Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Peserta Maharaja Lawak Astro 2011



Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak iaitu sebuah  program yang menghimpunkan kesemua finalis Raja Lawak 1 hingga 5  bertanding dalam satu pentas.


Markah peserta ditentukan berdasarkan undian penonton menerusi SMS yang mewakili 50%  dan pihak juri sebanyak 50 %.




Pemenang Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000.


Jom kita terjah siapakah peserta Maharaja Lawak Astro 2011 ini :- 




  • Jozan  (Johan & Zizan)
  • Nabil
  • Jihan
  • Amir
  • Alex
  • Kumpulan Sepah
  • Kumpulan WAI (kumpulan Kecik & Idlan)
  • XN3
  • Kumpulan Jambu (Yus & Tauke)
  • Balas 
  • R2
  • Man

Persaingan sengit pasti akan berlaku di kalangan peseta Maharaja Lawak ini tapi rasanya kelebihan akan berpihak kepada Jozan yang menonjol sebagai pengacara Raja Lawak.




Jangan lupa saksikan siaran langsung (live) Maharaja Lawak yang akan diadakan di Studio FINAS Ampang bermula jumaat 1 April  2011 jam 10 malam di Astro Warna dan Astro Prima.


Menurut sumber, hanya 2 episod terawal sahaja akan di siarkan di Astro Prima selepas itu kalau nak tengok kena langgan Astro Warna. Hmm pandai sungguh Astro buat duit ye..Rasanya rela lagi tunggu orang upload di Youtube..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Ramai yang tertunggu-tunggu  pasukan manakah yang akan bertemu Malaysia dalam kelayakan Bola Sepak Olimpik 2012 pusingan kedua dan kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil 


Inilah keputusan undian kelayakan bola sepak Olimpik 2012 pusingan kedua yang berlangsung di Wisma AFC Kuala Lumpur baru-baru ini :



Keputusan undian kelayakan bola sepak Olimpik 2012 pusingan kedua




Ini bermakna Lubnan VS Malaysia akan di adakan pada 19 Jun 2011 di Lubnan dan perlawanan timbal balik  Malaysia VS Lubnan akan di adakan pada 23 Jun 2011 di Malaysia.


Keputusan undian kelayakan Piala Dunia 2014


Chinese Taipei (Taiwan) VS Malaysia


Ini bermakna Chinese Taipei (Taiwan) VS Malaysia akan di adakan di Chinese Taipei (Taiwan) pada 29 Jun 2011 dan perlawanan timbal balik Malaysia VS Chinese Taipei (Taiwan) akan di adakan pada 3 Julai 2011 di Malaysia.


Harap-harap skuad Malaysia akan mencatatkan keputusan membanggakan dalam pusingan kelayakan ini dan seterusnya mara ke pusingan seterusnya...


Velasizal Rodriguez


Adios~~~~~



Belum lagi musim Liga Perdana Inggeris 2010/2011 berakhir, namun jersi baru Manchester United untuk musim 2011/2012 (home) telah pun tersebar di internet.


Menurut sumber, jersi baru Manchester United musim 2011/2012 ini mula tersebar di internet setelah laman web rasmi kelab itu di 'hack' oleh hacker.




Pada bahagian jersi ini terpampang logo Nike dan AON sebagai sponsor utama kelab terkemuka dari England ini.


Warna merah masih kekal sebagai warna rasmi jersi utama ini. Sekali imbas tak banyak perubahan jika di bandingkan dengan jersi sebelum ini.  




Perbezaan yang nampak ketara ialah pada bahagian kolarnya. Kalau musim 2010/2011, jersinya menggunakan kolar putih namun untuk musim baru, ia berbentuk bulat yang di lingkari warna merah hitam.  


Di bawah ini pula pemandangan dari belakang jersi baru Manchester United musim 2011/2011 


 

Bahagian belakang jersi ini kelihatan biasa-biasa sahaja. Tak ada perubahan yang kelihatan. Nampak plain sahaja.  


Secara keseluruhan, gergasi Liga Perdana Inggeris ini tetap mempertahankan design yang sederhana namun nampak elegan pada jersi utamanya...


Apa pula pendapat anda?


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memperkenalkan syarat baru Tabung Usahawan Siswazah 2011 selaras dengan agenda Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Inilah dia syarat-syarat baru yang di perkenalkan dan berkuat kuasa serta merta :- 


  • Jumlah pinjaman Tabung Usahawan Siswazah (TUS) di naikkan dari RM250,000 kepada RM500,000

  • Bagi pengambilalihan syarikat pula, jumlah pembiayaan adalah sehingga RM750,000. 

  • Tempoh kelonggaran pembayaran balik antara 2 tahun hingga 4 tahun 

  • Tempoh pembiayaan untuk bangunan dan premis perniagaan dilanjutkan sehingga 20 tahun. 

  • Umur kelayakan pemohon dinaikkan kepada 40 tahun berbanding 35 tahun sebelum ini.

  • Syarat tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun akan dipertimbangkan untuk pinjaman berbanding syarat asal 10 tahun.


Untuk makluman lanjut, boleh kunjungi website Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di http://www.insken.gov.my atau hubungi talian : +603-8880 5711


Secara peribadi, saya dapat merasakan syarat baru yang diperkenalkan ini dapat menggalakkan lebih ramai lulusan institusi pengajian tinggi menceburi bidang keusahawanan...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Nampaknya program realiti TV, Akademi Fantasia musim ke 9 kini kembali. Seperti yang kita semua maklum yang Akademi Fantasia (AF) 9 ini merupakan yang terakhir kali di terbitkan.


Sistem penjurian 100% menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang ke 9 ini. Elemen kejutan dan drama juga masih di kekalkan.


Mesti ramai nak tahu siapakah pelajar / peserta Akademi Fantasia (AF) 9 2011 kan. Memperkenalkan inilah dia pelajar / peserta Akademi Fantasia (AF) 9 2011 :-




Pelajar Wanita AF9: AIDA, LAIKA, NERA, MIZA, EKA dan LENA


Pelajar Lelaki AF9: AMIR, AFIF, RAQIB, KAY, ERUL dan AZRI




Setiap minggu pelajar / peserta AF 9 akan diberikan lagu tugasan yang berbeza-beza dan mereka hendaklah menyampaikan lagu tersebut. Di akhir konsert, akan berlaku penyingkiran bagi mereka yang mendapat undian terendah.


Inilah dia barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF) 9 2011




Guru Vokal Teknikal: Cikgu Syafi, Guru Vokal Persembahan: Cikgu Ning Baizura, Guru Tari: Cikgu Aris, Guru Seni Lakonan: Adlin Aman Ramli dan Guru Bahasa Inggeris merangkap Kaunselor: Cikgu Fatimah Abu Bakar.


Pengacara untuk Akademi Fantasia (AF) 9 ialah Aznil Haji Nawawi manakala Pengetua AF 9 akan di umumkan dalam Konsert Tirai. Ramai yang menjangkakan ianya milik Amy Search.




Apa apa pun jangan lupa saksikan Konsert Akademi Fantasia 9 live bakal menemui anda pada Sabtu, 2 April 2011, jam 9 malam. Eksklusif di Astro Ria (saluran 104).


Rasanya elok juga AF setakat musim ke 9 sahaja sebelum semakin ramai yang dah bosan dengan program ini. Lagipun ramai graduan AF yang masih tercari-cari arah industri hiburan ini...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Dah ade girlfriend belum?

kenapa tanya soalan peribadi dalam blog ini. Blog ini bukan bog cerita peribadi saya so rasanya tak sesuai saya jawap soalan ini di sini...

Ask me anything

Ramai Yang Nak Tahu Tentang Hikayat Merong Mahawangsa !


Nampaknya sejak filem Hikayat Merong Mahawangsa mula di tayangkan di pawagam bermula 10 Mac 2011 lalu, filem ini telah menjadi fenomena baru dalam industri perfileman Malaysia.


Ramai yang nak tahu tentang filem ini lalu mencari informasi filem ini di internet. Secara tidak langsung, blog ini turut menerima tempiasnya. Jom kita lihat carta di bawah ini :- 




Ramai yang google 'Hikayat Merong Mahawangsa' lalu sesat di blog ini sehingga mencecah sehingga 195 unique visitors pada suatu ketika.


Rupa-rupanya Google detect berdasarkan keyword yang ada pada entri Dah Tonton Hikayat Merong Mahawangsa dan Sinopsis Dan Review Hikayat Merong Mahawangsa.




Kalau nak tahu informasi tantang filem Hikayat merong Mahawangsa bolehlah klik pada 2 link di atas itu. Banyak informasi tentang filem ini untuk di kongsikan bersama.


Untuk rekod, setakat 28 Mac 2011, filem ini dah mencatatkan kutipan sebnayak RM 6 juta. Di bawah ini adalah kenyataan rasmi Norman KRU di Facebook.




Kepada yang belum menonton filem ini, cepat-cepatlah menonton di pawagam berdekatan. Memang tak rugi menonton filem ini. Saya bagi 4 bintang dari 5 bintang !


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Jom Lawat Ladang Teh Di Cameron Highland



Cameron Highland merupakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang popular di Malaysia bagi pelancong dalam dan luar negeri. Salah 1 tarikan pelancongannya ialah ladang teh.


Baru-baru ni saya berkesempatan melawat ladang teh di Cameron Highland. Sekarang dah ada jalan baru dari Raub ke Cameron Highland so tak lah jauh sangat. Ada dalam 2 jam perjalanan.






Inilah dia signboard menyambut tetamu. Nama ladang ini ialah Cameron Bharat Plantations. Ladang teh ini terletak di antara Ringlet dan Tanah Rata.






Di ladang teh ini, bukan sahaja anda dapat menikmati pemandangan  yang indah tetapi juga anda boleh turun ke ladang teh ini untuk melihat pokok teh dengan lebih dekat tetapi anda dilarang memetik daun teh ini.






Di sini ada juga kedai menjual produk-produk dan hasil keluaran Cameron Bharat Plantations. Antaranya ialah produk berasaskan teh, tembikar, cenderahati dan banyak lagi.






Selain itu, terdapat juga cafe yang menyediakan makanan dan minuman bagi pengunjung sambil menikmati pemandangan ladang teh.


Kalau anda ada kesempatan datanglah ke sini melawat ladang the di Cameron Highland ini. Memang menjanjikan 1 pengalaman yang tak akan anda lupakan...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Keputusan / result Malaysia VS Etoile FC (Singapura) Live Perlawanan Persahabatan 26 Mac 2011 berakhir dengan seri 1-1 dalam perlawanan yang di adakan di Stadium Jalan Besar


Malaysia mendahului pada minit ke 7 hasil tandukan Ahmad Fakri  hasil sepakan penjuru pendek ketua pasukan Safiq Rahim kepada Asraruddin dan menghantar cantik kepada Ahmad Fakri.




Malaysia kelihatn sukar menembusi pertahanan Etoile FC sepanjang separuh masa pertama. Walaubagaimanapun kelebihan gol masih memihak kepada Malaysia.


Separuh masa kedua menyaksikan banyak pertukaran di lakukan K. Rajagopal antaranya mengeluarkan Khairul Fahmi dan memasukkan Sarbinee Alawee




Ketika Malaysia mengasak ke kubu, Etoile FC, Malaysia di kejutkan oleh gol dari Hicham Bouchemial minit ke 62 dari luar kotak penalti mengalahkan penjaga gol gantian Malaysia, Sarbinee Alawee.


Keputusan seri Malaysia 1-1 Etoile FC kekal sampai perlawanan tamat. Perlawanan ini disiarkan secara live di saluran 801 Astro Arena jam 8.30 malam 26 Mac 2011.




Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Earth Hour 26 Mac 2011 8.30 PM

Earth Hour datang lagi kali ini akan di adakan pada 26 Mac 2011 jam 8.30 malam untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen sayangkan bumi.


Orang ramai, syarikat-syarikat, kerajaan dan NGO di seru untuk menjayakan kempen ini mematikan lampu selama sejam pada hari Sabtu, tepat jam 8:30 malam 26 Mac 2011




Beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda seperti PWTC, KLCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Sunway Piramid di Lembah Klang akan bergelap selama sejam sempena kempen Earth Hour 2011.


Untuk rekod, pada tahun 2010 Earth Hour telah mencipta sejarah apabila ia diiktiraf sebagai gerakan sukarela terbesar dengan penyertaan sebanyak 128 negara di seluruh benua.




Apa lagi, jom ramai-ramai kita sokong kempen ini dengan padamkan lampu selama sejam pada hari Sabtu tepat jam 8:30 malam 26 Mac 2011sebagai tanda kita prihatin dan sayang dengan bumi... 


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Kini terdapat sebuah lagi jalan baru untuk ke Cameron Highland untuk penduduk pantai barat dan pantai timur iaitu melalui Raub dan Sungai Koyan Kuala Lipis di Pahang.


Jalan baru ini siap sekitar tahun 2010. Sebelum ini jalan ke Cameron Highland adalah melalui Tapah, Simpang Pulai dan Lojing Gua Musang.




Untuk menggunakan jalan ini perlu melalui Raub sehingga ke Sungai Koyan, Kuala Lipis. Selepas Balai Polis Sungai Koyan terdapat simpang ke Pos Betau di sebelah kiri. Ambil simpang kiri.


Kalau anda dari Kuala Lipis, anda akan melalui Kg. Tempoyang, Kg. Relong dan seterusnya masuk ke simpang Sg. Koyan di Kg. Berchang.




Anda akan menikmati pemandangan kebun sayur di lereng bukit  dan perkampungan orang asli apabila  menghampiri Bertam Valley. Anda akan keluar di Bertam Valley di Ringlet.


Perjalanan dari Sungai Koyan ke Cameron Highland mengambil masa dalam 1 jam untuk pemanduan sejauh hampir 80km ini. Kalau dari Raub mengambil masa hampir 2 jam.




Anda di nasihatkan berhati-hati melalui jalan baru ini kerana bimbang haiwan liar melintas jalan. Lagipun jalan ini belum di gazetkan lagi. Sebarang kemalangan yang berlaku  adalah tanggungjawab sendiri.


Selain itu lampu jalan pun belum di pasang, jalannya juga agak curam dan tidak rata di beberapa tempat. Jalan pula sunyi. Tak banyak kenderaan menggunakan jalan ini. 


Jika anda ingin ke Cameron Highlands dari pantai barat atau pantai timur, anda boleh melalui jalan ini kerana  ia lebih menjimatkan masa dan wang ringgit (tak perlu bayar tol) selain dapat menghayati keindahan alam.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Tarikh pilihan raya negeri Sarawak  ke 10 jatuh pada 16 April 2011 manakala tarikh penamaan calon jatuh pada 6 April 2011. Tempoh berkempen adalah selama 11 hari.


Perkara ini di umumkan oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam 1 sidang media di Kuching sebentar tadi.




DUN Sarawak telah dibubarkan isnin lalu (21 Mac 2011)  di mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun 2010.


Untuk rekod, BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan 7 kerusi, termasuk 1 masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.




Pilihan raya negeri Sarawak ke 9 sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.


Sebenarnya kempen melalui media massa sudah pun bermula secara senyap. Banyak program-program TV berkenaan pembangunan Sarawak di tayangkan di TV setiap hari..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Kelab bolasepak terkemuka Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Chelsea akan menentang skuad bolasepak Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Julai 2011 ini.


Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan 2 pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011. Tarikh perlawanan ini akan diumumkan kemudian.




Untuk rekod ini adalah kali pertama kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan.


Manakala pasukan ‘The Blues’ (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008




Menurut sumber, kemungkinan besar 1 lagi kelab EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan FAM.


Di harapkan pemain kebangsaan mengambil kesempatan beraksi menentang kelab handalan ini untuk mempelajari skill dan teknik bolasepak di peringkat tertinggi..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Berita baik buat semua penganggur di luar sana. Pada 25 - 27 Mac 2011 ini akan di adakan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) yang menawarkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan. 


Karnival ini melibatkan penyertaan lebih 600 agensi kerajaan dan syarikat korporat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Proton, Westport, Iskandar Malaysia, Celcom, Tune Talk, dan Tabung Haji.


Selain itu, kaunseling kerjaya, ceramah kerjaya, klinik resume dan juga seminar mengenai persiapan temuduga turut di adakan untuk graduan yang masih mencari pekerjaan.




Kepada yang berminat  untuk hadir diminta membuat pendaftaran menerusi laman http://www.bnyouthjobfair.com/  bagi membolehkan sesi temuduga diaturkan pada karnival kerjaya ini. 


Kepada graduan di luar sana yang masih mencari pekerjaan, jangan lupa hadir di karnival kerjaya  ini  di PWTC Kuala Lumpur pada 25 - 27 Mac 2011 ini.Manalah tahu ada rezeki anda kali ini..


P/S : Kepada yang nak hadir tu jangan lupa bawa resume banyak-banyak...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Video Seks Pemimpin Utama Pembangkang ?



BERITA TERGEMPAR


Satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda  didedahkan kepada pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.


Pemilik video, Datuk T yang mendedahkan rakaman itu mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video pemimpin utama pembangkang  didedahkan kepada umum.




Video seks pemimpin utama pembangkang selama 20 minit itu ditayangkan untuk tontonan pihak media di Hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara.


Sementara itu, Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pada 21 mac 2011 ini.




Anwar  berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding beliau dan menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi. 


Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu di fikirkan bersama sebelum menuduh pemimpin pembangkang tersebut :-

  • Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

  • Bagaimana bilik hotel itu itu mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

  • Mengapakah Datuk T” hari ini sanggup menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur untuk mendedahkan video ini kepada pihak media?

  • Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran tetapi  mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

  • Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada pemimpin tersebut berundur secara terhormat?


Bukan maksud hendak membela pemimpin tersebut tetapi beberapa ada beberapa perkara yang meragukan tentang isu ini. Sama-samalah kita tunggu perkembangan isu yang akan dirungkai tak lama lagi..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget