Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH


Kelantan 1-0 Johor DT

  • Kelantan : Norfarhan Mohamad (15') 

Keputusan Kelantan VS Johor DT Final Piala FA 2013 menyaksikan kelantan memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. 


Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan.


Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya yang dilakukan Ahmad Fakri Shaarani serta Dickson Nwakaeme.


Skuad Singa Selatan yang dikemudi Fandi Ahmad gagal memecah benteng pertahanan Kelantan di mana penyerang sensasinya, Nor Shahrul Idlan Talaha dikawal rapi rakan-rakan bekas pasukannya itu.


Sementara itu, kelibat Safee Sali hanya dapat dilihat sehingga minit ke-17 sahaja selepas dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti dengan Leonel George Nunez.


Selain itu, separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang Dengan kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan balas.


Tiada perubahan pada babak kedua dengan menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat permainan. Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan.


Aksi ini merupakan kali keempat Kelantan mara ke final selepas tahun 2009, 2011 dan 2012. Manakala Johor kali terakhir menjulang trofi ini pada tahun1998.


Senarai Pemain:


KELANTAN

Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Daudsu, Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree


JOHOR DARUL TAKZIM

Muhd Al-Hafiz, Kamarul Afiq, Agmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Andre Francisco, Nurl Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Kelantan VS Johor DT Final Piala FA 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan perlawanan akhir Piala FA 2013 antara Kelantan VS Johor DT ini akan menentukan pasukan manakah yang akan menjulang Piala FA 2013 ini.


Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan VS Johor ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam 29 Jun 2013. Siaran langsung boleh ditonton di TV2 dan Astro Arena saluran 801. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan Kelantan VS Johor DT Final Piala FA 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



LATEST UPDATE


Kumpulan Wala muncul Juara (pemenang) Raja Lawak 7 2013 menewaskan finalis lain iaitu Gamat, Sakan dan Bora.


Wala yang dianggotai Walawd bin Parman atau Lolop, 28, serta Wan Mustapha bin Muntek atau Wan, 30, diumumkan sebagai juara oleh hos RL7, Johan dan Zizan yang menyaksikan mereka menewaskan kumpulan Sakan sekali gus memenangi hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi.


Wala yang berasal dari Sabah sepertimana kumpulan lain telah membuat dua persembahan bertemakan Bebas dan Muzikal Komedi di mana mereka turut bergandingan dengan Rahim R2 sewaktu persembahan Bebas.


Kumpulan Sakan yang dianggotai Husni bin Hussain atau Konte, 33 serta Ku Ismafaizul bin Ku Ismail atau Pakku, 33 dan Mohd Saiful Nizam bin Mansor atau Jelut, 34, pula meraih gelaran naib juara dan membawa pulang RM50,000 beserta trofi. Sakan menerima bantuan dari Ajak Shiro sewaktu pusingan Bebas.


Wakil dari Singapura, kumpulan Bora yang dianggotai Muhammad bin Abdul Rahim Shah atau Mamat, 28, serta Muhammad Hanafiah bin Azman atau Yan, 26, dan Muhammad Isa bin Jaffar atau Isa, 30, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi.


Satu lagi finalis iaitu kumpulan Gamat yang dianggotai Mohd Hafiz bin Abdul Ghani atau Apis, 28 dan Nor Alham bin Ab Rahim, 29, berada di kedudukan keempat tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.


Tahniah Wala !



PREVIOUS ENTRY



Keputusan Juara (Pemenang) Final Raja Lawak musim ke 7 18 Jun 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan final  Raja Lawak musim ke 7 akan menyaksikan juara akan membawa balik pulang hadiah wang tunai RM100,000. 

Peserta finalis Raja Lawak 7 kali ini ialah kumpulan Wala, Gamat, Sakan dan Bora. Setiap pasukan akan membuat 2 persembahan pada malam final iaitu bertemankan bebas dan muzikal komedi. 


Gelanggang akhir Raja Lawak 7 ini berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam jam 10 malam. Siaran langsung disiarkan di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Berita selanjutnya akan menyusul.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



Syura sah juara (pemenang) MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke 2 2013. Syura muncul juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke 2 2013 setelah menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang' ciptaan Syura berjaya memikat hati juri.


Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk 9 orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS.


Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.


Kemenangan itu diakui tidak dijangka Syura kerana dirinya bukan peserta pilihan dan tidak yakin dengan gelaran juara itu.


Syura menyumbang RM 60,500 kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan. Sementara Celina menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).


Tahniah Syura yang muncul Juara (pemenang) MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 2013 !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




LATEST UPDATE

Inilah dia keputusan Final Bintang Mencari Bintang (BMB) TV3 live 23 Jun 2013 :

  • Juara : Achey
  • Naib Juara : Bocik
  • Tempat ke 3 : Titan
  • Tempat ke 4 : Tapaw

Achey muncul juara (pemenang) Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama sekaligus membawa pulang wang tunai RM200,000 menewaskan Bocik, Titan dan Tapaw dalam konsert final.


Bocik yang muncul Naib Juara membawa pulang RM100,000, Titan di tempat ke 3 membawa pulang RM60,000 dan Tapaw di tempat ke 4 membawa pulang RM40,000.


Tahniah kepada Achey yenag muncul Juara BMB 2013 !



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Final Bintang Mencari Bintang (BMB) TV3 live 23 Jun 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan Konsert Final Bintang Mencari Bintang (BMB) TV3 akan menyaksikan pemenang (juara) akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.


Finalis konsert akhir BMB musim pertama ini adalah :-

  • Achey (Protege Harun Salim Bachik)
  • Bocik (Protege Afdlin Shauki)
  • Tapaw (Protege Faizal Ismail)
  • Titan (Protege Sabri Yunus)

Konsert akhir Bintang Mencari Bintang (BMB) TV3 live 23 Jun 2013 akan di adakan di Stadium Melawati Shah Alam dan bersiaran langsung di TV3 jam 9 malam. Live streaming boleh di tonton di pautan bawah ini :-


Keputusan Final Bintang Mencari Bintang (BMB) TV3 live 23 Jun 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus konsert ini tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



BERITA TERKINI


Darurat di isytiharkan di Muar dan Ledang akibat jerebu ! Darurat di isytiharkan di Muar dan Ledang akibat jerebu berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi 23 Jun 2013.


Darurat di Muar dan Ledang di isytiharkan oleg Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau.

    
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746. Bagaimanapun setakat 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya.




Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
    

Pada 2005, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor diletakkan di bawah status darurat jerebu apabila bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu melebihi 500, tahap yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan. 


Nampaknya jerebu kian teruk melanda terutamanya di kawasan pantai barat Malaysia. Oleh itu kurangkan aktiviti anda di luar rumah. Kalau boleh pakai topeng muka bila berada di luar rumah. Kalau memandu kenderaan, nyalakan lampu bagi mencerahkan penglihatkan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kali ini nak share dengan anda jadual perlawanan Piala Konfederasi (Confederation Cup) 2013 yang berlangsung di Brazil.  Piala Konfederasi 2013 ini menampilkan 8 negara yang bersaing merebut Piala Konfederasi. 


Tahukah anda apa itu Piala Konfederasi atau Confederation Cup? Seperti Piala Dunia, Piala Konfederasi di adakan setiap 4 tahun. Sejak 2005, acara ini berlangsung 1 tahun awal di negara yang dipilih menganjurkan Piala Dunia yang seterusnya. 


Ia membabitkan 8 negara termasuk tuan rumah Piala Dunia, pemenang Piala Dunia yang terakhir dan pemenang pertandingan bolasepak di benua masing-masing seperti EURO, Copa Amerika dan lain-lain. 


Piala Konfederasi juga digunakan sebagai penanda aras kemampuan dan persiapan tuan rumah menganjurkan Piala Dunia pada tahun yang berikutnya. 


Piala Konfederasi ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Jom kita terjah negara-negara yang mengambil bahagian dalam kumpulan A dan B :-



  • BRAZIL - Tuan rumah Piala Dunia 2014 
  • SEPANYOL - Pemenang Piala Dunia 2010
  • JAPAN - Pemenang  AFC Piala Asia 2011
  • MEXICO - Pemenang Piala CONCACAF 2011
  • URUGUAY - Pemenang Copa America 2011
  • TAHITI - Pemenang OFC Nations Cup 2012
  • NIGERIA - Pemenang Piala Afrika 2013 
  • ITALY - Naib juara EURO 2012 -  Di sebabkan Sepanyol muncul pemenang untuk Piala Dunia 2010 dan EURO 2012 maka naib juara EURO 2012 di dijemput mengisi slot wakil Eropah.

Jom kita terjah pula jadual perlawanan Piala Konfererasi atau Confederation Cup) 2013 (waktu Malaysia) ini :-






Kesemua perlawanan berlangsung sekitar jam 3 pagi dan 6 pagi waktu Malaysia. Nampaknya ramai peminat bolasepak di Malaysia akan bersengkang mata bagi menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung. Ramailah yang akan mengantuk keesokkan harinya di pejabat atau di kelas nanti.


Negara manakah yang anda rasa yang akan menang Piala Konfederasi ini ya? Sapa pilih Sepanyol untuk muncul pemenang, Brazil naib juara dan Italy pula di tempat ke 3. Anda pula bagaimana?....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 



Keputusan Pemenang Anugerah Blokbuster 2 Astro 15 Jun 2013 telahpun diumumkan. Anugerah Blokbuster 2 Astro 15 Jun 2013 telahpun diadakan di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru), Johor pukul 9.00 malam.


Jom kita terjah keputusan pemenang Anugerah Blokbuster 2 Astro 15 Jun 2013 :


ANUGERAH FILEM TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI


ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT CALON:


- SYAMSUL YUSOF (JALAN KEMBALIBOHSIA 2)


ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT :

- DHARMA HARUN ALRASHID (ADIK MANJA RETURNS)


ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI


ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI


ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT:

- SUMPAHAN KUM-KUM
\

ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT:

- AKU ADA, KAU ADA???


ANUGERAH HERO TERHEBAT:

- ZIZAN RAZAK(HANTU KAPCAI)


ANUGERAH HEROIN TERHEBAT:

- YANA SAMSUDIN (3 TEMUJANJI)


ANUGERAH WATAK PENJAHAT TERHEBAT:

- SOFI JIKAN (JALAN KEMBALI - BOHSIA 2)


ANUGERAH LAGU TEMA TERHEBAT:

- BEGINILAH CARANYA (AKU ADA, KAU ADA???)


ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT:

- IZZUE ISLAM (29 FEBRUARI)


ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT:

- NEELOFA (HANTU KAPCAI)



Tahniah kepada semua pemenang....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Proton Saga SV 2013 telahpun dilancarkan ! Proton Saga SV 2013 ini menawarkan harga yang lebih rendah dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.


Majlis pelancaran Proton Saga SV 2013 ini telah barlangsung di Proton Edar outlet in Mutiara Damansara pada 15 Jun 2013. 


Proton Saga SV merupakan varian tambahan daripada model sedia ada Proton Saga FLX, yang mana ianya merupakan varian paling asas diikuti varian Standard, Executive, dan Executive CVT (Saga FLX SE).


Apa yang anda perlu tahu mengenai model Proton Saga SV ini ialah :-

  • Harga Proton Saga SV yang dilancarkan ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model Saga terdahulu.
  • Memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini
  • Pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah iaitu serendah RM250 sebulan untuk memiliki Saga SV.
  • Dijana enjin CamPro IAFM, 4 Silinder, DOHC 16V bersesaran 1.3 liter, dengan kuasa 94hp@6,000rpm dan tork maksimum 120Nm@4,000rpm.
  • 6 warna ditawarkan untuk Saga SV baru ini seperti Putih (Solid White), Hitam (Tranquility Black), Perak (Genetic Silver), Biru (Blue Rock), Coklat (Elegant Brown), dan Merah (Fire Red).



Spesifikasi Saga SV hampir sama dengan varian Standard, cuma kotak kecemasan perubatan (First Aid Kit), segi tiga keselamatan (Safety Triangle) dan ‘Jumper Cable’ tidak disertakan bersama. 


Turut ditiadakan ialah dulang bagasi (Luggage Tray), pelindung pintu (Door Visor) dan ‘trunk lid cover’. Ciri-ciri lain termasuk ‘reverse sensor’ dan beg udara berkembar masih dikekalkan sebagai ciri standard.


Dengan pelancaran Proton Saga FLX 1.3 SV ini, maka Proton secara rasminya telah menawarkan sebuah model kereta dengan harga yang cukup berpatutan kepada rakyat Malaysia. Agaknya bilakah pula giliran kereta keluaran lain menurunkah harga ya.. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Dividen ASD diumumkan 6.80 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2013. Dividen ASD 6.80 sen 2013 ini naik 20 sen berbanding 6.60 sen seunit pada 2012.


Sehingga 12 Jun 2013, tabung Amanah Saham Didik (ASD) mencatat pendapatan kasar sebanyak RM400.61 juta dan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM223.51 juta atau 55.79%.


Manakala pendapatan dividen daripada pelabur dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM123.84 juta atau 30.9%  kepada jumlah pendapatan kasar tersebut.


Selebihnya, RM53.26 juta atau 13.30% diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.


Agihan dividen ASD 2013 ini akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Julai 2013.


Sebenarnya ASNB mampu memberi dividen sehingga 11.3 sen seunit namun pihak pengurusan mengambil keputusan untuk membawa lebihan berkenaan ke depan bagi membuat persediaan untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan pada tahun yang mendatang.


Bagi mereka yang belum lagi menjadi pemegang unit Amanah Saham Didik (ASD), di bawah ini ada maklumat lanjut mengenai ASD ini :-





Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

IPO Air Asia X 2013 Kini Ditawarkan. RM1.45 Seunit !



IPO Air Asia X 2013 kini sudahpun ditawarkan. Tawaran awam permulaannya (IPO) ditawarkan pada RM1.45 seunit selaras dengan penyenaraian syarikat itu di pasaran utama Bursa Malaysia pada Julai 2013.


Kumpulan AirAsia menyasarkan untuk mengumpul sehingga RM859.3 juta bagi tawaran awam awal (IPO) ini. Jumlah itu berdasarkan harga andaian institusi dan runcit RM1.45.



Pelaksanaan IPO itu melibatkan 790,123,500 saham biasa untuk RM0.15 setiap satu yang juga merangkumi tawaran jualan sehingga 197,530,900 saham sedia ada dan terbitan awam saham baru sebanyak 592,592,600.


Bagi sesiapa yang berminat untuk menbeli IPO Air Asia X ini anda boleh merujuk cara pendaftaran seperti di bawah :


Pendaftaran boleh di buat di laman web Maybank


Kepada yang berminat tu, bolehlah daftar secepat yang mungkin kerana ianya dibuka hanya untuk 10 hari sahaja.  Siapa cepat dia dapat !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Logo Baru Petronas 2013



Logo baru Petronas 2013 telah pun diperkenalkan. Logo baru Petronas 2013 ini diperkenalkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke 17 2013 pada 10 Jun 2013. 


Tujuan logo baru Petronas 2013 ini diperkenalkan adalah sebahagian dari langkah memperkukuhkan lagi potensi tampak ikon korporat Petronas.

   
Logo korporat baru ini diperkenalkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke 17 2013 pada 10 Jun 2013. 


Logo baru Petronas ini  menyaksikan "wajah dan suasana" baru dirangkumkan ke dalam logo 'titisan minyak' asal Petronas untuk mencerminkan ekspresi tampak kedudukan dan konsep baharu Petronas Group sekaligus menjadikan logo korporat itu nampak lebih kontemporari.


Kalau anda perasan, struktur logo Petronas sebenarnya terdiri daripada bentuk titisan minyak dan simbol 'P' yang mencerminkan perniagaan terasnya dalam minyak dan gas.

   
Di tengah-tengah titisan minyak itu ialah bulatan padu yang melambangkan kitaran lengkap atau rantaian nilai industri minyak dan gas


Manakala warna hijau zamrud Petronas yang dikenali umum, melambangkan laut dan bumi, tempat asal minyak dan gas.


Logo baru itu yang merupakan logo generasi ketiga Petronas menyaksikan keluk yang lebih lembut ditambah kepada titisan minyak yang menggambarkan aliran berterusan yang melambangkan usaha Petronas untuk mencapai kemajuan.


Apa pendapat anda tentang logo baru Petronas 2013 ini ? Cantik tak?....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Jersi Baru Manchester United Musim 2013/2014 (Home)



Jersi baru Manchester United (home) musim 2013/2014 telahpun dilancarkan. Jersi baru Manchester United 2013/2014 ini masih mengekalkan Aon sebagai penaja dan Nike sebagai penaja jersi dan pakaian sukan rasmi. 


Menurut sumber, jersi baru Manchester United ini dililhamkan dari jersi Manchester United pada zaman kegemilangan pada tahun 90'an. 


Jom kita terjah jersi baru Manchester United (home) musim 2013/2014 ini dengan lebih dekat :-




Sekali imbas jersi ini nampak seperti kosong dengan tiada corak di bahagian depan jersi. Jersi kali ini tampil dengan kolar berwarna hitam selain terdapatnya 3 butang di bahagian leher jersi.




Dengan adanya kolar ini pastinya mengingatkan peminat United tentang lagenda Eric Cantona yang gemar menaikkan kolar jersinya semasa menyarung jersi United. 


Terdapat 2 lapisan kain di bahagian kolar iaitu warna hitam di bahagian depan manakala jalur hitam dan kelabu pada bahagian belakang kolar. 




Di dalam kolar hitam itu terdapat tenunan lambang 'Red Devil' dan moto 'Forged in Industry, Striving for Glory'.


Menurut Nike, design jersi ini di inspirasikan untuk menraikan kegemilangan Manchester United dan bandar Manchester sebagai kawasan perindustrian utama dunia yang menghasilkan kain kapas pada tahun 1800an. 


Apa pendapat anda tentang jersi baru Manchester United 2013/2014 ini? Cantik tak? Apa-apa pun semoga pengurus baru United, David Moyes mampu menggalas tugas dengan baik dan mencipta lebih banyak kejayaan seperti yang dilakarkan oleh Sir Alex Ferguson sebelum ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Pelakon veteran S Shamsuddin meninggal dunia 10.56 pagi 4 Jun 2013. Allahyarham S Shamsuddin meninggal dunia  setelah dilaporkan tidak sedarkan diri di rumah anak lelakinya, Mohammed Arifin, 44 tahun dan dibawa ke Hospital Universiti Nasional Singapura.


Jenazah dibawa ke Masjid Al-Mukminin di Jurong East pada jam 10 pagi 5 Jun 2013 dan disembahyang dan dikebumikan di Pusara Abadi, Singapura. 


Allahyarham S Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Sudin mula terlibat dalam dunia lakonan pada tahun 1948 apabila diberi peluang untuk menjadi pelakon tambahan bagi filem Chempaka.


Sudin pernah diiktiraf sebagai Pelawak Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Kedua (FFM2)pada tahun 1981 dan pada FFM22, Sudin menerima Anugerah Istimewa Pelakon Veteran Lelaki.


Filem-filem lakonannya seperti Hang Tuah, Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi masih segar sehingga ke hari ini.


Sudin berkahwin dengan Puteh Ismoon, 77 pada tahun 1954 dan dikurniakan 7 orang anak.


Salah seorang anak lelakinya, Mohd Ariff mengikut jejak langkahnya apabila bergelar pelakon dan pelawak di Singapura.


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham S Shamsuddin semoga roh nya dicucuri rahmat. Al- Fatihah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



BREAKING NEWS



Harga rokok naik mulai 3 Jun 2013. Harga baru sekotak rokok bermula RM10.50 sekotak. Kali terakhir harga rokok naik ialah pada 22 Oktober 2012  iaitu kenaikan sebanyak 20 sen. 


Jom kita terjah harga baru rokok mulai 3 Jun 2013 yang mengalami kenaikan sebanyak 3% :-

  • DUNHILL : RM10.50
  • KENT : RM10.50
  • BENSON & HEDGES RM10.50
  • PETER STUYVESANT : RM9.00
  • PALL MALL : RM9.00
  • PALL MALL : RM10.90
  • LUCKY STRIKE PLAIN : RM10.90
  • ROTHMANS INTERNATIONAL : RM10.90.

Kenaikan harga rokok ini diumumkan oleh British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia). Alasan kenaikan harga ini adalah berdasarkan faktor tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi.


Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5%).


Walaupun ada yang berpendapat kenaikan harga rokok dapat mengurangkan kebolehmampuan perokok tegar membeli rokok namun saya berpendapat kenaikan ini tidak membantu mengurangkan jumlah perokok tegar. Perlu ada inisiatif yang berkesan oleh pihak swasta dan kerajaan mengurangkan jumlah perokok tegar di Malaysia. Kalau boleh hadkan jualan rokok seperti hadkan penualan arak...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget