Menurut laporan Espnstar.com, Arsenal telah melengkapkan perpindahan secara percuma penyerang Bordeaux, Marouane Chakmakh selepas berbulan-bulan pemain ini di kaitkan dengan perpindahan ke kelab London itu.
Pemain berusia 26 tahun yang berasal dari Maghribi itu telah pun tamat kontrak dengan Bordeaux. Menurut Chakmakh, impiannya untuk beraksi dengan kelab utama Liga Inggeris telah pun menjadi kenyataan.
Chamakh menjadi kunci utama kejayaan Bordeaux yang memenangi trofi liga Perancis pada 2009 dan meninggalkan kelab itu dengan rekod 79 gol dalam 293 perlawanan.
Jersi bernombor 29 telah diberikan kepada Marouane Chakmakh. Nampaknya Arsenal telah pun memiliki rangkaian penyerang yang berkualiti. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada Arsene Wenger dalam memilih penyerang untuk setiap perlawanan.
Pastinya Robin Van Persie, Carlos Vela, Nicklas Bentner, Andrey Arshavin dan Eduador tidak dapat lagi duduk senang dengan berita ini kerana mereka harus merebut tempat di posisi penyerang utama The Gunners.
Nampaknya Arsene Wenger dah memulakan persiapan memperkuatkan pasukan menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris. Bagaimana pula pasukan lain? Mari kita sama-sama nantikan perkembangan mereka...

Adios~~~