Baru-baru ini seorang warga emas, Hazel Soares telah menerima ijazah sarjana muda sastera dalam pengajian sejarah dengan kepujian di Kolej Mills di Oakland, California.
Beliau yang berusia 94 tahun mampu menamatkan pengajiannya kembali setelah tamat pembelajarannya di Roosevelt High School di Oakland pada tahun 1932. Beliau yang memiliki 6 orang anak dan 40 orang cucu dan cicit merupakan orang kedua tertua berjaya lulus dari college. Hebat kan !
Tiga tahun yang lalu, Nola Ochs dari Kansas telah menempa nama sebagai lulusan Universiti yang tertua di dunia dan dicatat dalam Guinness Book of World Records yang ketika itu berusia 95 tahun.
Sebenarnya usia bukannya halangan dalam mengapai kejayaan dalam pendidikan. Apa yang penting adalah semangat, keinginan dan kesungguhan. Kan konsep pendidikan dalam Islam merupakan pendidikan sepanjang hayat. Belajar dari buaian sehingga ke liang lahad.

Islam mengajar kita supaya menuntut ilmu dan mencintainya serta golongan yang terlibat dengan ilmu. Islam sendiri meletakkan mereka yang berilmu itu tinggi maqamnya selepas nabi.
Memang dari segi agama, tuntutan untuk mendapatkan pendidikan itu penting tapi bila fikir dari segi rasionalnya nak buat apa ya ijazah pada umur 94 tahun? Nak kerja pun dah tak larat. Takkan nak gantung buat 'frame' sahaja. Mungkin ini satu kebangaan yang tak semua orang ada kan..
Adios~~~