Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dah Terima RM 10 000 !!!


Setelah sekian lama aku menunggu akhirnya penantian hampir 2 bulan telah berakhir apabila aku telah menerima RM 10000 seperti yang di janjikan. Yahoo !!!

Terasa dunia ini aku yang punya. Tak sangka mereka sanggup menawarkan aku jumlah sebanyak RM 10000 ini. Atas kriteria apakah mereka memilih aku? Adakah di sebabkan hasil penulisanku atau visitors yang meningkat saban hari?

Aku bukanlah nama besar dalam industri ini tetapi nilai RM 10000 itu membuatkan aku hampir sama taraf  dengan pendapat blog Redmummy untuk sebulan. Adakah aku dah sama taraf dengan Redmummy?

Tak kiralah sama taraf ke tak sama taraf. Pokoknya aku dah terima RM 10000 ini. Kalau tak percaya lihatlah resitnya di bawah ini.


Hahaha pasti anda sangka aku di taja mana-mana syarikat untuk menulis entri berkaitan produk atau perkhidmatan yang dipasarkan. Sebenarnya TIDAK SAMA SEKALI (walaupun teringin).

Sebenarnya ini adalah resit yuran pengajianku. Aku ditawarkan geran biasiswa di bawah Mini Bajet  2009 daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat Master.

Wang RM 10000 itu pula tidak diserahkan kepadaku tetapi diserahkan secara terus kepada Universiti  untuk menampung yuran pengajian.


Lega rasanya apabila duit itu dah di terima dan resit itu adalah buktinya. Sekarang ini aku tak perlu fikir pasal yuran pengajian lagi. Aku boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Terima Kasih Kementerian Pengajian Tinggi yang sudi menaja aku ini. Kalau ada lagi peruntukan geran  biasiswa untuk ke peringkat PHD pasti aku akan apply lagi  :-) 

Adios~~~~

Comments
8 Comments

8 comments:

Anonymous said...

waaahh banyaknya. Tahniah.. lepas ni belajar rajin2 =)

Ken Wooi said...

lol.. rm10k is alot! =D

Mindbreaking said...

waaahhhh bestnyer...

FatinNad said...

tak kesah la duit 2 dapat pada sape. asalkan dapat sambung belajar lagi. syoknye :)

ejaMaria said...

ahhh... jgn malas belajar pulak... yuran dah bayar...
(ayat suara garang... ala-ala mak tiri :)

lulu said...

la..ingatkan dapat cash 10k..terkejut jugak! hahaha

well, rajin2 blaja ek..teringin nak sambung master jgk =)

Bukan Eciz said...

bestnya dpt duit. nak sikit..

NISECA suka merapu

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

bestnye dapat biasiswa
klu i blajar leklok dulu mesti leh biasiswa jgk
UIA?
rindu nk lepak kt kafe aikol makan nasi ayam.huhuhuhu

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget