasaran kutipan filem ini :-


(credit to BeautifulNara)


Untuk rekod kutipan minggu pertama filem ini ialah RM 230 000 sahaja. Tak sampai pun sasaran RM 2 juta. Kalau minggu pertama dah banyak ini ada harapan tak nak dapat RM 40 juta ?


Sebenarnya ramai yang tidak suka dengan cara Dr Rozmey  yang 'keterlaluan' mempromosikan filem ini. Sasaran kutipan pula tidak masuk akal sehingga RM 40 juta. Filem Malaysia pun paling tinggi pun RM 7.66 juta (Adnan Sempit)   


Bukan itu sahaja, ramai yang kecewa dengan mutu filem ini. Ada yang mendakwa penceritaan filem ini melemaskan, bercitarasa buruk dan dakwahnya tidak kesampaian sehingga meletakkan taraf filem sama seperi cerekarama.




Secara peribadi, sebagai orang baru dalam industri ini, Dr Rozmey perlu lebih realistik dan down to earth. Orang lama dalam industri ini seperti Datuk Yusuf Haslam tak pernah pun mencapai kutipan filem  sehingga  RM 10 juta ini kan pula orang baru.


Selain itu promosi 'keterlaluan' bukanlah jalan terbaik mempromosikan filem. Ramai yang akan meluat di buatnya nanti. Sebagai akibatnya, lihatlah sekarang ini banyak Facebook Fan Club membenci Dr Rozmey diwujudkan.


Apa pun, kita tunggu apa kata Dr. Rozmey tentang kutipan filem 2 Alam nie. Tak sabar la pulak nak tunggu statement dia...


Adios~~~~

Negara Pengakses Facebook Terbesar



Baru-baru ini terdapat laporan BBC yang mengatakan rakyat Malaysia memiliki teman yang paling ramai di rangkaian sosial. Secara purata, seorang rakyat Malaysia mempunyai teman di rangkaian sosial sebanyak 233 orang.


Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Royal Pingdom, Amerika Syarikat merupakan negara yang menduduki tangga pertama pengakses terbesar lama sosial yang didirikan oleh Mark Zuckerberg ini.


Jom kita terjah ranking negara pengakses Facebook terbesar:-


1. Amerika Serikat, sekitar 130 juta pengguna.

2. England, sekitar 28 juta pengguna.

3. Indonesia sekitar 26,5 juta pengguna

4. Italia, sekitar 26 juta pengguna.

5. Perancis, sekitar 21 juta pengguna.

6. India, sekitar 21 juta pengguna.

7. Jerman, sekitar 18 juta pengguna.

8. Mexico, sekitar 18 juta pengguna.

9. Turki, sekitar 16 juta pengguna.

10. Kanada, sekitar 15 juta pengguna.

11. Malaysia, sekitar 12 juta pengguna.

12. Spain, sekitar 12 juta pengguna.

13. Filipina, sekitar 10 juta pengguna.

14. Australia, sekitar 9,1 juta pengguna

15. Argentina, sekitar 8,2 juta pengguna

16. Taiwan, sekitar 8,2 juta pengguna.

17. Colombia, sekitar 7,5 juta pengguna

18. Brazil, sekitar 6,2 juta pengguna.

19. Chile, sekitar 6,2 juta pengguna.

20. Thailand, sekitar 6,2 juta pengguna.


Selain itu, laporan ini menyatakan rakyat Malaysia juga menjadi  pengguna paling ramai menggunakan rangkaian sosial dengan purata 9 jam seminggu. Melihat kepada statistik di atas memang tiada keraguan dengan dakwaan ini.




Apa yang anda boleh lihat dari fakta ini? Terkena batang hidung sendiri kan…Saya ada 540 teman dan kebanyakkannya bukanlah ‘teman’ kerana tidak pernah pun berfungsi sebagai ‘teman’. Kadang-kadang add atas sebab serba salah takut orang kecil hati. 


Sebenarnya saya lebih gunakan Facebook untuk tujuan pemasaran blog kerana bagi saya ianya mudah dan tiada kos yang terlibat. 


Apabila kita gunakan Facebook untuk mempromosikan blog, maka lagi ramai teman di Facebook maka makin tinggilah potensi mereka menjadi pembaca blog kita. Oleh itu ada kebaikan juga mempunyai ramai teman di Facebook !...


Adios~~~~~

Facebook New Messages: SMS, Email & Chat Semua Dalam 1



Tak lama lagi Facebook akan melancarkan 1 aplikasi terbaru yang di kenali sebagai " Facebook New Messages" yang pasti ramai yang akan menyukainya.


Kita sering keliru untuk berkomunikasi dengan teman atau keluarga kerana masing-masing punya cara berbeza untuk berkomunikasi, ada yang menggunakan SMS, email dan Chat (Instant Messaging). Malangnya semuanya itu harus dilakukan secara berasingan (berbeza aplikasi).


Facebook New Messages menjanjikan kemudahan berkomunikasi dengan apa jua cara dan semuanya boleh dilakukan dalam 1 aplikasi sahaja.





Aplikasi baru ini juga akan mempunyai "Social Inbox" yang menyimpan semua mesej yang kita tulis dan di atur berdasarkan nama atau kumpulan.


Yang menariknya, Facebook juga akan memberikan alamat email khusus dengan akhiran "@facebook.com" dan kita boleh integrasikan semua jenis email (Yahoo, Hotmail dan lainnya) ke dalamnya sehingga kita hanya perlu buka Facebook untuk cek email.


Aplikasi New Messages akan dilancarkan secara berperingkat tetapi kalau anda tidak sabar lagi  mahu menggunakannya, anda boleh dapatkan aplikasi ini dengan klik link ini http://www.facebook.com/about/messages/.


Adios~~~~~



Sejak iPhone diperkenalkan, banyak industri lain jua turut merasai tempiasnya. Contohnya terdapat syarikat  pakaian menghasilkan boxer yang mempunyai poket untuk menyimpan iPhone. 


Boxer yang di beri nama SeV Travel Boxer adalah sebuah boxer (seluar dalam lelaki) yang mungkin pertama di dunia yang punya poket khusus untuk menyimpan iPhone di dalamnya.


Walaupun tidak di nyatakan dimana hebatnya menyimpan iPhone di dalam boxer, sekurang-kurangnya ini  membuatkan  iPhone anda selamat dari tangan penyeluk saku. 


Cuma bagaimana agaknya cara mengambilnya apabila telefon berdering ya.....


Adios~~~~

Lagu Yang layak Ke / Finalis Anugerah Juara Lagu 25 2010

 

Setelah 3 minggu berturut-turut Muzik-Muzik separuh akhir berlangsung, akhirnya inilah dia 14 lagu yang  layak ke / finalis Anugerah Juara Lagu 25 2010 (AJL 25) atas pilihan juri :-


1. Faizal Tahir - Hanyut

2. Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan

3. Hafiz - Noktah Cinta

4. Black & Meet Uncle Hussin - Drama King

5. Adira - Ku Ada Kamu

6. A.P.I - Pelita

7. Yuna - Cinta Sempurna

8. Tomok - Berlari

9. Black - Sofea Jane

10. Hujan - Mencari Konklusi

11. Faizal Tahir - Selamat Malam

12. Bunkface - Ekstravaganza

13. Stacy - Jahat

14. Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Nampaknya lagu ciptaan Edry KRU mendominasi lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL 25) apabila 3 lagu ciptaannya (Jahat, Ku Ada Kamu, Kebahagian Dalam Perpisahan) layak ke peringkat akhir. 


Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu ke 25 2010 (AJL 25) pada 9 Jan 2011 untuk mengetahui lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 25...


Adios~~~~~



Latest update :-


Set pertama berpihak kepada Lin Dan dengan memenangi perlawanan 13-21. Perlawanan berlangsung menarik pada permulaan set di mana kedua-dua pemain bermain secara rally panjang. 


Lin Dan mendapat mata banyak dari kesilapan Chong Wei menghantar bola keluar gelanggang. Lin Dan juga jarang mengasak Chong Wei menggunakan jumping smash berbanding Chong Wei. Ada 1 ketika Lin Dan mendahului 9-16 dan akhirnya menang 13-21.


Set kedua menjadi milik Chong Wei apabila menang 15-21. Kali ini Chong Wei pula memimpin perlawanan sehingga mendahului 11-16. Lin Dan yang banyak menghantar bola keluar mula mengemaskan rentak sehingga merapatkan jurang ke 12-13.




Chong Wei yang mula sedar Lin Dan semakin hampir mengemaskan rentak dan akhirnya menang 21-15. Lin Dan seakan-akan bermain secara sambil lewa sahaja. Perlawanan di heret ke rubber set.


Set ketiga semuanya seakan tidak menjadi buat Chong Wei sehingga membiarkan Lin Dan mendahului 1-11. Walaupun Chong Wei cuba bangkit mengejar namun hanya setakat mata ke 10 sahaja sebelum Lin Dan menamatkan permainan 10-21.


Chong Wei banyak melakukan kesilapan bermain di jaring dan Lin Dan pula menunggu di depan jaring untuk mematikan bulu tangkis. Jumping smash juga di gunakan oleh Lin Dan untuk mematikah langkah Chong Wei.




Chong Wei tewas kepada Lin Dan rubber set 13-21 21-15 10-21 sekaligus membawa balik pingat perak untuk Malaysia. Emas milik Lin Dan. Gangsa pula milik Park Shung Hwan dan Chen Jin.


Previous entry:-


Pastinya ramai yang menantikan keputusan perlawanan Lee Chong Wei VS Lin Dan Live Final Badminton Sukan Asia Guangzhou China.


Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir badminton Sukan Asia selepas menundukkan Chen Jin 14-21, 21-15, 21-7 di Gimnasium Tianhe Guangzhou manakala Lin Dan mara selepas mengetepikan jaguh Korea Selatan, Park Sung Hwan 21-14, 21-10.




Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi emas perseorangan lelaki pada Sukan Asia adalah menerusi Datuk Punch Gunalan yang mengalahkan pemain Jepun, Hiroe Yuki pada Sukan Asia di Bangkok 1970.


Di atas kertas Lin Dan memiliki kelebihan apabila menang 14 dari 21 pertemuan menentang Chong Wei di samping di bantu oleh lautan penyokong tempatan. Kedua-dua mereka tidak pernah memenangi pingat emas di Sukan Asia.


Siapakah yang akan memenangi perlawananan kali ini? Jangan lupa saksikan perlawanan ini live di Astro Arena pada 21 Nov 2010 jam 8.30 malam in. Saya akan update keputusan perlawanan ini nanti...


Adios~~~

Keputusan Pemenang Shout Awards 2010



Bagi mereka terlepas menyaksikan Shout Awards 2010 pada 20 Nov 2010 jam 8.30 malam live di 8TV baru-baru ini, inilah dia senarai keputusan pemenang Shout Awards 2010. 



1. Pemenang Rockstar Award – BunkFace

2. Favourite TV Personality Award – Zizan Raja Lawak

3. Breakthrough Local Feature Award – Lagenda Budak Setan

4. PopStar Award – Yunalis Zarai

5. Power Vocal Award – Faizal Tahir

6. Fresh TV Series Award – Nur Kasih

7. Favourite TV Program Award – Showdown 2010.

8. Music Video Award – BunkFace

9. Flava Award – Mizz Nina

10. Hot Guy Award – Henry Golding

11. Hot Chick Award – Scha Al Yahya

12. Coolest Radio Annoucer Award – Phat Babes Fly FM

13. Favourite Radio Show Award – Hot FM AM Krew

14. Best On-Screen Chemistry Award – Papadom (Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay)

15. Mobile Artiste of The Year Award – Sixth Sense

16. Break Out Award – Yunalis Zarai

17. The Ultimate Award – Yunalis Zarai.


Tahniah kepada Yuna yang memenangi 3 anugerah utama pada Shout Awards 2010 kali ini... Ada yang kata Dato Siti Nurhaliza tarik diri dari bertanding kerana takut kalah di tangan Yuna. Betul ke?


Adios~~~~



Keputusan perlawanan akhir badminton Sukan Asia Guangzhou China antara Koo Keng Kiat, Tan Boon Heong (MAS) VS Markis Kido, Hendra Setiawan (INA) memihak kepada beregu Indonesia 16-21, 26-24 21-19 sekaligus menghadiahkan pingat emas buat Indonesia


Set pertama perlawanan berlangsung sengit di mana aksi berbalas jumping smash berlaku antara kedua-dua beregu  yang akhirnya Koo Keng Kiat, Tan Boon Heong menang 16-21.


Set kedua menyaksikan kejar-mengejar berlaku antara kedua-dua beregu lalu mengheret perlawana ke melebihi mata 21. Akhirnya Markis Kido, Hendra Setiawan menang 26-24.




Set ketiga menyaksikan beregu malaysia jauh ketinggalan 8-14 pada 1 ketika namun bangkit mengikat kedudukan 18-18 tetapi tidak cukup menyekat juara Olimpik dari Indonesia untuk menang 21-19.


Koo Keng Kiet banyak melakukan kesilapan apabila banyak menghantar tangkis ke luar gelanggang manakala kekuatan beregu Indonesia terletak kepada Markis Kido yang kencang melakukan smash tajam. 


Apa-apa pun tahniah buat Koo Keng Kiat, Tan Boon Heong yang menampilkan aksi mengagumkan sepanjang perlawanan walaupun cuma menyumbang pingat perak buat Malaysia...


Adios~~~~



Keputusan perlawanan antara Lee Chong Wei VS Chen Jin live Badminton Sukan Asia Guangzhou China memihak kepada Lee Chong Wei mengatasi Chen Jin 14-21 21-15 21-7. 


Chong Wei beraksi agak hambar pada set pertama sehingga melakukan kesilapan yang mudah dan membiarkan Chen Jin memimpin perlawanan. Akhirnya Chong Wei tewas 14-21.


Set kedua Chong Wei membaiki persembahan dan perlawanan berlangsung sengit. Chen Jin mendapat mata banyak dari jumping smash manakala Chong Wei mendapat mata banyak dari permainan di jaring dan base line. Chong Wei akhirnya menang 21-15.




Chen Jin gagal memberi tentangan di set ketiga sengit apabila seakan-akan memberi laluan mudah kepada Chong Wei sehingga ada 1 ketika Chong Wei mendahului 17-7. Set penentuan memihak kepada Chong Wei apabila menang 21-7.


Tahniah Chong Wei yang mara ke perlawanan akhir badminton Sukan Asia Guangzhou China. Chong Wei di jangka akan menentang Lin Dan di perlawanan akhir nanti. 


Menang atau kalah sudah menjanjikan pingat buat Chong Wei tapi kalau boleh emas lah yang Malaysia harapkan dari Chong Wei...


Adios~~~~



Aktor terkenal Kollywood Kamal Hassan, mengeluarkan kenyataan bahawa filem tamil bukanlah punca keganasan di kalangan belia India di Malaysia.


Kamal Hasssan bersama pengarah filem tamil terkenal K. S. Ravikumar menentang sekeras-kerasnya dakwaan parti politik dan NGO di Malaysia yang mengaitkan filem tamil dengan keganasan.


Menurut Kamal Hassan, apa yang disajikan dalam filem tamil adalah apa yang sebenarnya terjadi di kalangan masyarakat india pada hari ini. 




Menurut beliau lagi, keganasan berlaku dengan berleluasa di kawasan pedalaman Tamil Nadu. Melalui filemlah, isu-isu sosial ini di ketengahkan ke masyarakat umum untuk di cari jalan penyelesaian.



Kamal berkata keganasan adalah isu sejagat dan berlaku di mana sahaja. Ia bukan milik sesebuah komuniti atau negara tertentu sahaja.


Secara peribadi, there is no right and wrong answer. Penerbit filem yang mengetengahkan gejala sosial dalam filem secara tidak langsung mempromosikan gejala sosial walaupun alasan mereka mengetengahkan gejala sosial masyarakat hari ini untuk di cari jalan penyelesaian ...


Adios~~~~

Gengblogger Dah Bebas Dari Malware !



Berita baik buat semua bloggers. Akhirnya Gengblogger dah bebas dari virus Malware yang mengakibatkan Gengblogger tidak dapat beroperasi hampir 4 bulan. 


Bagi yang tidak tahu apa itu Gengblogger, Gengblogger ialah 1 komuniti di mana bloggers boleh berkongsi entri terbaru dengan bloggers lain.




Tak pasti bila sebenarnya Gengblogger pulih sepenuhnya. Masa blogwalking ada terbaca di 1 blog ini yang Gengblogger dah pulih.


Bila Gengblogger dah pulih ini barulah semangat untuk berblogging. Sesiapa yang masih belum berdaftar dengan Gengblogger cepat-cepatlah mendaftar. Banyak faedahnya...


P/S:- Bila Gengblogger nak buat gathering ya. Kalau ada lepas ni rasa nak join..


Adios~~~

Ben Williams (Pengadil MAS VS CHI) Dah Ada Facebook Fan Club



Pengadil dari Australia, Ben Williams yang mengadili perlawananan bolasepak Malaysia VS China di Sukan Asia Guangzhou China dah ada Facebook fan club.


Namun fan club ini adalah kelab pembenci Ben Williams kerana menghadiahkan 3 kad merah kepada pemain Malaysia yang menjadi punca kekalahan Malaysia di Sukan Asia. 




Di percayai fan club ini dibangunkan untuk meluahkan rasa marah dan geram peminat bolasepak tanahair dengan mutu pengadilan Ben Williams sepanjang perlawanan itu.


Fan club yang di beri nama Kami benci pengadil bodoh dari australia nama Ben Williams ini dah ada 1440 dah setakat artikel ini di tulis.



Kepada mereka yang nak meluahkan rasa marah kepada Ben Williams bolehlah join fan club ini. Walaupun apa yang kita tulis tak di baca oleh Ben Williams sekurang-kurangnya kita menunjukkan yang kita benci kepada beliau...


Adios~~~~

Career Fair 2010



Ini berita baik buat semua penganggur. Karnival kerjaya (career fair)  2010 akan di adakan di Dewan Tun Razak PWTC Kuala Lumpur pada 19-21 November 2010 dari 10 pagi sampai 7 petang.


Karnival kerjaya ini di beri nama My Career Fair 2010. Tema My Career Fair 2010 ini ialah 'maximising Oppurtunities'. Sebanyak 10 000 jawatan kosong yang ditawarkan.


Karnival kerjaya ialah medan syarikat-syarikat yang menyertai karnival ini untuk mengenalpasti bakat-bakat tempatan untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.


Ini adalah antara syarikat yang menyertai karnival kerjaya (career fair) 2010 ini :-




Di samping itu bengkel penulisan resume, sesi interview dan peluang untuk menjalani latihan praktikal juga di sediakan. Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik di sini http://www.mycareerfair.com


Kepada yang nak hadir ke karnival kerjaya kerjaya ini jangan lupa bawa resume supaya mudah syarikat-syarikat ini mudah membuat penilaian akademik dan pengalaman kerja anda...


Adios~~~~

Blog AkU dAn SeSuAtU Diciplak ?


Nampaknya bukan sahaja Blog Sharinginfoz pernah diciplak, blog AkU dAn SeSuAtU juga turut menjadi mangsa ciplak.


Ketika ber'blogwalking' baru-baru ini terjumpalah 1 blog ini yang menciplak entri Jersi Baru Skuad Bolasepak Malaysia 2010 / 2011.


Ini adalah entri yang saya hasilkan :-



Yang ini pula entri yang di 'copy & paste' dari blog ini :-




Memang tak sangka ada juga yang mahu 'copy & paste' dari blog picisan ini. Kalau nak lihat dengan boleh jelas lagi bolehlah klik di sini iaitu entri yang saya hasilkan dan klik di sini untuk lihat entri yang di "copy & paste' dari Blog AkU dAn SeSuAtU.


Bagi saya berblogging ini untuk berkongsi maklumat. So tak kisah sangat kalau ada nak ambil maklumat dari blog ini untuk di kongsikan bersama yang lain.


Cuma 'copy & paste' tu bukanlah pilihan terbaik. Seolah-olah blog itu tiada identiti dan kredibiliti tersendiri. Apa-apa pun terima kasih kepada tuan punya blog yang bagi kredit...


Adios~~~~~

(credit to Murai.com)


Keputusan Muzik-Muzik 25 separuh akhir 2 telah pun di umumkan. Muzik-Muzik 25 separuh akhir  minggu ke 2 ini berlangsung pada 15 Nov 2010 baru-baru ini yang bertemakan lagu 90 an. 


Inilah dia lagu-lagu yang bertanding untuk separuh akhir muzik-muzik 25 :-




Lagu yang dipilih berdasarkan mesra di telinga. Ini bermakna, lagu dipilih berdasarkan populariti dan dipasang di radio. Undian secara online juga dibuat untuk menentukan lagu manakah yang paling digemari oleh peminat.




Untuk separuh akhir muzik-muzik 25 minggu pertama , top 6 yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 25 ialah:-

1. Hafiz – Noktah Cinta
2. Hujan – Mencari Konklusi
3. Yuna – Cinta Sempurna
4. Adibah Noor – Sejujur Hatimu
5. Faizal Tahir – Hanyut
6. Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Ini pula keputusan top 6 Muzik-Muzik 25 separuh akhir minggu ke 2 :-

1. Stacy - Jahat
2. Black & Meet Uncle Husin - Drama King
3. Aizat - Susun Silang Kata
4. Adira - Ku Ada Kamu
5. Black - Sofea Jane
6. Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Nantikan separuh akhir Muzik-Muzik 25 minggu ke 3 pada 22 Nov 2010 untuk mengetahui lagu lain yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 25...


Adios~~~~




Keputusan Malaysia VS Iran Bolasepak Sukan Asia Guangzhou China 2010 : Malaysia 1-3 Iran. 


Iran nyata mendominasi permainan apabila ball possession pasukan Iran 70% - 30% Malaysia. Kesemua gol dijaringkan pada separuh masa kedua permainan oleh Amir Sharafi, Seyed Hosseni dan Karim Ansari.


Waubagaimanapun, Malaysia dihadiahkan sepakan penalti di minit akhir permainan apabila Norshahrul Idlan ditarik dalam kotak penalti. Beliau yang mengambil sepakan penalti tidak mempersiakan peluang itu untuk gol saguhati Malaysia. 




Malaysia berjaya mengikat Iran tanpa jaringan pada separuh masa pertama namun sukar mengekang Iran dari terus menyerang ke kubu Malaysia. Malangnya tiada satu pun percubaan tepat Malaysia ke kubu Iran.


Mungkin perkara di bawah ini perlu diberi perhatian untuk mempertingkatkan mutu permainan Malaysia :-

  • Skill individu perlu dipertingkatkan lagi
  • Kawalan bola dan hantaran perlu lebih kemas dan tepat
  • Bijak membaca permainan pihak lawan
  • Menambah kreativiti di bahagian tengah untuk menjana serangan
  • Menyerang dan bertahan dengan lebih konsisten

Apa-apapun tahniah kepada skuad Malaysia yang mara ke pusingan kedua. Pujian untuk penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang beraksi cemerlang... 


Adios~~~~~


 
Pasti ramai yang ternantikan perlawanan antara Malaysia VS Iran live Sukan Asia Guangzhou China 2010 (bola sepak) edisi ke 16  pada 15 November 2010 2010 ini.


Malaysia layak ke pusingan kedua atas tiket pasukan ketiga terbaik berbanding  negara lain di tempat ketiga dalam kumpulan lain




Di atas kertas, Iran memiliki kelebihan kerana berada di ranking ke 4 Asia berbanding malaysia yang berada di kedudukan ke 27 di Asia.


Untuk rekod, Iran  menjuarai Kumpulan B dan menang semua perlawanan di peringkat kumpulan dengan mengumpul 9 mata. 6 gol berjaya dijaringkan dan hanya satu sahaja gol dibolosi oleh pihak lawan, Turkmenistan.


Pasukan kebangsaan Malaysia akan turun 'tempang' vs Iran setelah Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan di gantung perlawanan akibat kad merah manakala ramai pemain lain mengalami kecederaan. Ini bermakna Malaysia akan menentang Iran dengan 15 pemain yang tinggal (4 di bangku simpanan)  


Sekali lagi, ramai yang tidak mengharapkan 'keajaiban' vs Iran. Apa yang penting tampilkan aksi permainan yang menarik dan tidak mudah mengaku kalah.. Selamat maju jaya...


P/S: Jangan lupa saksikan Malaysia VS Iran Live Sukan Asia Guangzhou China  2010 (Bola Sepak) pada 15 Nov 2010 jam 4 petang waktu Malaysia di saluran 801 Astro Arena dan RTM 1. 


Adios~~~~~



Juara Formula 1 (F1) 2010 milik Sebastain Vettel dari pasukan Redbull apabila beliau menamatkan perlumbaan di tempat pertama di Grand Prix Abu Dhabi yang terakhir untuk musim 2010 ini.


Kemenangan Formula 1 (F1) di Grand Prix Abu Dhabi adalah kemenangan ke 5 buat Vettel untuk musim ini. Vettel menamatkan perlumbaan di hadapan Lewis Hamilton dan Jenson Button manakala bekas juara dunia Fernando Alonso sekadar di tempat ketujuh.


Ini ialah kedudukan keseluruhan musim 2010 untuk kategori pemandu :-



Ini ialah kedudukan keseluruhan kategori pengeluar kereta F1 untuk musim 2010 :-




Ferrari nyata tersilap percaturan apabila Fernando Alonso hanya  menduduki tempat ketujuh sedangkan beliau perlu menduduki tempat keempat untuk bergelar juara dunia.


Selain menutup musim 2010 dengan bergaya, Sebastian Vettel  ini juga muncul sebagai pemandu termuda menjuarai Formula 1 (F1) pada usia 23 tahun 135 hari sekaligus memadamkan rekod yang di pegang Lewis Hamilton sebelum ini.


Bertambah manis pasukan Vattel, RedBull  muncul sebagai juara kategori pengeluar kereta untuk musim 2010 ini.


Tahniah buat Sebastian Vettel dan Redbull..


Adios~~~~



Kali pertama dalam sejarah traffik blog AkU dAn SeSuAtU mencecah 1000 lebih Unique Visitors (UV) untuk 3 hari berturut-turut dan rekod paling tinggi tercatat sebanyak 1521 UV pada 13 Nov 2010.


Sebelum in traffik tertinggi blog ini ialah sekitar 641 UV sahaja. Tak sangka semakin ramai yang sudi singgah di blog ini. Memang seronok tengok di Feedjit hampir setiap minit ada 10 visitor singgah di blog.




Dan sejarah juga tercipta apabila terdapat terdapat 76 visitors online pada satu masa mengikut whos amung us dan 56 orang online mengikut widgeo. Tak pasti yang mana satu lebih tepat. 




Terima kasih lah kepada semua pengunjung blog AkU dAn SeSuAtU. Tanpa anda semua tak mungkin blog ini boleh mencapai hit sehingga 1521 unique visitors. Pastikan anda meninggalkan jejak agar mudah saya jejaki nanti...


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget