Baru-baru ini aku menyiarkan entri tentang cacing 3 seberat kg yang berjaya dikeluarkan dari tubuh seorang kanak-kanak di Bandung, Indonesia. Tak sangka entri itu mencapai terjahan luar biasa dari para bloggers.
Entri itu di siarkan sekitar 8 malam pada 2 Mei 2010. Jumlah trafik dari jam 8 - 10 malam mencecah hampir 50 orang dan jumlah visitors pula mencecah hampir 150 orang secara keseluruhan!
Entri itu di siarkan sekitar 8 malam pada 2 Mei 2010. Jumlah trafik dari jam 8 - 10 malam mencecah hampir 50 orang dan jumlah visitors pula mencecah hampir 150 orang secara keseluruhan!
Bagi aku ini adalah salah satu rekod peribadi. Aku tak membandingkan pencapaian aku dengan blogger yang lain. Lain blog lain peminat kan. Siapalah aku jika hendak di bandingkan dengan bloggers ternama lain seperti Redmummy, Enriqazz, Hanis Zalikha,Cik Epal dan lain-lain. Aku cuma bertanding dengan diri sendiri.
Hmm ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini suka akan berita-berita sensasi untuk sajian mereka. Kalau cerita berkaitan dengan pendidikan, pengetahuan am dan isu-isu semasa memang kurang mendapat perhatian.
Tapi aku memandang perkara ini dari sudut positif. Mungkin ramai yang suka membaca entri yang 'ringan' setelah penat dengan urusan seharian. Maklumlah dari pagi sibuk di ofis dan yang mana yang masih belajar tu tentunya penat memerah otak di kuliah sepanjang hari.
Adios~~~~
Mungkin ini cara anda beristeriistirehat dan beriadah. Tak kisah lah macam mana bentuk entri kegemaran anda. Yang penting kita punya satu tanggungjawab untuk memeriahkan dunia blogging ini. Teruskan usaha anda menghasilkan karya-karya yang bermutu..
Adios~~~~