Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Fakta Menarik Tentang Filem Kungfu Cina


Semalam aku menyiarkan fakta menarik tentang filem tamil. Kali ini aku nak berkongsi fakta menarik tentang filem kungfu cina pula. Harap anda terhibur..

  • Bapa hero mesti bernasib malang dan dibunuh musuhnya semasa hero masih kecil menyebabkan si hero hidup yatim piatu
  • Apabila seseorang lelaki itu cedera parah, dia pasti sempat mengucapkan beberapa perkataan untuk memberitahu siapa pembunuhnya dan kemudian mati.
  • Pahlawan-pahlawannya boleh terbang melepasi bumbung, berlari panjat pokok dan melompat dari 1 bukit ke bukit yang lain. Yang anehnya bila hendak ke mana-mana pahlawan-pahlawan ini akan menaiki kuda atau berjalan kaki.
  • Hero biasanya miskin, papa kedan dan dalam keadaan genting pasti ada sekeping dua duit emas atau perak dalam kasutnya atau lipatan kainnya. Itulah duitnya yang terakhir.
  • Hero dan penjahat selalu terserempak tidak kira betapa besarnya dunia ini dan di mana mereka berada.  
  • Cukup mudah untuk menyembuhkan luka. Cuma duduk silang kaki, tekap tangan pada luka kemudian keluar asap berkepul-kepul dari tapak tangannya. Terus sembuh! Fuhh.. magik betul.. 
  • Boleh simpan bermacam-macam benda dalam lengan baju dan tali pinggang. Yang anehnya, benda-benda itu tidak jatuh walaupun selasak mana si hero itu. 

Jika anda tidak percaya akan fakta-fakta ini, cubalah tonton semula filem kungfu era 80an dan awal 90an yang banyak dilakonkan oleh Jackie Chan..

Adios~~~


Comments
2 Comments

2 comments:

Unknown said...

Read this somewhere before this.. ><

ISZA said...

dah lama x tengok filem kungfu cina, tambah2 bila ada anak.. asyik kartun3..
:)

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget