Undian peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2010 menyaksikan Barcelona akan mempertahankan kejuaraan mereka musim lepas dengan menentang Arsenal. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada perlawanan akhir musim 2006 di mana Barcelona menundukkan Arsenal 2-1.
Undian dibuat oleh Setiausaha agung UEFA Gianni Infantino dan duta perlawanan akhir di Madrid, Emilio Butragueño. Undian ini juga menyaksikan Thiery Henry akan menentang kelab lamanya itu.
Satu lagi perlawanan tumpuan menyaksikan Bayern Munich menentang Manchester United. Ini bakal mengimbas kembali perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 1999 di mana kemenangan berpihak kepada kelab dari England itu 2-1.
Agak malang bagi kontigen Perancis apabila kedua-dua kelabnya iaitu Olympique Lyon dan Bordeaux terpaksa menentang sesama sendiri. Lagi satu perlawanan menyaksikan Inter Milan akan menentang CSKA Moscow. Di atas kertas Inter Milan adalah pilihan jika di sandarkan kepada prestasi mereka menundukkan Chelsea di pusingan kedua kalah mati.
Jadual perlawanan adalah seperti berikut:-
Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Santiago Bernabéu, Madrid pada hari sabtu 22 May 2010. Jangan ketinggalan menyaksikan setiap perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang penuh dengan kejutan ini..
Adios~~~