Dokumentari Cowboys in Paradise yang dihasilkan oleh Amit Virmani daripada Singapura telah mencetuskan panik di kalangan pegawai pelancongan di Bali apabila ia mengetengahkan isu budak pantai yang mengoda pelancong asing di pantai peranginan Bali itu.
Hasil temu bual dengan budak pantai yang mengorat dan menggoda pelancong asing dalam dokumentari tersebut telah menjejas teruk imej Bali.
Bagaimanapun katanya, adalah sukar untuk membuktikan tuduhan mereka terlibat dengan pelacuran kerana pantai hanya merupakan tempat pertemuan dan hubungan seks tidak dilakukan di situ.
Beberapa lelaki yang di gelar gigolo Bali berkata mereka tertekan dan marah dilabel sebagai gigolo dan menafikan sama sekali menawarkan khidmat seks untuk wang.
Mereka juga mendakwa dokumentari berkenaan adalah satu pembohongan. Tidak wujud ' gigolo Bali' seperti yang di gembar-gemburkan.
Mereka mendakwa pelancong asing yang berkunjung ke Bali biasanya suka berhibur, menyanyi, menari, berjenaka. Tidak salah bagi mereka untuk menghiburkan pelancong asing itu kerana kebanyakkan daripada mereka itu kesepian.
Hmm.. macam-macam cara orang zaman sekarang ini mencari sumber pendapatan dengan cara yang mudah. Apa yang penting jangan sampai tergadai maruah diri, bangsa, agama dan negara..
Adios~~~