Menurut laporan oleh GlobalFirePower.com, Amerika Syarikat masih di kedudukan pertama ranking ketenteraan terbaik di dunia. Agak mengejutkan di mana China mendahului Russia dengan menduduki tangga kedua terbaik di dunia.
Statistik dan laporan yang dibuat ini berdasarkan “US Library of Congress, Central Intelligence Agency”. Cuma yang meragukan atas dasar apakah kekuatan ketenteraan ini di nilai kerana tidak dinyatakan secara spesifik. Adakah penilaian dibuat berdasarkan teknologi terkini atau jumlah senjata yang di miliki?
Yang dinyatakan penilaian di buat berdasarkan kemampuan ketenteraan di darat, laut dan udara. Kekuatan tenaga nuklear pula tidak di kira dalam laporan ini.
Menurut laporan ini:-
Ranking no 1 - 10
Ranking no 1 - 10
- Negara yang menduduki ranking 10 terbaik adalah negara yang mempunyai kekuatan dari segi jumlah tentera dan kekuatan sumber kewangan. Rata-rata negara ini adalah negara maju yang mempunyai populasi penduduk teramai di dunia.
Ranking 11 - 20
- Rata- rata negara yang menduduki ranking ini adalah negara yang mempunyai kekuatatan dari segi insfrastuktur, latihan ketenteraan, kekuatan tentera darat, peralatan ketenteraan moden dan mempunyai pengalaman dalam peperangan.
Ranking 21 - 30
- Rata-rata negara ini mempunyai kekuatan ketenteraan yang setara. Tidak terlalu banyak perbezaan antara 1 sama lain.
Kenapa Vietnam tidak di senaraikan dalam senarai ini ya? Sedangkan Vietnam pernah menghalau tentera Amerika dan Perancis dari bumi mereka suatu ketika dulu.
Aku tak arif sangat dalam bidang ketenteraan ini. Mungkin di luar sana ada yang lebih arif tentang perkara ini di minta berkongsi pendapat di sini..
Adios~~