Menurut laporan Harakahdaily, 9 buah kapal kemanusiaan Gaza telah pun di kepong oleh helikopter komando Israel dan cuba merampas kapal tersebut !
Untuk rekod, 11 orang rakyat Malaysia telah menyertai misi keamanan ini yang baru sahaja berlepas dari perlabuhan di Turki.
Kabinet Israel telah mengarahkan tentera laut tidak membenarkan sebarang bantuan kemanusiaan memasuki pantai Gaza dan mereka akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan memasuki Gaza.
Israel mengarahkan kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mahu menghantar bekalan ke Gaza, mereka harus menghantar kargo mereka ke Israel untuk diperiksa dan “diluluskan" terlebih dahulu.
Tentera laut Israel juga bersiap sedia mengambilalih kapal-kapal ini jika terpaksa. Jika kapal ini melepasi garisan yang di tetapkan, serangan boleh di lancarkan terhadap mereka.
Mereka boleh di tangkap, di penjara dan akan di hantar balik negara asal.
Marilah kita sama-sama berdoa agar misi ini tercapai dan dilindungi Allah S.W.T. InsyaAllah..
Adios~~~