Tahukah anda sekarang ini Clorox telah tampil dengan pek baru yang berbentuk pen. Di setiap hujung pen ini terdapat mucung untuk mengeluarkan cecair clorox. Satu berbentuk muncung tirus dan satu lagi berbentuk lebar.
Sebelum ini kalau nak gunakan Clorox kena letakkan sedikit cecair Clorox pada pakaian yang telah kotor. Cara ini mengotorkan jari apabila terpaksa mengunakan jari untuk menyapu cecair Clorox di pakaian.
Dengan adanya Clorox dalam bentuk pen ini anda tidak perlu lagi mengotorkan jari anda. Satu pembaharuan yang bijak !
Harganya dalam RM 9.90 sahaja. Kalau botol besar ini rasanya harganya dalam RM 11 lebih. Terdapat sedikit sahaja perbezaan harga jika dibandingkan jumlah isipadu cecair di dalamnya.
Apa-apa pun terpulanglah kepada kita sebagai pengguna untuk memilih sama ada mahu produk yang memudahkan kerja atau yang kuantitinya berbaloi dengan wang ringgit.
Tepuk dada tanya selera !
Adios~~~