Pernah tak anda mendapat panggilan kononnya dari pengeluar kad kredit. Kemudian mereka akan bertanya anda memegang kad kredit dari bank mana, anda memegang kad master atau visa dan akhirnya mereka akan meminta nombor kad kredit anda.
Secara jujurnya aku pernah mendapat panggilan seperti ini. Sebenarnya mereka ini bukanlah dari pengeluar kad kredit tetapi pengeluar kad perkhidmatan dan insuran. Cuma dalam perbulan mereka akan menggelarkan diri mereka dari 'card centre'. Tentunya kita akan terfikir 'credit card centre' sebab perbualan berkisar kad kredit.
Dalam perbualan, mereka akan berkata kononnya kad kredit kita ini di datangkan sekali dengan kad platinum dari 'card centre' mereka. Kemudian kita akan di pancing dengan kemudahan yang bakal di nikmati seperti :-
- Insuran
- Perkhidmatan tol truck
- Pakej pelancongan,
- Diskaun di hotel dan restaurant.
Kemudian mereka akan bertanya tentang :-
- Kredit kad dari bank mana
- nombor kad kredit
- Nombor CVC kad kredit
- Expired date kad kredit
Bila kita menolak tawaran ini secara baik, mereka akan berkata tidak boleh menolak tawaran ini sebab kad ini disertakan sekali dengan kad kredit. Mereka kata mereka ada joint venture dengan pihak bank. Bila di tanya dari bank mana, mereka diam membisu.
Nasihat aku, kalau berminat dengan tawaran yang di tawarkan, bolehlah beri kerjasama kepada mereka tetapi kalau tidak berminat dengan jangan sesekali mendedahkan maklumat kad kredit kepada mereka.
Dengan maklumat itu, mereka boleh caj apa-apa amaun ke atas kad kredit anda.
Jika anda dah memberi maklumat kepada mereka tetapi anda tidak bersetuju dengan tawaran, jangan terkejut nanti bila melihat penyata bank anda di caj dalam beratus ringgit. Jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda sendiri..
Fikir-fikirkanlah..
Adios~~~