Seorang ahli perbankan Australia, David Kiely yang menjadi popular di Internet kerana dia melihat gambar bogel model Miranda Kerr pada skrin komputer semasa rakannya diwawancara menerusi siaran langsung berita Channel 7, tidak akan dipecat menurut Bank Macquarie
Kiely membuka e-mel yang mengandungi gambar Kerr tanpa menyedari seorang rakannya sedang diwawancara secara langsung mengenai ekonomi Australia.
Wawancara itu disaksikan oleh ratusan ribu orang tetapi Kiely kemudian membuka semula maklumat mengenai ekonomi pada skrin komputer dan memandang ke arah kamera sebelum wawancara tersebut berakhir.
Kejadian itu menjadi sensasi di laman perkongsian YouTube.
Keputusan untuk tidak memecat itu dibuat selepas Kerr membuat kenyataan bahawa Kiely tidak sepatutnya dipecat kerana melihat gambarnya.
Sekarang ni macam-macam benda yang tidak baik di sebar melalui medium tanpa sempadan ni. Kita sebagai pengguna perlulah bijak menilai baik buruknya. Tepuk dada tanya selera..
Adios..
Sekarang ni macam-macam benda yang tidak baik di sebar melalui medium tanpa sempadan ni. Kita sebagai pengguna perlulah bijak menilai baik buruknya. Tepuk dada tanya selera..
Adios..