Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan undian kumpulan Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012/2013 telah pun diumumkan. Majlis undian kumpulan Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012/2013 telah   berlangsung di Monaco, Perancis


Majlis undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012/2013 ini telah dihadiri oleh wakil kelab-kelab dan lagenda bolasepak antarabangsa.


Jom kita terjah keputusan undian kumpulan Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012/2013 :-



  • Group A: Porto, Dynamo Kiev, Paris Saint-Germain, Dinamo Zagreb.
  • Group B: Arsenal, Schalke 04, Olympiacos, Montpellier.
  • Group C: AC Milan, Zenit St. Petersburg, Anderlecht, Malaga.
  • Group D: Real Madrid, Manchester City, Ajax, Borussia Dortmund.
  • Group E: Chelsea, Shakhtar Donetsk, Juventus, Norsjaelland.
  • Group F: Bayern Munich, Valencia, Lille, BATE Borisov.
  • Group G: Barcelona, Benfica, Spartak Moscow, Celtic.
  • Group H: Manchester United, Braga, Galatasaray, CFR Cluj.

Melihat kepada keputusan undian kali ini, kumpulan D boleh di anggap sebagai kumpulan 'MAUT' di mana menemukan Juara Liga Perdana Inggeris (Manchester City), Juara La Liga Sepanyol (Real Madrid), Juara Liga Eredivise Belanda (Ajax Amsterdam) dan Juara Bundesliga Jerman (Borussia Dortmund).


Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada 18 September - 5 Disember 2012. Peringkat kalah mati akan berlangsung pada tahun hadapan manakala perlawanan akhir (Final) Champions adalah pada 25 May 2013 yang akan berlangsung di Stadium Wembley London, England.


Bagaimana nasib pasukan pilihan anda dalam undian kali ini? Ada peluang tak untuk mara ke peringkat seterusnya? Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui informasi terkini Liga Juara Juara Eropah yang akan dibawakan dari masa ke semasa...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

ASNB Umum Dividen ASW 2020 2012 : 6.6 Sen !



ASNB telah mengumumkan dividen ASW 2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012 ialah 6.6 sen. Dividen ASW 2020 2012 ini menunjukkan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun 2011.


Dividen 6.6 sen ASW 2020 (Amanah Saham Wawasan 2020) ini telah diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) baru-baru ini.


Kira-kira 907,594 pemegang unit yang melanggan 14.85 bilion unit ASW 2020 akan mendapat manfaat daripada pembayaran ini. 


Untuk rekod, ASW ialah dana berharga tetap di mana 51% unit dibuka kepada pelabur Bumiputera dan baki 49% kepada pelabur bukan Bumiputera.


Pengagihan dividen ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September 2012 ini. 


Untuk makluman, semua urus niaga bagi ASW 2020 telah digantung mulai 24 Ogos hingga 2 September 2012 bagi tujuan pengiraaan pengagihan pendapatan. 


Bagi yang mahu mengemaskini buku pelaburan untuk mengetahui berapa keuntungan yang anda dapat, anda boleh berbuat demikian selepas 2 September 2012 di mana-mana pejabat ASNB atau agen-agen ASNB yang berhampiran....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Kia Forte Baru 2013 @ K3



Inilah dia model Kia Forte baru 2013 @ K3 yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Kia Forte baru 2013 @ K3 juga dikenali dengan nama Kia Cerato di tempat-tempat lain. 


Kia Forte baru 2013 @ K3 dijangka bakal berada di pasaran Malaysia dan juga beberapa tempat lain dalam suku pertama tahun 2013 ini. 




Dengan menampilkan rekabentuk yang lebih segar dan elegan, model ini di jangka bakal menjadi pilihan  pembeli kereta di malaysia sekiranya ia secara rasmi dijual di Malaysia. 




Masih terlalu awal untuk mengatakan tentang spesifikasi, ruang dalaman, prestasi dan tahap keupayaan Kia Forte baru ini kerana belum ada maklumat rasmi mengenainya buat masa ini.


Sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi dari Kia sendiri mengenai model Kia Forte baru. Nanti saya akan kongsikan di sini nanti untuk tatapan kita semua...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Dan Husna Zahry



Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry telah pun berlangsung baru baru ini. Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry ini berlangsung di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2012.


Majlis perkahwinan Ustaz Don untuk sebelah lelaki akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis. Tak pula dinyatakan pula berapa jumlah hantaran dari kedua-dua belah pihak pengantin.


Jom kita terjah gambar  Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry  :-




Biodata Ustaz Don :-

  • Nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid
  • Don yang kini bekerja sebagai tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Selangor 
  • Mempunyai keluarga di sebelah ibu di Kampung Dodol sementara sebelah bapanya pula di Gelugor
  • Mula bersekolah di Sekolah Kebun Sireh Bukit Minyak kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal.
  • Menyambung diploma di Maahad Tahfiz Pulau Pinang dan ke Maahad Qiraat Shoubra Mesir.
  • Ceramah yang disampaikan melalui kuliah-kuliah agamanya mula popular melalui laman Youtube sehingga ke laman sesawang Facebook, namun kini dia sudah pun menyampaikan ceramah dan mempunyai peminat yang tersendiri






Ustaz Don dan Husna nampak sama cantik dan sama padan di hari bahagia mereka ini. Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Don Daniyal Dan Husna Zahry. Semoga kebahagiaan ini akan menjadi milik mereka selama-lamanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Lirik Lagu Teman Pengganti – Black & Malique



Kali ini nak share dengan anda semua lirik lagu Teman Pengganti – Black & Malique. Kalau anda perhatikan lirik lagu Teman Pengganti nyanyian Black & Malique ini memang mempunyai maksud yang tersirat dan sangat mendalam.


Jom kita terjah lirik lagu Teman Pengganti ini :-


Lirik Lagu Teman Pengganti – Black & Malique


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

***
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

[Ulang ***]

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2012 telah di umumkan sebentar tadi. Pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2012 telah di buat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad di TV dan Radio seluruh Malaysia.


Dengan pengumuman yang telah dibuat, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ahad, bersamaan 19 Ogos 2012 @ 1 Syawal 1433H.


Berikut adalah petikan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad  :-

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari ahad, 19 Ogos 2012."


Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua pembaca Blog Aku Dan Sesuatu ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Rumah Terbuka Perdana Menteri hari Raya Aidilfitri 2012 akan di adakan pada Hari Raya Pertama 19 Ogos 2012. Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri ini akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya.


Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Kabinet Hari Raya Aidilfitri 2012 ini bermula dari tengah hari hingga 6 petang.


Orang ramai diminta menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma. Sebanyak 12 bas Nadi Putra akan beroperasi dari jam 11 pagi hingga jam 7.30 malam dari empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park & Ride di Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 


Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan akan mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 18 September ini.


Umat Islam di Malaysia di jangka akan menyambut 1 Syawal pada 19 Ogos 2012 ini. Bagi warga kota yang tidak pulang ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri ini bolehlah berkunjung ke rumah perdana menteri pada Hari Raya pertama nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



BREAKING NEWS


Robin Van Persie sah berpindah ke Manchester United dari Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £24million. Robin Van Persie yang berpindah ke Manchester United akan menerima gaji sebanyak £250,000 seminggu dengan kontrak selama 4 tahun. 


Untuk rekod, Van Persie telah menjaringkan 37 gol untuk Arsenal dalam semua pertandingan musim lalu. Anda boleh melihat kelibat Van Persie bermain untuk Red Devils pada perlawanan sulung Liga Perdana England menentang Everton pagi Isnin ini.


Van Persie akan menggunakan jersi bernombor 20. Kini Manchester United memiliki 4 penyerang berbisa iaitu Wayne Rooney, Van Persie, Javier Hernandez dan Danny Welbeck 


Gandingan 'The Fantastic 4' ini mengingatkan Sir Alex Ferguson pada 4 penyerang berbisa Manchester United pada 1999 iaitu Teddy Sheringham, Dwight Yorke, Andy Cole dan Ole Gunnar Solskjaer.




Van Persie bertekad untuk meninggalkan Arsenal selepas skuad The Gunners sekadar menduduki tempat ketiga dalam saingan liga musim lalu.


Van Persie yang menyertai Arsenal pada tahun 2004 masih mempunyai baki kontrak selama setahun di kelab itu. Pada Julai lalu, dia membuat kejutan apabila mendedahkan untuk tidak menyambung kontrak kerana tidak gembira dengan arah tuju kelab itu.


Arsenal telah kehilangan beberapa pemain utama antaranya ialah Samir Nasri, Cesc Fabregas, Gael Clichy, Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure kerana tidak pernah memenangi trofi utama. Kali terakhir Arsenal merangkul trofi ialah Piala FA pada 2005.


Selamat Maju Jaya untuk Robin Van Persie di Manchester United. Secara peribadi saya merasakan sudah sampai masanya Arsenal merubah polisi kelab itu jika tidak mahu lagi kehilangan nama besar dalam kelab dari London itu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2012 telahpun diumumkan. Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2012 bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas perjalanan pulang warga kota ke kampung halaman masing-masing pada 17 serta 18 Ogos 2012. 


Cadangan waktu perjalanan ini juga meliputi perjalanan kembali ke ibu negara selepas cuti Aidilfitri berakhir mulai 21 hingga 26 Ogos 2012.



Jom kita terjah cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Expressway Berhad (PLUS) Hari Raya Aidilfitri 2012 :-




Untuk rekod, sejak cadangan perjalanan ini di perkenalkan sejak 2007, lebih 50% pengguna jalan raya telah mengikuti waktu yang disarankan dan perjalanan trafik didapati lancar tanpa melibatkan kesesakan jalan raya yang ketara.


Pastinya kita semua tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya untuk pulang ke kampung halaman pada Hari Raya ini. Oleh itu semua pihak yang menggunakan lebuhraya PLUS tak kira dari Lembah Klang, Utara atau Selatan, anda dinasihati untuk mematuhi cadangan waktu perjalanan ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2012





Cuti umum Hari Raya Aidilfitri 2012 kali ini jatuh pada 19 Ogos 2012. Walaubagaimanapun cuti Hari Raya Aidilfitri 2012 masih tertakluk kepada pengisytiharaan Hari Raya Puasa yang akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. 


Jika tiada aral melintang umat Islam di Malaysia akan meraikan Aidilfitri pada 19 Ogos ini. Jika ini berlaku, cuti Hari Raya pertama yang jatuh pada hari ahad akan dibawa ke isnin (20 Ogos) dan cuti Hari Raya kedua yang jatuh pada hari isnin dibawa ke hari selasa (21 Ogos).




Bagi yang tiada anak bersekolah dan tidak mengambil cuti awal, kebanyakan mereka akan pulang ke kampung halaman bermula jumaat 17 Ogos selepas habis berkerja. 




Orang ramai dijangka mula pulang ke kota pada Hari Raya ke 3 memandangkan hari rabu (22 Ogos) pejabat akan kembali dibuka.


Namun ada yang mengambil cuti 3 hari lagi sehingga hari jumaat dan pulang ke kota pada hari ahad 26 Ogos 2012 sekaligus melangkapkan cuti raya 1 minggu lamanya. 


Secara peribadi saya merasakan cuti sekolah berganti pada 16 Ogos dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya pada petang jumaat dan pagi sabtu. Ini kerana limpahan kenderaan di jalan raya akan mengundang kemalangan kerana masing-masing bersaing untuk sampai cepat ke destinasi memandangkan raya semakin hampir.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Keputusan Chelsea VS Manchester City Live FA Community Shield 8 Ogos 2012 



Inilah dia keputusan penuh Chelsea VS Manchester City FA Community Shield 2012 :- 


Chelsea 2-3 Manchester City
  • Chelsea : Fernando Torres, Ryan Bertrand
  • Man City : Yaya Toure, Carlos Tevez, Samir Nasri

Manchester City merangkul Piala Community Shield setelah menang 3-2 ke atas Chelsea. Chelsea mendapat gol awal menerusi Fernando Torres. 

Malang menimpa Chelsea apabila Branislav Ivanovic dibuang padang setelah melakukan terjahan keras ke atas Alaxander Kolarov. Tamat separuh masa pertama Chelsea 1-0 Manchester City.


Manchester City mengambil kesempatan dengan kekurangan seorang pemain Chelsea apabila berjaya menjaringkan gol menerusi Yaya Toure, Carlos Tevez dan Samir Nasri.


Chelsea merapatkan kedudukan kepada 2-3 apabila Ryan Bertrand menolak bola masuk ke gawang The Citizens namun ia sudah terlawat menafikan kemenangan 3-2 Manchester City ke atas Chelsea. 


Tahniah Manchester City yang memenangi FA Community Shield musim 2012/2013 ! 


PREVIOUS ENTRY 


Keputusan Chelsea VS Manchester City live FA Community Shield (Perisai Komuniti) 8 Ogos 2012 akan diketahui malam ini apabila Chelsea akan menentang Manchester City jam 8 malam di Villa Park.




Inilah dia kebelasan utama pemain kedua-dua pasukan yang bakal beraksi : 

Chelsea (4-2-3-1): Pert Cech; Ashley Cole, John Terry, Gary Cahill, Branislav Ivanovic; Frank Lampard, Jon Obi Mikel; Juan Mata, Eden Hazard, Daniel Sturridge; Fernando Torres 

Manchester City (4-2-2-2): Joe Hart; Aleksandar Kolorov; Joleon Lescott, Vincent Kompany, Pablo Zabaleta; Nigel De Jong, Yaya Toure; Samir Nasri, David Silva; Sergio Aguero, Mario Balotelli


Perlawanan Chelsea VS Manchester City live FA Community Shield  8 Ogos 2012 akan bersiaran langsung (live) di saluran Astro Super Sports 3 jam 8 malam. Jika ada live streaming nanti saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) Chelsea VS Manchester City live FA Community Shield akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Diskaun tol dan rebat Hari Raya Aidilfitri 2012 telahpun diumumkan baru-baru ini. Diskaun tol dan rebat Hari Raya kali ini adalah antara 10 - 37.5% iaitu kadar tertinggi pernah ditawarkan.


Diskaun tol dan rebat Hari Raya Aidilfitri 2012 bermula dari 15 Ogos sehingga 31 Ogos 2012 iaitu ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia.




Jom kita terjah diskaun tol dan rebat Hari Raya Aidilfitri 2012 yang ditawarkan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya :-




Insentif tol ini dilihat kaedah terbaik untuk meringankan beban pengguna, terutama pada musim perayaan maklumlah jumlah pengguna lebuh raya dan jalan persekutuan dijangka meningkat hampir 2 kali ganda ketika Aidilfitri berbanding hari biasa. 


Untuk tujuan keselamatan, had laju di semua jalan persekutuan akan diturunkan daripada 90 kilometer(km)/jam kepada 80 km/jam mulai 12 Ogos hingga 26 Ogos 2012 sebagai langkah membantu kelancaran trafik dan mengurangkan kejadian tidak diingini.


Memang pemberian diskaun tol Hari Raya Aidilfitri ini berita baik buat semua pengguna lebuh raya. Kepada semua yang akan pulang ke kampung halaman berhari raya nanti jangan lupa buatlah pemeriksaan kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan sentiasalah berhati-hati di jalan raya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Monorel Terkandas 2 Jam Di Brickfields 11 Ogos 2012 !



BREAKING NEWS


Dua buah tren monorel terkandas hampir 2 jam di Brickfields kira-kira jam 2 petang tadi (11 Ogos 2012).  Tren monorel yang terkandas di Brickfields itu terhenti setelah mengalami kerosakan berhampiran Wisma Monorel di Jalan Tebing, Brickfields. 


Seramai 183 penumpang yang terkandas di dalamnya. Tren itu baru bergerak selepas mengambil penumpang di Stesen Tun Sambanthan untuk ke ibu negara.




Tren itu tiba-tiba terhenti, dipercayai hilang kuasa akibat terlebih muatan. Dua penumpang mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang hamil pengsan. 


Penumpang hamil dan penumpang yang tercedera itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan cedera ringan ketika operasi menyelamat. 


Jom kita lihat gambar-gambar yang di ambil dari lokasi kejadian :-







Harap-harap tiada kemalangan jiwa berlaku. Diharapkan selepas ini tiada lagi kejadian sebegini berlaku. Ini boleh memburukkan imej industri pengangkutan awam.


Di samping itu, diharapkan juga pihak RapidKL juga memantau jumlah penumpang dalam tren dalam sesuatu masa. Kalau terlalu ramai memang banyak kejadian boleh berlaku seperti sesak nafas, mencuri, mencabul dan lain-lain kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan dan keselesaan perlu di utamakan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Penukaran duit baru untuk Hari Raya 2012 di bank-bank di sekitar Lembah Klang sudah pun habis! Penukaran duit baru Hari Raya 2012 boleh di buat di bank-bank bermula pada 16 Julai 2012 lagi.


Memandangkan duit baru diedar awal, orang ramai berpusu-pusu ke bank-bank berdekatan untuk mendapatkannya untuk dijadikan duit raya.


Sambutan amat menggalakkan dari orang ramai memandangkan Hari Raya kali ini diwarnai wang baru. Difahamkan bank-bank di Lembah Klang mengalami kesesakan luar biasa menjelang minggu-minggu terakhir Ramadhan.


Kini, duit baru untuk Hari Raya sudah pun habis. Dengar cerita ramai yang merungut tak dapat nak tukar duit baru di bank. Nak salahkan pihak Bank pun tak adil sebab sudah di maklumkan penukaran duit baru boleh dibuat pada awal Ramadhan. Siapa suruh datang lambat. Ye tak? Siapa cepat dia dapat..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




Semakan keputusan  permohonan UPU / IPTA sesi 2012/2013 (second intake) boleh disemak mulai 12 tengahari ini (10 Ogos 2012) untuk lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal (first intake).


Calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal (first intake) kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.


Semakan keputusan  permohonan UPU / IPTA sesi 2012/2013 boleh disemak melalui 3 cara iaitu semakan  secara online, SMS dan telefon :- 


1. Semakan Secara Online 

  • Semakan keputusan melalui laman UPU MOHE
  • Semakan keputusan melalui laman UTM
  • Semakan keputusan melalui laman UUM
  • Semakan keputusan melalui laman UNIMAS
  • Semakan keputusan melalui laman UMS  


2. Semakan Secara SMS

  • Taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888


3. Semakan melalui telefon 

  • Hubungi talian hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777 atau talian am 03-8870 6755/6766


Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan atau pilihan bidang calon atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon. Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September


Kepada yang mahu membuat semakan permohonan UPU / IPTA sesi 2011/2012 lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi di minta sedikit bersabar kerana di jangka akan berlakunya kesesakan traffik pada laman web tersebut. 


Kalau boleh buatlah semakan ketika traffik tidak sesak iaitu pada waktu tengah malam dan awal pagi.


Apa-apa pun Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang kurang bernasib baik tu jangan bimbang kerana banyak IPTS yang menawarkan tempat untuk anda menyambung pengajian....  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Pandelela Rinong menang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 menerusi acara 10m platform individu wanita. Pandelela Rinong meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 setelah menduduki tempat ke 3 dalam acara ini. 


Pandelela Rinong yang berusia 19 tahun bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).


Jaguh terjun negara itu sebelum ini pernah diiktiraf sebagai atlet wanita terbaik ekoran kecemerlangannya meraih pingat perak di Kejohanan Terjun Siri Dunia Moscow pada tahun lalu, serta pingat perak dan gangsa di temasya Universiad Shengzhen, seterusnya melayakkan diri ke Olimpik.




Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008.


Untuk rekod, Pandalela juga mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama Malaysia memenangi pingat Olimpik dalam sejarah sukan negara.


Blog Aku Dan Sesuatu mengucapkan tahniah kepada Pandalela, syabas juga untuk Malaysia! 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Senarai Program Hari Raya Astro 2012



Kali ini nak share dengan anda semua senarai program Hari Raya Aidilfitri Astro 2012. Sebanyak 104 buah program Hari Raya Astro akan disediakan di 9 saluran utama. 


Tema  program Hari Raya Aidilfitri Astro kali ini ialah Eratkan Jalinan  yang menampilkan pelbagai genre program seperti telefilem, komedi, muzikal, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi dan filem sudah disusun untuk siaran secara berselang seli tanpa henti bagi memenuhi kehendak penonton. 


Jom kita terjah antara program menarik Hari Raya yang bakal disiarkan mengikut saluran adalah seperti berikut:


Astro Ria (saluran 104)

  • KL Gangster 18 Ogos, pukul 9 malam (Filem)
  • Mega Raya 2012 18 Ogos, pukul 11 malam (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
  • Khurafat 19 Ogos, pukul 12.30 t/ malam (Filem)
  • Propaganza Edisi Raya 19 & 26 Ogos, pukul 12 t/ hari (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
  • Nusantara Raya Safee Sali 20 Ogos, pukul 6 petang (Realiti)
  • Apa Dah Jadi 20 Ogos, pukul 10 pagi (Telefilem)
  • Opocot Latahnya Raya 2 21 Ogos, pukul 1 petang (Komedi)
  • Nenek Bongkok Tiga 1 September, pukul 10 malam (Telefilem)


Astro Prima (saluran 105)

  • Kasih Andak 19 Ogos, pukul 12 t/ hari (Telefilem)
  • Raya Hafiz Raya 19 Ogos, pukul 2 petang (Hiburan)
  • Siapa Dapat Lisa 20 Ogos, pukul 12 t/ hari (Telefilem)
  • Hati Seorang Wanita 23 Ogos, pukul 12 t/ hari (Telefilem)
  • Konsert Reunion Pop Yeh Yeh 23 Ogos, pukul 2 petang (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
  • Aku Janda Belum Kaya 24 Ogos, pukul 12 t/ hari (Telefilem)


Astro Oasis (saluran 106)

  • Destinasi Prihatin Ustazah Pilihan 19 & 20 Ogos, pukul 6.30 petang (Kembara) * siaran serentak di Mustika HD (134)


Astro Ceria (saluran 611)

  • Upin & Ipin Raya setiap hari minggu pertama Syawal, pukul 12.25 t/ hari & 6.55 petang (Animasi)
  • Ceria Berhari Raya S3 setiap hari sepanjang bulan Syawal, pukul 7.30 malam (Hiburan)


Astro Warna (saluran 132)

  • Karoot Komedia X Raya 24 Ogos, pukul 10 malam (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
  • Lawak Ke Der? 25 Ogos, pukul 9 malam (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)


Astro Mustika HD (saluran 134)

  • Konsert Wings: Best of Rock 19 Ogos, pukul 10 malam (Hiburan)
  • Adam & Hawa setiap Isnin-Khamis bermula 27 Ogos, pukul 10 malam (Drama bersiri)


Pendek kata, korang tak yah keluar rumah lah ek, asyik duk mengadap TV je beraya ni. Ish ish, janganlah sampai macam tu ya. Jangan lupa untuk ziarah menziarahi sesama kita di hari raya nanti ya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan Lee Chong Wei VS Lin Dan Live Final Sukan Olimpik Badminton 5 Ogos 2012




Keputusan Lee Chong Wei VS Lin Dan live Final Sukan Olimpik acara badminton 5 Ogos 2012 menyaksikan Lee Chong Wei kalah 21-15,10-21,19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan yang mendebarkan.


Pada set pertama Lee Chong Wei beraksi cemerlang menewaskan Lin Dan 21-15 namun segalanya berubah di set kedua apabila Chong Wei tewas mudah 10-21.


Set penentuan menyaksikan 2 jagoan dunia ini saling kejar mengejar antara 1 sama lain sehinggalah kedudukan berpihak kepada Chong Wei 18-16 namun rezeki berpihak kepada Lin Dan apabila menamatkan permainan 19-21 sekaligus merangkul pingat emas.


Lee Chong Weri terpaksa berpuas hati dengan pingat perak ke 2 Olimpik. Apa-apa pun Tahniah kepada Chong Wei yang telah berjuang sehingga ke titisan peluh yang terakhir....



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Lee Chong Wei VS Lin Dan live Final Sukan Olimpik acara badminton 5 Ogos 2012 akan di ketahui sebentar lagi. Keputusan pertembungan Lee Chong Wei VS Lin Dan amat penting penentuan pingat emas Olimpik 2012.


Untuk rekod, Lee Chong Wei menundukkan Cheng Long pada separuh akhir manakala Lin Dan menewaskan Lee Hyun Ill untuk melangkah ke perlawanan akhir. 


Pada Sukan Olimpik 2008, Lin Dan memenangi pingat emas Olimpik apabila menewaskan Chong Wei di pentas final. Lin Dan merangkul pingat emas manakala Chong Wei terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.


Perlawanan  Lee Chong Wei VS Lin Dan live Final (Akhir) Sukan Olimpik acara badminton 5 Ogos 2012 akan disiarkan secara langsung (live) di TV1 dan Astro Arena saluran 801. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan @ result Lee Chong Wei VS Lin Dan akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Senarai harga barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2012 akan dikuatkuasakan mulai 12 Ogos hingga 26 Ogos 2012 di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2012. 


Maklumlah Hari Raya Aidilfitri 2012 kan dah dekat oleh itu permintaan terhadap bahan asas makanan meningkat 2 kali ganda berbanding hari biasa.


Apabila permintaan melebihi penawaran ini akan mengakibatkan peniaga mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan lebih dengan menaikkan harga barangan.


Oleh itu memang tepat pada masanya skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Puasa 2012 di laksanakan setiap kali hari raya. Jom kita terjah senarai harga 20 barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2012 ini :- 

  • Ayam hidup : RM5.70
  • Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal : RM6.80
  • Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal : RM7.60
  • Daging lembu tempatan : RM22.00
  • Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja : RM24.00
  • Daging kerbau tempatan : RM21.00 
  • Daging kerbau import India : RM13.50
  • Telur ayam gred A : RM0.35 sen
  • Telur ayam gred B : RM0.34 sen 
  • Telur ayam gred C : RM0.33 sen
  • Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing : RM3.20
  • Cili merah : RM10.00
  • Tomato : RM4.50
  • Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit sahaja : RM6.00
  • Kacang tanah import : RM6.50
  • Bawang merah kecil India : RM5.00
  • Bawang besar import : RM2.50
  • Bawang putih China : RM7.50
  • Ubi kentang import China : RM3.00
  • Ikan kembung : RM12.00

Yang pasti tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap peniaga atau pemborong yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini. 


Kementerian juga sudah memberi JAMINAN yang barangan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini mencukupi. Oleh itu tak perlulah kita membuat pembelian secara panik kerana ini juga boleh menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.


Apa-apa pun yang penting adalah sentiasalah membuat semakan senarai harga barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2012 untuk mengelakkan dari ditindas oleh peniaga. Sama-samalah kita menjadi pengguna yang BIJAK !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Cuti umum Nuzul Quran pada 6 Ogos 2012 (Isnin) ini adalah untuk negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu sahaja. 


Ini bermakna negeri-negeri lain tidak bercuti pada 6 Ogos 2012 ini. Hanya 7 negeri ini sahaja yang akan bercuti selama 3 hari dari 4 Ogos - 6 Ogos 2012 (cuti hujung mingggu + cuti umum).


Pastinya cuti 3 hari ini digunakan sepenuhnya rakyat di negeri tersebut untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang 2 minggu lagi.


Mungkin jua ada yang pulang ke kampung halaman berpuasa bersama keluarga tersayang dan ada yang menggunakan kesempatan ini untuk membeli belah membeli barangan dan pakaian untuk berhari raya.




Bagi penduduk negeri Selangor pastinya menggunakan kesempatan ini untuk berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur untuk membeli belah. 


Maklumlah tempat tersebut mempunyai banyak pilihan untuk membeli pakaian Hari Raya dan juga murah selain mengambil kesempatan ketidaksesakkan di Kuala Lumpur pada hari berkerja.


Selamat Menyambut cuti Nuzul Quran buat semua penduduk negeri yang mendapat cuti. Kepada penduduk negeri lain yang tidak mendapat cuti ini jangan jeles pula ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Imam Muda Jabar Juara (Pemenang) Imam Muda Musim Ke 3 !



Imam Muda Jabar muncul Juara (pemenang) Imam Muda Musim Ke 3 !  Imam Muda Jabar muncul Juara Imam Muda 3 dalam malam Kemuncak Imam Muda 3 dan telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.


Tempat kedua milik Imam Muda Hafiz yang membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala. 


Tempat ketiga menjadi milik Imam Muda Naufal  memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.


Kemuncak Imam Muda ini telah bersiaran langsung (live) dari Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi  dan disiarkan di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) bermula 9.00 malam 3 Ogos 2012. 




Tahniah buat Imam Muda Jabar yang muncul juara @ pemenang Imam Muda Musim ke 3 2012. Semoga beliau  mampu memikul tanggungjawab berdakwah dan menjadi  ikon kepada masyarakat dan remaja hari ini...  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan Lee Chong Wei VS Chen Long Live Sukan Olimpik Separuh Akhir Badminton 3 Ogos 2012



Keputusan Lee Chong Wei VS Chen Long Live Sukan Olimpik Separuh Akhir Badminton 3 Ogos 2012 menyaksikan Lee Chong Wei menang 21-13, 21-14 ke atas Chen Long dalam perlawanan yang mendebarkan.


Ini bermakna Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki dan akan menentang Lin Dan atau di pentas final. 


Tahniah Lee Chong Wei ! Semoga Lee Chong Wei mampu menghadiahkan sebutir pingat emas pertama Olimpik untuk Malaysia


P/S : Jika Lee Chong Wei menang emas maka rakyat akan menikmati ais krim Baskin Robin secara percuma..




Berita selanjutnya akan menyusul.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Kumpulan Piala Malaysia 2012



Keputusan undian kumpulan Piala Malaysia 2012 telah di adakan baru-baru ini. Inilah dia keputusan undian kumpulan Piala Malaysia 2012 :-


Kumpulan A
  • Lion XII
  • PKNS
  • Johor FC
  • Johor



Kumpulan B
  • Kelantan 
  • Terengganu 
  • Kedah 
  • ATM



Kumpulan C
  • Perak
  • Negeri Sembilan 
  • Felda United 
  • Sime Darby



Kumpulan D
  • Selangor
  • T-Team
  • Sarawak 
  • Pahang



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget