Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan Jerman VS Italy EURO 2012 Separuh Akhir 29 June 2012


Inilah dia keputusan Jerman VS Italy EURO 2012 Separuh Akhir 29 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


Jerman 1-2 Italy

  • Jerman : Mesut Ozil (pen)
  • Italy : Mario Balotelli (2 gol)

Italy melangkah ke pentas akhir EURO 2012 selepas menewaskan Jerman 1-2 hasil 2 gol jaringan 'budak nakal' Mario Balotelli pada minit ke 20 dan 36.


Jerman yang tersentak dengan 2 jaringan Italy pada separuh masa pertama memasukkan Miroslav Klose, Marco Reus dan Thomas Muller pada separuh masa kedua namun hanya mampu menjaringkan gol minit ke 90 menerusi sepakan penalti oleh Mesut Ozil. 


Ini bermakna Italy akan bertemu Sepanyol di pentas Final selepas Sepanyol menyingkirkan Portugal dalam 1 lagi perlawanan separuh akhir sebelum ini.


Perlawanan Jerman VS Italy ini telah disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 jam 2.40 pagi.


Apa apa pun jangan lupa saksikan perlawanan akhir EURO yang menyaksikan pertembungan antara : 


Spain VS Italy
2 Julai 2012   2.40 pagi  
LIVE Astro SuperSport saluran 825


Pasukan manakah yang akan muncul Juara EURO 2012 ? Sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Keputusan Portugal VS Spain EURO 2012 Separuh Akhir 28 June 2012


Inilah dia keputusan Portugal VS Spain EURO 2012 Separuh Akhir 28 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


Portugal 0-0 Spain (penalti 2-4)


Penalti :

  • Portugal :  Joao Moutinho, Pepe, Nani, Bruno Alves
  • Spain : Xabi Alonso, Andrés IniestaGerard Piqué, Sergio Ramos, Cesc Fabregas

Sepanyol melangkah ke pentas Final EURO 2012 setelah menewaskan Portugal menerusi sepakan penalti 2-4 setelah kedudukan terikat 0-0 sepanjang 120 minit permainan.


Sepanyol akan bertemu sama ada Jerman atau Italy di pentas Final yang dijadualkan pada 2 Julai 2012 ini sekaligus berpeluang mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi pada EURO 2008.


Perlawanan Portugal VS Spain ini telah disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 jam 2.40 pagi.


Apa apa pun jangan lupa saksikan perlawanan separuh akhir yang melibatkan 2 lagi pasukan : 


Jerman VS Italy 
29 June 2012   2.40 pagi  
LIVE Astro SuperSport saluran 825


Tahniah kepada Spain yang melangkah ke Final EURO 2012 !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Wang Kertas Baru Diedar Mulai 16 Julai 2012 !



Wang kertas Malaysia baru 2012 akan berada di pasaran mulai 16 Julai 2012 ini. Ini bermakna wang kertas baru ini akan digunakan secara meluas di pasaran mulai tarikh tersebut.


Sepatutnya wang kertas baru ini diperkenalkan pada awal tahun namun terpaksa di tunda kerana ada berberapa pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan masih belum bersedia sepenuhnya menerima wang baru ini. 


Setelah tempoh diberikan kepada pihak berkenaan untuk penentukuran dan pengubahsuaian mesin, maka wang kertas ini sepatutnya sedia digunakan secara meluas mulai 16 Julai ini. 


Mana-mana pihak yang masih belum dapat membuat penentukuran dan pengubahsuaian mesin maka mereka mesti menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai.


Bagi yang nak dapatkan wang kertas baru ini dengan kadar yang segera, anda bolehlah membuat pertukaran wang di mana-mana bank berdekatan dengan anda mulai 16 Julai 2012.


Yang pastinya ramai yang teruja apabila wang kertas baru ini mula digunakan secara meluas selepas ini terutamanya menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini. Bolehlah beri duit raya menggunakan wang kertas yang baru....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Tema Hari Kemerdekaan 2012 : Janji Ditepati !




Tema Hari Kemerdekaan 2012 ialah 'Janji Ditepati'. Dengan tema Janji Ditepati, Hari Kemerdekaan ke 55 kali ini akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2012 manakala Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012.


Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.


Hari Malaysia akan disambut di Sarawak pada 16 September 2012 dan berkemungkinan besar sambutan ini di adakan di kawasan luar bandar di Sarawak.




Orang rami diseru supaya mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing. 


Yang menariknya, Hari Kemerdekaan ke 55 kali ini jatuh pada 31 Ogos 2012 iaitu hari jumaat. Maka dengan ini seluruh rakyat Malaysia akan bercuti selama 3 hari ! Bolehlah merancang bercuti bersama keluarga dan yang tersayang sempena cuti 3 hari ini..


Ooh ya, apa pendapat anda tentang tema Hari Kemerdekaan 2012 iaitu 'Janji Ditepati' ? Bunyi macam berbau politik kan. Maklumlah tema ini ialah tema program Kerajaan Barisan Nasional untuk mengwar warkan bahawa janji yang mereka buat telah dilaksanakan. Maklumlah Pilihan Raya sudah dekat maka tema ini digunakan secara meluas untuk lebih dekat di hati rakyat....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan England VS Italy EURO 2012 Suku Akhir 25 June 2012


Inilah dia keputusan  England VS Italy  suku akhir EURO 2012 25 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


England 0-0 Italy (Penalti 2-4)

Penalti :

  • Italy : Mario BalotelliRiccardo MontolivoAndrea PirloAntonio NocerinoAlessandro Diamanti
  • England : Steven Gerrard, Wayne Rooney, Ashley Young, Ashley Cole

Italy melangkah ke peringkat separuh akhir setelah menumpaskan England 2-4 menerusi sepakan penalti setelah kedudukan 0-0 terikat sepanjang 120 minit masa permainan. 


Perlawanan  England VS Italy ini telah disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 jam 2.40 pagi.


Inilah dia jadual perlawanan separuh akhir EURO 2012 setelah tamatnya peringkat suku akhir :-


Portugal VS Spain 
28 June 2012   2.40 pagi  
LIVE Astro SuperSport saluran 825


Jerman VS Italy 
29 June 2012   2.40 pagi  
LIVE Astro SuperSport saluran 825



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Toyota Vios Baru 2012



Toyota Vios baru 2012 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Toyota Vios baru 2012 ini menampilkan peningkatan terkini yang lebih terarah kepada perubahan kosmetik.


Menurut sumber, pelancaran Toyota Vios baru 2012 terpaksa di buat bagi memberi saingan kepada Honda City baru (facelift) 2012 yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. 


Antara perubahan yang dilakukan melibatkan lampu utama dengan gaya ‘smoked’, di samping perubahan melibatkan reka bentuk perumah lampu kabus serta pelbagai peningkatan lain yang menarik.




Bagi ruang dalamannya pula menampilkan fabrik baru utuk kerusi. Turut ditambah ialah SRS airbag untuk penumpang depan bersama  seatbelt pre-tensioner dan force-limiter.


Selain itu, Vios baru ini turut menawarkan 2 sistem infotainment iaitu DVD-AVX (RM1,900) dan DVD-AVN (RM2,990), menampilkan 5.8-inci (DVD-AVX) and 6.1-inci (DVD-AVN) touchscreen dan reverse camera.


Ciri-ciri lain untuk 2-DIN sistem termasuklah DVD player, MP3 format compatibility, sambungan bluetooth termasuklah Aux dan USB ports. DVD-AVN sistem turut menampilkan sistem GPS.


Barisan model Vios turut ditawarkan rekaan jeriji depan menarik yang diadaptasi dari model Vios 1.5G Limited, termasuk pilihan aerokit untuk model lain seperti Vios 1.5E dan 1.5J.


Senarai harga (on the road price with insurance) Toyota Vios 2012 bermula dari RM73,200.00 untuk Vios 1.5J Manual sehingga RM92,013.00 untuk Vios 1.5 TRD Sportivo, dengan tempoh jaminan 3 tahun atau 100,000 km jarak berbatuan.




Kalau nak tahu lebih lanjut tentang spesifikasi Vios 2012 ini anda boleh rujuk brochure di atas ini. Kalau anda nak lihat lebih lanjut model ini apa kata anda kunjungi agen jualan Toyota berdekatan dengan tempat anda...


Apa pendapat anda tentang Vios baru ini ? Secara peribadi saya merasakan model Vios ini memang  mengancam dan mampu milik dengan harganya serendah RM73,200.00 cuma saya merasakan sudah sampai  masanya Toyota mengeluarkan model baru sepenuhnya bagi memberi variasi kepada peminat kereta Toyota walaupun Vios masih lagi relevan di pasaran...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan Spain VS France EURO 2012 Suku Akhir 24 June 2012


Inilah dia keputusan Spain VS France suku akhir EURO 2012 24 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


Spain 2-0 France
  • Spain : Xabi Alonso (2 gol) (1 pen)

Perlawanan Sepanyol VS Perancis telah disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 dan TV3 jam 2.40 pagi.


Dengan kemenangan yang dicatatkan oleh Spain 2-0 ke atas France maka Spain mengiringi Jerman dan Portugal ke peringkat separuh akhir.


Ini bermakna Spain akan bertemu Portugal di separuh akhir pada 28 June 2012 ini. Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan suku akhir England VS Italy 25 June 2012 bagi mengetahui pasukan terakhir layak ke separuh akhir yang akan bertemu Jerman nanti...




Velasrizal Rodriguez



Adio~~~~



Keputusan Jerman VS Greece EURO 2012 Suku Akhir 23 June 2012


Inilah dia keputusan Jerman VS Greece suku akhir EURO 2012 23 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


Jerman 4-2 Greece
  • Jerman : Phillip Lahm, Sami Khedira, Miroslav Klose, Marco Reus
  • Greece : Georgios Samaras, Dimitrios Salpingidis (pen)

Perlawanan Germany VS Greece telah disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825  jam 2.40 pagi.


Dengan kemenangan yang dicatatkan oleh Jerman, maka Jerman mengiringi Portugal layak ke separuh akhir. Jerman bakal bertemu pemenang perlawanan antara England VS Italy di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 29 June 2012 nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Keputusan Republik Czech VS Portugal EURO 2012 Suku Akhir 22 June 2012


Inilah dia keputusan Republik Czech VS Portugal suku akhir EURO 2012 22 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


Republik Czech 0-1 Portugal
  • Portugal : Cristiano Ronaldo

Perlawanan Republik Czech VS Portugal telah disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 dan 826 jam 2.40 pagi.


Dengan kemenangan yang dicatatkan oleh Portugal maka Portugal pasukan pertama yang layak ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung 28 June 2012. Lawan Portugal nanti ialah pemenang perlawanan antara  Spain VS France....



Velasrizal Rodriguez



Adio~~~~



 Promosi Jualan Istimewa 48 Jam AirAsia (22 Jun - 24 Jun 2012)


AirAsia menawarkan promosi jualan istimewa 48 jam untuk penerbangan pada 1 Julai - 30 Ogos 2012. Promosi jualan istimewa 48 jam ini ditawarkan bagi meraikan pelantikan Aireen Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif operasi Malaysia yang baru.


Tiket akan mula dijual bermula 22 Jun 2012 - 24 June 2012 dengan kadar tambang serendah RM38 untuk perjalanan sehala bagi destinasi dalam negara dan RM48 sehala untuk destinasi antarabangsa pada tarikh 1 Julai - 30 Ogos 2012.


Promosi itu ditawarkan untuk destinasi pilihan dalam laluan AirAsia meliputi 77 destinasi di 23 negara antaranya ialah Hatyai, Ho Chi Minh City, Singapura, Phnom Penh, Shenzen dan banyak lagi.


Kepada pengembara yang menjadikan kapal terbang sebagai pengangkutan pilihan jangan lepaskan peluang keemasan promosi  jualan istimewa 48 jam AirAsia 2012 ini. 


Untuk maklumat lanjut layarilah laman web AirAsia



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan England VS Ukraine, Sweden VS France EURO 2012 Kumpulan D 20 June 2012


Inilah dia keputusan England VS Ukraine, Sweden VS France EURO 2012 Kumpulan D 20 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-



England 1-0 Ukraine
  • England : Wayne Rooney


Sweden 2-0 France
  • Sweden : Zlatan Ibrahimovic, Sebastian Larsson

Perlawanan  England VS Ukraine dan Sweden VS France disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 dan 826 jam 2.40 pagi.


Kedua-dua perlawanan England VS Ukraine dan Sweden VS France diadakan serentak bagi mengelakkan gejala mengatur keputusan perlawanan berlaku.


Inilah dia kedudukan terahir dalam kumpulan D setelah tamatnya perlawanan terakhir peringkat kumpulan :-



Ini bermakna England dan France layak ke peringkat suku akhir. Jom kita terjah jadual perlawanan peringkat suku akhir EURO 2012 :-


Czech Republic VS Portugal
22 June 2012 2.40 a.m 
LIVE ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845)


Germany VS Greece
23 June 2012 2.40 a.m 
LIVE ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845)


Spain VS France
24 June 2012 2.40 a.m 
LIVE ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845)


England VS Italy 
25 June 2012 2.40 a.m 
LIVE ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845)



Velasrizal Rodriguez






Adios~~~~



Keputusan Croatia VS Spain, Italy VS Republic Ireland EURO 2012 Kumpulan C 19 June 2012


Inilah dia keputusan Croatia VS Spain, Italy VS Republic Ireland EURO 2012 Kumpulan C 19 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


Croatia 0-1 Spain
  • Spain : Jesus Navas

Italy 2-0 Republic Ireland
  • Italy : Antonio Cassano, Mario Balotelli 

Perlawanan  Croatia VS Sepanyol dan Italy VS Republic Ireland  disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 dan 826 jam 2.40 pagi.


Kedua-dua perlawanan   Croatia VS Sepanyol dan Italy VS Republic Ireland  diadakan serentak bagi mengelakkan gejala mengatur keputusan perlawanan berlaku.



Inilah dia kedudukan terakhir kumpulan C setelah tamatnya perlawanan terakhir peringkat kumpulan :-




Dengan kemenangan yang dicatatkan oleh Spain dan Italy maka kedua-dua pasukan mara ke peringkat suku akhir. Kemungkinan besar kedua-dua pasukan ini akan bertemu dengan France dan England di suku akhir nanti...




Velasrizal Rodriguez





Adios~~~~~


Keputusan Belanda (Holland) VS Portugal, Jerman VS Denmark EURO 2012 Kumpulan B 18 June 2012


Inilah dia keputusan Belanda (Holland) VS Portugal, Jerman VS Denmark EURO 2012 Kumpulan B 18 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


Belanda (Holland) 1-2 Portugal

  • Belanda : Rafael Van Der Vaart
  • Portugal : Cristiano Ronaldo (2 gol)

Jerman 2-1 Denmark

  • Jerman : Lukas Podolski, Lars Bender
  • Denmark : Michael Krohn-Dehli

Perlawanan Belanda (Holland) VS Portugal dan Jerman VS Denmark disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 dan 826 jam 2.40 pagi.


Kedua-dua perlawanan  Belanda (Holland) VS Portugal dan Jerman VS Denmark diadakan serentak bagi mengelakkan gejala mengatur keputusan perlawanan berlaku.


Inilah dia kedudukan terakhir dalam kumpulan B setelah tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan :


Dengan kemenangan yang dicatatkan oleh Jerman dan Portugal maka kedua-dua pasukan ini melangkah ke peringkat suku akhir EURO 2012. Malangnya Naib Juara Piala Dunia 2010, Belanda menamatkan persaingan di tangga tercorot tanpa memungut sebarang mata sekaligus TERSINGKIR secara memalukan.


Ini pula jadual suku akhir pertama dan kedua :-


Republic Czech VS Portugal
22 June 2012 2.40 a.m Live


Jerman VS Greece
23  June 2012 2.40 a.m Live



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan Czech Republic VS Poland, Greece VS Russia EURO 2012 Kumpulan A 17 June 2012


Inilah dia keputusan Czech Republic VS Poland, Greece VS Russia EURO 2012 Kumpulan A 17 June 2012 yang berlangsung awal pagi ini :- 


Czech Republic 1-0 Poland

  • Czech : Petr Jiracek

Greece 1-0 Russia 

  • Greece : Georgios Karagounis

Perlawanan Czech Republic VS Poland dan Greece VS Russia disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 dan 826 jam 2.40 pagi.


Kedua-dua perlawanan Czech Republic VS Poland dan Greece VS Russia telah diadakan serentak bagi mengelakkan gejala mengatur keputusan perlawanan berlaku.


Jom kita terjah kedudukan pasukan dalam kumpulan A setelah tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan :-




Dengan kemenangan yang dicatatkan dalam perlawanan terakhir maka Republik Czech dan Greece layak ke suku akhir. Greece layak ke suku akhir berdasarkan peraturan head to head selepas berkongsi mata dengan Russia...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Tarikh permulaan puasa Ramadhan di jangka pada 21 Julai 2012 (sabtu) manakala umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad 19 Ogos 2012.


Bagaimanapun tarikh permulaam puasa sebenar puasa dan tarikh Hari Raya Aidilfitri masih tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.


Ini kerana pada 29 Syaaban 1433H bersamaan 19 Julai, kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakkan) iaitu umur bulan tidak lebih lapan jam sebelum ijtimak.


Dengan kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1433 Hijrah jatuh pada 21 Julai 2012.


Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu pengisytiharaan tarikh permulaan puasa yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nanti untuk pengesahan tarikh mula berpuasa. Kepada yang masih belum menggantikan puasa sebelum ini, cepat-cepatlah ganti. Anda ada masa lebih kurang sebulan sahaja dari sekarang... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan England VS Sweden, France VS Ukraine EURO 2012 Kumpulan D 16 June 2012


Inilah dia keputusan England VS Sweden, France VS Ukraine EURO 2012 Kumpulan D 16 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :


France 2-0 Ukraine
  • France : Jeremy Menez, Y.Cabaye 

Sweden 2-3 England
  • Sweden : Olof Mellberg (2 gol)
  • England : Andy Caroll, Theo Walcott, Danny Welbeck

Inilah dia kedudukan dalam kumpulan D setelah tamatnya perlawanan kedua peringkat kumpulan :- 



Secara matematiknya, Sweden sudah TERKELUAR dari persaingan merebut 2 tempat teratas kumpulan D. Dengan itu persaingan merebut tempat ke suku akhir kini tertumpu kepada England, France dan Ukraine...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan Italy VS Croatia, Spain VS Republik Ireland EURO 2012 Kumpulan C 15 June 2012


Inilah dia keputusan Italy VS Croatia, Spain VS Republik Ireland EURO 2012 Kumpulan C 15 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


Italy 1-1 Croatia

  • Italy : Andrea Pirlo
  • Croatia : M. Mandzukic 


Spain 4-0 Republic Ireland 
  • Spain : Fernando Torres (2 gol), David Silva, Cesc Fabregas


Perlawanan Italy VS Croatia disiarkan secara live di ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845) jam 11.55 pm manakala Spain VS Republik Ireland telah disiarkan secara langsung di TV3 (CH103), ASTRO ARENA (CH801), ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845) jam 2.40 am


Inilah dia kedudukan dalam kumpulan C setelah tamatnya perlawanan ke 2 peringkat kumpulan :-




Secara matematiknya Republik Ireland sudah pun TERKELUAR dari persaingan merebut 2 tempat untuk ke suku akhir. Perlawanan ke 3 peringkat kumpulan akan menentukan 2 pasukan yang layak ke suku akhir yang menjadi rebutan Spain, Croatia dan Italy....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Keputusan Jerman VS Belanda (Holland), Portugal VS Denmark EURO 2012 Kumpulan B 
14 June 2012


Inilah dia Keputusan Jerman VS Belanda (Holland), Portugal VS Denmark EURO 2012 Kumpulan B 14 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :- 


Jerman 2-1 Holland
  • Jerman : Mario Gomez (2 gol)
  • Holland : Robin Van Persie

Portugal 3-2 Denmark 
  • Portugal : Pepe, Helder Postiga, Silvestre Varela
  • Denmark : Nicklas Bendtner (2 gol) 


Perlawanan antara Denmark VS Portugal disiarkan di secara live di ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845) jam 11.55 pm manakala perlawanan antara Belanda VS Jerman disiarkan di  TV3, ASTRO ARENA (CH801), ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845) jam 2.40 am.


Inilah dia kedudukan kumpulan B setelah tamatnya perlawanan ke 2 peringkat kumpulan :- 




Secara matematiknya, Jerman sudah sebelah kaki LAYAK ke suku akhir manakala 1 slot lagi bakal menjadi rebutan antara Portugal, Denmark dan Belanda.


Walaupun mengalami kekalaham kedua berturut-turut, Belanda masih berpeluang layak ke suku akhir dengan syarat mesti menang ke atas Portugal dalam perlawanan ke 3 nanti dengan jumlah gol yang besar sambil mengharapkan Jerman menang ke atas Denmark...


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Keputusan Poland VS Russia, Greece VS Republik Czech EURO 2012 Kumpulan A 13 June 2012


Inilah dia keputusan Poland VS Russia, Greece VS Republik Czech EURO 2012 Kumpulan A 13 June 2012 awal pagi tadi :-


Greece 1-2 Czech Republic
  • Greece : T. Gekas
  • Czech : P. Jiracek, V. Pilar

Poland 1-1 Russia
  • Poland : Jakub Blaszczykowski
  • Russia : Alan Dzagoev


Inilah dia kedudukan dalam kumpulan A selepas tamatnya perlawanan kedua peringkat kumpulan :-




Setakat ini masih belum ada pasukan yang LAYAK ke peringkat suku akhir. Setiap pasukan masih ada peluang. 2 pasukan yang layak ke suku akhir akan ditentukan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




Semakan keputusan rayuan permohonan IPTA/Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh disemak mulai 12 tengah hari 14 June 2012 (khamis) ini.


Semakan keputusan rayuan permohonan ke IPTA/Politeknik Premier boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, laman web rasmi IPTA berkenaan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no. kad pengenalan) dan SMS ke 16888.


Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun ini, maka rayuan dianggap gagal.


Kepada yang GAGAL dalam rayuan ini tak perlu bimbang kerana sebenarnya peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi di IPTS masih terbuka. Apa yang penting semangat untuk menimba ilmu itu mesti ada. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan England VS France, Sweden VS Ukraine EURO 2012 Kumpulan D 12 June 2012


Inilah dia keputusan England VS France, Sweden VS Ukraine EURO 2012 Kumpulan D 12 June 2012 yang berlangsung awal pagi tadi :-


England 1-1 France 
  • England : J. Lesscott
  • France : Samir Nasri 

Ukraine 2-1 Sweden
  • Ukraine : Andriy Shevchenko (2 gol)
  • Sweden : Zlatan Ibrahimovic

Inilah dia kedudukan terkini semua kumpulan setelah tamatnya perlawanan pertama :- 




Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~



Keputusan Spain VS Italy, Croatia VS Republik Ireland EURO 2012 Kumpulan C 11 June 2012



Spain 1-1 Italy
  • Spain : Cesc Fabregas
  • Italy : Antiono Di Natale

Republik Ireland 1-3 Croatia
  • Ireland : S.S Ledger
  • Croatia : M. Mandzukic (2 Gol), N. Jelavic

Kedudukan Kumpulan C selepas tamat perlawanan pertama :-




PREVIOUS ENTRY


Keputusan Spain VS Italy dan Croatia VS Republic Ireland EURO 2012 Kumpulan C akan diketahui malam ini apabila 4 jagoan dari benua Eropah ini membuat perhitungan.


Keempat-empat pasukan ini pastinya mahu meraih kemenangan bagi mencerahkan harapan muncul 2 pasukan dari kumpulan ini yang mara ke suku akhir.


Ini adalah keputusan perlawanan pertama kumpulan A 9 June 2012 :- 

  • Poland 1-1 Greece 
  • Russia 4-1 Republic Czech 

Ini adalah keputusan perlawanan pertama kumpulan B 10 June 2012 :- 

  • Holland 0-1 Denmark
  • Germany 1-0 Portugal 

Jom kita terjah kesebebelasan utama Sepanyol VS Italy :-






Ini pula kesebebelasan utama Croatia VS Republik Ireland :- 








Oleh itu jangan lupa saksikan perlawanan dari kumpulan C EURO 2012 yang melibatkan :-


SPAIN VS ITALY
ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845) 11.55 pm LIVE


REPUBLIC OF IRELAND VS CROATIA
ASTRO ARENA (CH801), ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845) 2.40 am LIVE


Keputusan (result) perlawanan Sepanyol VS Italy dan Croatia VS Republic Ireland EURO 2012 Kumpulan C akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Caroline juara (pemenang) Mentor 6 ! Caroline yang muncul sebagai juara Mentor musim ke 6 menewaskan Anas dan Zatul dalam Konsert Final (akhir) Mentor 6 10 June 2012 yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam.



Puteri Caroline Mohd Kamel, protege kepada Ratu Rock Ella berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam yang berlangsung di Stadium Malawati malam tadi. Caroline berjaya mengutip 71 markah.


Caroline membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.


Sementara itu, Zatul protege kepada Ogy Ahmad Daud mendapat tempat kedua dengan 60 markah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi.


Protege Faizal Tahir, Anas mendapat tempat ketiga dengan 50 markah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.


Finalis Mentor musim keenam diadili oleh juri profesional sebanyak 50 peratus markah, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam.



 Tahniah kepada Caroline yang muncul sebagai juara Mentor musim ke 6 !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan Jerman VS Portugal, Holland VS Denmark EURO 2012 Kumpulan B 10 June 2012


Holland 0-1 Denmark
  • Denmark : M. Krohn-Dehli 

Jerman 1-0 Portugal
  • Jerman : Mario Gomez

Inilah dia kedudukan dalam kumpulan B setelah tamat perlawanan pertama : 




PREVIOUS ENTRY


Keputusan Jerman VS Portugal dan Holland VS Denmark EURO 2012 Kumpulan B akan dikatahui malam ini apabila 4 jagoan dari benua Eropah ini membuat perhitungan.


Keempat-empat pasukan ini pastinya mahu meraih kemenangan bagi mencerahkan harapan muncul 2 pasukan dari kumpulan 'maut' ini yang mara ke suku akhir.


Ini adalah keputusan perlawanan pertama kumpulan A 9 June 2012 :- 

  • Poland 1-1 Greece 
  • Russia 4-1 Republic Czech 

Jom kita terjah kesebebelasan utama Belanda VS Denmark :-




Ini pula kesebelasan utama Germany VS Portugal :-






Oleh itu jangan lupa saksikan perlawanan dari kumpulan B EURO 2012 yang melibatkan :-


NETHERLANDS VS DENMARK
TV3 (CH103), ASTRO ARENA (CH801), ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845) 11.55 pm LIVE


GERMANY VS PORTUGAL
ASTRO SUPERSPORT (CH825) & SUPERSPORT HD (CH845) 2.40 am LIVE 


Keputusan (result) perlawanan Jerman VS Portugal dan Holland VS Denmark EURO 2012 Kumpulan B akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget