Baru baru ini kita di kejutkan dengan kejadian seorang wanita terpaksa menunjukkan surat nikah untuk membeli gula. Hasil aduan mangsa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) telah pun menyerbu kedai runcit itu.
Pemeriksaan di lakukan dengan anggota KPDNKK menyamar sebagai pelanggan. Pemilik kedai tidak membenarkan anggota yang menyamar itu membeli gula melebihi satu kilogram dan diminta menunjukkan pengenalan diri.
Ekoran itu, pihak KPDNKK telah menahan seorang lelaki berumur 68 tahun yang merupakan pemilik kedai runcit di Dungun, Terengganu itu.
Hasilnya sebanyak 5.520 tan metrik gula bernilai kira-kira RM9,000 dirampas kerana menyimpan stok bekalan gula dalam kuantiti yang berlebihan.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga kan. Memang tak ada undang-undang rakyat dari negeri lain tidak dibenarkan membeli gula dari Dungun, Terengganu. Pandai-pandai je diorang nih. Lepas tu kantoi pula sorok gula.. iskh..iskh.. iskh..
Adios~~~