Setelah sekian lama aku menunggu akhirnya penantian hampir 2 bulan telah berakhir apabila aku telah menerima RM 10000 seperti yang di janjikan. Yahoo !!!
Terasa dunia ini aku yang punya. Tak sangka mereka sanggup menawarkan aku jumlah sebanyak RM 10000 ini. Atas kriteria apakah mereka memilih aku? Adakah di sebabkan hasil penulisanku atau visitors yang meningkat saban hari?
Aku bukanlah nama besar dalam industri ini tetapi nilai RM 10000 itu membuatkan aku hampir sama taraf dengan pendapat blog Redmummy untuk sebulan. Adakah aku dah sama taraf dengan Redmummy?
Tak kiralah sama taraf ke tak sama taraf. Pokoknya aku dah terima RM 10000 ini. Kalau tak percaya lihatlah resitnya di bawah ini.
Hahaha pasti anda sangka aku di taja mana-mana syarikat untuk menulis entri berkaitan produk atau perkhidmatan yang dipasarkan. Sebenarnya TIDAK SAMA SEKALI (walaupun teringin).
Sebenarnya ini adalah resit yuran pengajianku. Aku ditawarkan geran biasiswa di bawah Mini Bajet 2009 daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat Master.
Wang RM 10000 itu pula tidak diserahkan kepadaku tetapi diserahkan secara terus kepada Universiti untuk menampung yuran pengajian.
Lega rasanya apabila duit itu dah di terima dan resit itu adalah buktinya. Sekarang ini aku tak perlu fikir pasal yuran pengajian lagi. Aku boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Adios~~~~

Terima Kasih Kementerian Pengajian Tinggi yang sudi menaja aku ini. Kalau ada lagi peruntukan geran biasiswa untuk ke peringkat PHD pasti aku akan apply lagi :-)
Adios~~~~