Agak mengejutkan dengan pendedahan dari Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa kira-kira 45 000 kakitangan awam menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit.
Ada yang di antara mereka menipu untuk mendapatkan sijil ini untuk melakukan kerja sampingan. Dan mungkin juga ada yang sengaja mahu bercuti.
Mereka ini boleh di turunkan pangkat dan di berhentikan kerja jika di dapati bersalah.
Sebenarnya, perlu ada kajian mengapa mereka ini menipu untuk mendapatkan cuti sakit. Adakah kerana cuti sedia ada tidak mencukupi atau sukar mendapat cuti. Mungkin juga mereka sudah mula bosan untuk berkerja.
Apa-apa pun itu cuma pandangan aku sahaja. Yelah dari menghukum lebih baik mencari punca permasalahan ini. Iye tak? Apa pula pendapat anda?
Adios~~~