Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Bagaimana Rupa Taik Itik ?


Makanan pelik-pelik
Taik minyak taik itik
Puteri mandi badak berendam
Mata kucing mangga siam
Buah keras buat lauk
Pisang emas pisang tanduk
Batang buruk cucur kodok

Malaysia kita kaya dengan kuih-kuih tradisional. Antaranya lepat, karipap dan kuih lapis. Tak kurang juga ada juga kuih yang pelik-pelik namanya seperti dalam lirik lagu di atas ni. 

Mungkin anda biasa melihat sebahagian kuih-kuih di atas ini seperti puteri mandi dan batang buruk yang biasa di jual di pasar-pasar. Namun begitu pernahkah anda melihat kuih taik itik? Adakah rupanya menyerupai najis haiwan yang bernama itik itu?

Bagi yang tidak pernah melihat rupa sebenar kuih ini, di bawah ini adalah gambar sebenar kuih taik itik.


Kuih ini popular di Kelantan sahaja sebab itu ramai yang kita tinggal di negeri lain tidak mengetahui mengenai kuih ini. Kuih ini diperbuat dari kelapa parut, gula, tepung, pulut, cengkih dan pandan.

Rasanya pula memang best. Manis ala-ala pulut manis. Silap hari bulan boleh ketagih.

Err..sebenarnya aku pun tidak mengetahui adakah ini sebenarnya kuih taik itik. Jiran sebelah rumah yang bagi, dia cakap ini kuih taik itik. Mungkin kita boleh bertanya orang Kelantan seperti abang Sharinginfoz dan abang Comicstriper. 

Malu bertanya sesat jalan kan..

Adios~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

ISZA said...

ehhh.. akak pun tak tahu kuih taik itik yang sebenarnya.. tapi, yang kawan akak kata kuih taik itik tu lainlah dari gambar ni.. kena buat siasatan ni..

Ayusipermatabiru said...

Ni kuih gelembung buaya la vel..kuih taik itik kaler putih krim2...dan bulat2...tpi rasa lebih kurg je..beza dia taik itik letak putih telur..gelembung buaya mcm dalam gambar ni guna tepung pulut..tapi benda basic yang mesti ada kelapa parut..yang muda lagi sedap....kalo p klantan mesti beli punyer..sedapp

Unknown said...

alahai.. lupa nakcarik kuih nih kat PARAM sepanjang bulan posa nih..nampak macam sedap.. tapi kena ignore nama dia la kan..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget