Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dapat Hadiah Menghadiri Majlis Perkahwinan Di Johor



Pada 4 dan 5 Februari 2011 baru-baru ini saya sempat menghadiri Majlis Perkahwinan sahabat blogger kita iaitu Eshegurl di Kota Tinggi, Johor


Majlis akad nikah di adakan lepas isyak pada 4 Februari lalu. Actually dah lama tak datang Johor. Last pergi kira-kira 10 tahun lalu. Sebab itu excited nak pergi. 


Dan baru-baru ini si pengantin telah memberi hadiah kepada kawan-kawannya termasuk saya. Hadiahnya ialah kerepek-kerepek dan cup cake dari johor. Terima kasih ya..




Semuanya sedap-sedap belaka. Kalau beri pada orang bujang memanglah semuanya sedap. Orang-orang Johor semuanya melayan kami dengan baik...


Ingatkan nak letak gambar pengantinnya di sini tapi rasanya si pengantin tak izinkanlah. Kalau nak tahu siapakah pengantin itu bolehlah baca blog beliau di http://reallywannasee.blogspot.com/.


Selamat pengantin Baru Siti Rusyidah & Abdul Rahman dan Nur Fadzliana & Muhammad Saufi. Semoga kekal ke anak cucu...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



LATEST UPDATE


Nampaknya peluang melihat Arsenal menjulang trofi setelah 6 tahun musnah apabila Arsenal tewas mengejut 1-2 kepada Birmingham City di Stadium Wembley.


Sejak awal permaianan dapat dilihat Arsenal menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus Robin Van Persie, Andrei Arshavin dan Samir Nasri.




Birmingham terlebih dahulu mendahului melalui tandukan Nikola Zigic pada minit ke 28 namun Arsenal pantas membalas hasil jaringan Robin Van Persie pada minit ke 39.


Separuh masa kedua, Arsenal masih buntu membolosi kubu Birmingham. Kemasukan Niklas Bentdner dan Maroune Chamakh tidak banyak membantu jentera depan Arsenal




Kesilapan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dan Laurent Koscielny pada minit ke 89 membolehkan Obefemi Martins mudah menolak bola masuk ke gawang Arsenal.




Gol itu terus memisahkan kedua-dua pasukan sehingga wisel penamat ditiupkan.Kepada peminat Arsenal, jangan sedih, Arsenal masih ada 3 piala untuk di buru musim ini.


PREVIOUS ENTRY




Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan @ result Arsenal VS Birmingham City Live Carling Cup Final 2011 pada 27 Februari 2011 ini kan. 


Perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley ini adalah peluang terbaik Arsenal untuk memenangi piala setelah 6 tahun tidak memenangi sebarang piala. 


Menurut sumber, Cesc Fabregas dan Theo Walcott tidak dapat beraksi untuk Arsenal akibat dilanda kecederaan. Robin Van Persie pula di jangka beraksi untuk perlawanan ini.




Skuad Birmingham pula kehilangan Alaxander Hleb (bekas pemain Arsenal) manakala David Bentley, Curtis Davies dan Colin Doyle di jangka dapat beraksi. 


Jangan lupa saksikan perlawanan Arsenal VS Birmingham City live Carling Cup final di Astro Supersport 3 channel 817 jam 11.55 pm 27 Februari 2010. Keputusan Perlawanan ini akan di upadate di blog ini sejurus perlawanan tamat..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Pada tanggal 26 Februari 2011, telah berlangsungnya majlis pernikahan Shuib Sepah dan Siti Sarah Raisudin. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. 


Majlis dihadiri kira-kira 200 orang tetamu. Wang hantaran dirahsiakan dan dulang hantaran ialah 5 berbalas 7.


Inilah gambar yang sempat di rakam pada majlis pernikahan Shuib Sepah dan Siti Sarah Raisudin. 


 (credit to buddiey.com)






Tahniah kepada Shuib Sepah dan Siti Sarah Raisudin. Semoga kekal ke akhir hayat hendaknya..


P/S : Banyak menerima jemputan perkahwinan pada 12 dan 13 March 2011 ini. Tak tahu nak pergi yang mana satu...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Jawab Soalan Dapat Hadiah



Baru-baru ini dapat hadiah ketika menghadiri sebuah kelas. Bukan hadiah dari secret admirer tapi hadiah sebab dapat jawab soalan yang di tanya dengan tepat.


Bukan saya seorang sahaja yang dapat hadiah ni. Ada lagi 5 orang lagi yang menjawab soalan dengan tepat turut dapat hadiah ni. Hadiahnya diletak dalam beg kertas orang kenduri kahwin.




Inilah hadiah yang saya dapat iaitu sarung handphone dan bekas pensil. Hadiah ini adalah hasil kraftangan penduduk negeri Sarawak. Yang bagi hadiah ini orang Sarawak. 


Terima kasih la kepada yang sudi bagi hadiah ni. Moral of the story, jangan malu-malu nak jawab soalan dalam kelas. Mana tahu ada hadiah...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



Pada 3 March 2011 ini, Naza Kia Malaysia akan melancarkan 2 model terbaru iaitu Forte Koup dan Forte sedan dengan 6 kelajuan berbanding 4 kelajuan sebelum ini.


Forte Koup dan Forte sedan itu  merupakan kereta 2 pintu pertama seumpamanya yang menawarkan gaya, teknologi dan ciri-ciri keselamatan pada model terkini.




Model yang dipertingkatan ini menampilkan ciri-ciri seperti transmisi automatik 6 kelajuan, sambungan Bluetooth dan kamera pandang belakang.


Forte Koup dilengkapkan dengan 2 liter enjin 4 silinder dan ciri-ciri mewah lain. 



Forte 6 kelajuan pula merupakan model yang dipertingkatkan dari model asal yang menampilkan lampu signal LED pada cermin sisi, gril depan baru dan lain-lain yang didatangkan dalam 3 varian iaitu 1.6EX dand SX dan 2.0SX.


Harga kesemua model ini akan diumumkan pada 3 March 2011 nanti. Bagi yang berhasrat yang nak beli kereta tu, mungkin Forte Koup dan Forte Sedan ini ada ciri-ciri kereta yang anda cari...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



Masih ingat lagi dengan entri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Raub Pahang 2011  pada 5 Februari 2011 baru-baru ini? 



Untuk makluman, selepas menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, daerah raub sekali lagi menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia kali ini anjuran Raub Australian Gold Mining (RAGM) pada 12 Februari 2011. 




Inilah banner Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia - RAGM yang terpampang di Dataran daerah Raub Pahang yang mengalu-alukan kedatangan seluruh penduduk Raub ke sambutan ini.



Tetamu istimewa pastinya Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang sudi mencemar duli turun ke daerah Raub untuk merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia - RAGM.




Di Rest House inilah Tuanku Sultan Pahang beristirehat sementara menunggu upacara Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia - RAGM 2011 bermula. 




Inilah dia pengacara pada majlis itu, Zakiah Anas dari TV3. Antara selebriti yang memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina ini ialah M. Nasir, Alleycats dan Datuk Siti Nurhaliza.








Suara gemersik ketiga-tiga ikon tanahair ini bergema di bumi Raub. Mereka menyampaikan lagu popular mereka dan mendapat sorakan peminat fanatik yang tak henti-henti. 




Inilah dia acara kemuncak di mana kesemua selebriti dan penari tradisional bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik beramai-ramai. 



Tuanku Sultan Pahang tidak ketinggalan menyampaikan 1 lagu popular bertajuk Widuri dari  Broery Marantika. 




Sebelum meninggalkan majlis, Sultan Pahang sempat bersalaman dengan hadirin yang hadir. Sultan Pahang terpaksa pulang awal kerana ingin menziarahi Allahyarham Datuk Zaharuddin (ADUN Kerdau) yang meninggal dunia pada petang itu. 


Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menaikkan taraf ekonomi masyarakat daerah Raub. Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Latest Update 


Malaysia mendahului Pakistan 1-0 hasil jaringan Wan Zahrulnizam pada minit ke 3 permainan. 1 permulaan baik untuk anak buah Ong Kim Swee.


Malaysia memperoleh gol kedua menerusi Mohd Irfan Fazail melalui sepakan dalm kotak penalti pada minit ke 45 sementara itu Ansar Abbas (Pakistan) di buang padang kerana menyepak Khairul fahmi.


Nampaknya pada separuh masa pertama Malaysia mendominasi permainan. Banyak percubaan yang dilakukan ke gawang Pakistan.




Walaupun menentang Pakistan yang bermain 10 orang, malaysia gagal menjaringkan gol pada separuh masa kedua. Banyak percubaan hanya sia-sia sahaja.


Secara keseluruhan Malaysia bermain cemerlang cuma tumpul di bahagian hadapan. Mungkin boleh di perbaiki lagi. Apa-apapun tahniah Malaysia menang 2-0 ke atas Pakistan.


Previous Entry


Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu keputusan @ result Malaysia VS Pakistan Live 1st leg kelayakan Olimpik pada 23 Februari yang berlangsung di Stadium Shah Alam ini kan.


Untuk rekod, Malaysia berada di ranking FIFA 140 manakala Pakistan pula berada di tangga 171. Barisan pemain Malaysia yang akan beraksi nanti adalah pemain-pemain dari Harimau Muda A.


Pakistan bakal menamakan beberapa pemain yang berpangkalan di kelab Eropah seperti penjaga golnya, Naiman Khan (Sepanyol) dan Yousuf Butt (Sweden) untuk menentang malaysia.




Malaysia mempunyai kelebihan di tempat sendiri, perlu dimanfaatkan sebaiknya. Apa - apa pun percaturan dari jurulatih dan strategi bakal menentukan siapakah pemenang perlawanan ini.


Anda boleh saksikan perlawanan ini secara live  jam 8.30 malam di Astro Arena saluran 801 dan RTM 1 (kalau ada). Keputusan @ result perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Proton Exora FL



Inilah dia gambaran Proton Exora FL yang dihasilkan oleh Theopilus Chin setelah sebuah model Proton Exora FL kelihatan dan berjaya dirakam di sebuah R & R awal Januari 2011.   


Rekaan dan perubahan yang di bawa oleh Proton Exora FL kelihatan lebih exclusive dan berkuasa tinggi. Sasaran pengguna model ini ialah golongan muda yang mementingkan kereta yang berkuasa tinggi.  




Inilah imej yang berjaya dirakam. Beberapa bahagian penting Proton Exora FL terpaksa di tutup dengan tape hitam bagi mengelakkan di ketahui umum.




Kelihatan di sini ialah bumpar depan dan gril yang berwajah baru. Nampak menarik juga, tambahan pula reka bentuk bumper depan dan gril Proton Exora Turbo memang sporty.




Inilah rupa bahagian belakang model Proton Exora FL.Rasanya tak banyak perubahan yang di lakukan dari model asal.


Tidak dapat di pastikan lagi sama ada model Proton Exora FL ini akan di lancarkan atau tidak. Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu pengumuman dari Proton sendiri.. 


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



Inilah dia Masjid Al-Khalidiah di Permatang Pasir Sungai Petani, Kedah iaitu masjid yang dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K melalui Yayasan Nurjiwa.


Masjid Al-Khalidiah dibina dengan kos berjumlah RM1.7 juta dan pembinaannya bermula pada 2009 dan siap akhir tahun lalu bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896.


Jom kita lihat Masjid Al-Khalidiah ini dengan lebih dekat :- 


 
Inilah dia nama dan alamat masjid  yang tertera di hadapan pintu utama Masjid Al-Khalidiah




Permandangan Masjid Al-Khalidiah dari jauh yang dikelilingii pusara




Orang ramai membanjiri Masjid Al-Khalidiah ketika upacara perasmiannya




Sultan Kedah berkenan mencemar duli bagi merasmikan masjid Al-Khalidiah ini.



Ini pula gambar ruang dalaman dan mimbar Masjid Al-Khalidiah ini


Tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K yang telah  mendirikan masjid untuk kegunaan orang ramai sebagai 1 tanggungjawab sosial kepada masyarakat.


Semoga selepas ini lebih ramai ahli korporat dan orang kenamaan muncul menyumbang sesuatu sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Amiin...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Dividen KWSP 2010 : 5.8%



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8% bagi tahun kewangan  2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65% yang dibayar pada 2009.

 
Untuk rekod, ia merupakan bayaran dividen KWSP tertinggi yang pernah dicapai iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55% berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.


Jom kita terjah rekod kadar dividen KWSP sebelum ini :- 




Pencapaian ini menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar KWSP mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

 
Ia merupakan peningkatan 39.76% berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009

 
Pengcarum KWSP boleh mendapatkan penyata kira-kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter dan i-Akaun mulai 21 Februari 2011.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Memang sukar mengetahui apa isi hati setiap wanita. Ada kalanya ingin A tapi besoknya  berubah jadi B. Ini menyebabkan kebanyakan lelaki menjadi pening.


So bagaimana nak tahu rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hatinya? Jom kita terjah rahsia wanita yang lelaki perlu tahu :- 


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hati.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).


4. Jika sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fkirannya walaupun ketika dia sedang bersama dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.


8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak senang dan tak sampai sepuluh minit,semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.


13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Setelah sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati sorang gadis,bacalah buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelakinya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!


22. Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk dekat dengan kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.


26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantis).Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya.So,kalau mahu memikat wanita pandai-pandailah..


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerena apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Selamat Maju Jaya !


Dr. Love


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



Masih ingat dengan entri Keputusan @ Pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) 18 Februari 2011 ? yang di siarkan baru-baru ini.


Untuk maklumat, entri itu hanya menyiarkan keputusan @ pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) untuk 31 anugerah sahaja pada 18 Februari 2011.


Inilah dia keputusan @ pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) 19 Februari 2011 iaitu pada malam kemuncak yang menawarkan lagi 20 anugerah berprestij :- 


1. DJ Radio Wanita Terbaik : Roslinda Abdul Majid Suria FM


2. DJ Radio Lelaki Terbaik : Chong Kiat Ang RTM


3. Penyampai Berita Radio Terbaik : Wan Sharina Bernama Radio 24


4. Penyampai Berita TV Terbaik : Ashwad Ismail Astro Awani


5. Pengulas TV Terbaik : Mohamad Hafizal Ahmad – Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea TV1


6. Pengacara TV Terbaik : Sarimah Ibrahim – Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 Astro Ria


7. Majalah TV Terbaik : Agrotek Kelapa Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi


8. Rancangan Realiti TV Terbaik : Showdown 2010 8TV


9. Candawara Gameshow TV Terbaik : Jangan Lupa Lirik Astro Ria


10. Hiburan TV Muzikal Terbaik : Shout! Awards 8TV


11. Dokumentari TV Terbaik : Malaysia My Home Sabah & Sarawak Astro AEC


12. Buletin Berita TV Terbaik : Awani 7:45 Astro Awani


13. Anugerah Khas Juri : Ashwad Ismail Astro Awani


14. Komedi TV Terbaik : Saham Neraka


15. Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik : Ebi Yus – Masak Lomak Cili Padi


16. Skrip Drama TV Terbaik : Perempuan Jasmina Ibrahim TV2 RTM


17. Pelakon Drama Wanita TV Terbaik : Elaine Daily


18. Pelakon Drama Lelaki TV Terbaik : Fauzi Nawawi


19. Anugerah Tokoh Penyiaran Swasta : Yg Berhormat Mohd Effendi Nawawi


20. Anugerah Tokoh Seri Angkasa : Datuk Abdullah Muhammad


Tahniah kepada semua pemenang. Semoga dengan adanya Anugerah Seri angkasa ini, ia kan meningkatkan daya saing dan mutu kerja penggiat seni tanah air...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) membuka tirai dengan menyaksikan sebanyak 31 anugerah dipertandingkan. Keputusan @ pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) telah pun diumumkan.


Bertemakan Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA2010 telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi (18 Febuari 2011).




ASA2010 diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 18 Februari (rakaman) dan 19 Februari (siaran langsung). Siaran langsung boleh diikuti serentak menerusi TV2, TV9 dan Astro Prima pada jam 8.30 malam.


Jom kita terjah senarai keputusan @ pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) pada 18 Februari 2011:-


1. Anugerah Kapsul Radio Terbaik: Kempen Kebersihan/Pelancongan Dan Keselamatan (Negeri FM)


2. Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik: Ahmad Zaini Ahmad Norbi - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)

3. Anugerah Rekaan Set TV Terbaik: Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM-TV2)

4. Anugerah Promo / Montaj / Teaser TV Terbaik: Astro Arena Channel I.D (Astro Arena)

5. Anugerah Audio Rancangan TV Terbaik: Songkok (RTM-TV1)

6. Anugerah Buletin Berita Radio Terbaik: Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

7. Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)

8. Anugerah Pengulas Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)

9. Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik: Anuar Ahmad - Songkok (RTM-TV1)

10. Anugerah Jurukamera TV Terbaik: Dosa Semalam - Media Space Distribution Sdn Bhd (RTM-TV2)

11. Anugerah Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)

12. Anugerah Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)

13. Anugerah Kapsul TV Terbaik: Puan Zauyah Yusoff - Kapsul Ramadan (Muzik Aktif)

14. Anugerah Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik: Menggapai Harapan (RTM-TV1)

15. Anugerah Hiburan Radio Terbaik: Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)

16. Anugerah Bicarawara Radio Terbaik: Syezliza Basri - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)

17. Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik: A. Wahid Bin Nasir - Tasik (Klasik Nasional)

18. Anugerah Bicarawara TV Terbaik: Khadijah Abdul Gaffoor - Isu Khas Gaza (RTM-TV1)

19. Anugerah Animasi Tempatan TV Terbaik: Abus Episod 5 (RTM-TV1)

20. Anugerah Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik: Tom Tom Bak Musim 4 - Episod 1 (Astro Ceria)

21. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik: Hanis Kamal - Denai Berbisik (Astro Prima)

22. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik: Fadhilah Mansor - Sebelum Akhirat (TV3)

23. Anugerah Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik: Eyra Hazali - Anak-Anak Lorong (Astro Prima)

24. Anugerah Majalah Radio Terbaik: Feminin - Suara Malaysia (RTM)


25. Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik: Roslinda Binti Abdul Majid - Suria Cinta (Suria FM)

26. Anugerah Drama Radio Terbaik: Tasik - Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)

27. Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)


28. Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik: Elliza Abdul Razak - Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)


29. Anugerah Liputan Berita TV Terbaik: Ashwad Ismail - Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro Awani)


30. Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik: Isu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur - Aminhayat Abd Rahim (TV9)


31. Anugerah Wartawan TV Terbaik: Hanim Muhili – Eksklusif 1 “Abuya” (RTM – TV1)


Jangan lupa saksikan  saksikan Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) pada 19 Februari  2011 secara langsung) di TV2, TV9 dan Astro Prima pada jam 8.30 malam untuk mengetahui keputusan @ pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) dalam kategori yang lain


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



Tarikh pilihanraya DUN Merlimau (N27) Melaka dan pilihanraya DUN Kerdau (N28) pahang telah di tetapkan pada 6 Mac 2011 iaitu secara serentak.


Tarikh penamaan calon pula ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 26 Februari 2011 juga secara serentak di DUN Merlimau dan DUN Kerdau. 




Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.


Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.




Kawasan DUN Kerdau Pahang  mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89% Melayu, 6% Cina, 3.7 % India dan 2.5% kaum-kaum lain.


Jom kita terjah pula jumlah pengundi di DUN Merlimau Melaka mengikut pecahan kaum.




Dun Merlimau Melaka terdiri daripada Melayu 64.69%, Cina 21.11%, India 14.16% dan lain-lain 0.04%. 


Ada baiknya juga pilihanraya DUN Kerdau dan DUN Merlimau di adakan serentak. Sekurang-kurangnya kita dapat tahu kekuatan sebenar parti-parti politik bila tumpuan bukan sahaja pada sesuatu kawasan.


P/S : Pening la kepala si 'santa claus' bila ada 2 kawasan yang melambai-lambai ke arahnya...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget