Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Skuad Bawah 21 Ke Slovakia Di Tipu FAM ?


Menurut laporan Harian Metro, misi skuad Harimau Muda bersaing di Liga 1 Slovakia adalah palsu semata-mata.

Perkara ini didedahkan oleh Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak yang mengesahkan bahawa sebenarnya setiap perlawanan Harimau Muda dengan pasukan dari Liga 1 Slovakia adalah perlawanan persahabatan semata-mata.

Menurut beliau, setiap perlawanan Harimau Muda dengan pasukan dari liga 1 Slovakia tidak di beri mata. Sebenarnya skuad Harimau Muda menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri.

Harimau Muda juga masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.

Paling mengejutkan, FAM di katakan membayar setiap pasukan di Liga 1 Slovakia untuk bertarung dengan skuad Harimau Muda.

Apakah maksud semua ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya status sebenar skuad Harimau Muda di Slovakia.

Setiap persoalan pasti ada jawapannya. Di minta FAM tampil ke hadapan untuk merungkai persoalan ini kerana ini membabitkan maruah bola sepak negara di mata dunia serta kepercayaan rakyat ke atas badan induk bola sepak itu.

Adios~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

macam2 kan.... ingatkan betul2 masuk liga diaorang rupa-rupanya persahabatan... apa-apa pun yang penting pengalaman bermain..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget