Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Lagi Penyanyi Nasyid Sertai AF - Apa Dah Jadi?


Dulu ketika Akademi Fantasia (AF) musim ke 3, kita dapat lihat insan bernama Mawi yang mempunyai latarbelakang agama telah di angkat menjadi juara AF3.

Kemudian seorang penyanyi nasyid kumpulan Far-East, Faisal pula mencuba nasib dalam AF6 tetapi nasib tidak menyebelahinya. Apa rahsia disebalik penyertaannya dalam AF mungkin hanya Allah dan Faisal sahaja yang mengetahuinya.

Kini seorang lagi penyanyi nasyid dari kumpulan Saujana khabarnya telah dipilih untuk menyertai AF8. Apa dah jadi ni? Dah jadi trend ke penyanyi nasyid berubah arah? Tak boleh cari makan ke dengan nasyid sekarang ni?

Banyak betul persoalan yang timbul..


Menurut seorang rakan dakwah, kini kelompok pendakwah bukan hanya perlu berdakwah di masjid tetapi mensasarkan dakwah di tempat yang mana kelompok yang perlu dirawat. Aku terfikir adakah  pendekatan ini yang digunakan peserta ini untuk berdakwah?

Jika inilah hasratnya, aku mungkin boleh tabik dengan peserta ini, namun beliau perlu berdepan risiko pergaulan yang agak bebas antara lelaki dan perempuan dalam program realiti itu.

Aku juga tidak menolak kemungkinan  peserta ini  tidak lagi yakin dengan irama nasyid untuk dipertaruhkan untuk meneruskan bakat seni yang sedia ada.

Bagi aku bakat nasyid yang dimilikinya harus digunakan sebaiknya untuk menjadi anak muda yang meneruskan cita-cita penasyid terdahulu yang kini masih terus berdakwah seperti Munif Ahmad (Hijjaz), Nazrey Johaney (bekas Raihan) dan Ustaz Akhil Hayy Rawa.

Aku berharap agar peserta ini memiliki kekuatan untuk berdakwah di AF8 namun turut bimbang apakah dia mampu melaksanakan misi dakwah atau sebaliknya beliau akan didakwah dengan 'doktrin hiburan barat' yang kini mula membayangi artis-artis Malaysia.

Terpulang kepada kebijaksanaan dan sejauh mana keikhlasan peserta ini untuk meletakkan dirinya sebagai 'entiti' yang wujud untuk terus bernasyid atau memilih aliran bertentangan dengannya.

Adios~~~




Comments
7 Comments

7 comments:

jaya jr said...

macam2..fuh..

MrCongeniality said...

masing2 nak mencari nafkah/rezki.

itu musabab utama. dakwah dakwih ni sumer..dah jatuh 2nd or 3rd place..~

kalau btol nasyid semata2 untuk dakwah.....buat album..distribute free...ader bran..??

mimpi la kan..??

so mungkin pada kita...
dari nasyid ker genre lain...
nampak mcm sort of...backstabbing agama sendiri...

tp realitynya.....semua pun mencari rezki dengan cara menyanyi..
cuma genre jer yg lain..

yg mana...pada aku...analogynyer senang jer..

mcm nasik goreng usa...

ko order kedai lain...lain resepinyer...

ader kedai yg serve usa ayam...ader yg serve usa daging. tp....namanya nasik goreng usa jugak. bila makan....rasanyer lain sket. tp tetap mengenyangkan.

salah ker satu kedai ni tukar dari ayam...guna daging..?? x salah kan..?? sebab...the main point is....nak kasik org makan....and kenyang...~!!


*tatau la ko paham ker x..*

Sharinginfoz said...

memang glamour ni AF kan.... tuan rumah tak terfikir ke nak join AF???

velasrizal said...

tuan rumah berminat gak sbb principle AF kali ni dah mcm abang kandung..

Tapi xpe la, kasi can org len dulu

hazman aka species1980 said...

mungkin die mencuba potensi bakat di platform yang berbeza....

Md Nasir said...

salam..
platfom berbeza tapi harap2 niat dan tujuan tidak berubah..

~ yus ~ said...

ehem.. menyelit jap kat sini.. just nak tekankan :

matlamat tak menghalalkan cara.. :)

p/s : mawi ok what? ehheheeh :)

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget