Kalau di Malaysia kita berbangga memiliki si genius Adi Putra yang pintar dalam matematik, kini seorang lagi kanak-kanak paling genius dalam kimia, Ainan Celeste Cawley di katakan belajar di Malaysia.
Gelaran kanak-kanak paling genius diberikan kepada Ainan ketika kejayaannya dimuatkan dalam siri dokumentari di United Kingdom iaitu “The World’s Cleverest Child and Me".
Sedikit info tentang Ainan:-
- Nama penuhnya : Ainan Celeste Cawley.
- Anak sulong kepada pasangan Valentine Cawley dan Syahidah Osman Cawley.
- Ibunya adalah warganegara Malaysia dan bapanya asal dari Ireland
- Ainan mula merangkak pada usia 4 bulan, berjalan ketika 6 bulan dan berlari ketika 8 bulan.
- Pada umur 6 tahun, Ainan mula menunjukkan minat membaca buku kimia.
- Syahidah dan suaminya, Cawley mengajar Ainan mata pelajaran fizik secara tidak formal di rumah.
Kejayaan dan pencapaian peribadi Ainan Celeste Cawley setakat ini:-
- Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun dan lulus ujian tersebut dan merupakan manusia termuda di dunia mencapai pencapaian itu.
- Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records
- Kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti
Pembelajaran:-
- Pernah menuntut di University Cambridge di Singupaura selama 3 tahun kemudian berhenti setelah merasakan sistem pembelajarannya tidak fleksibel dan terlalu tegas.
- Akhirnya Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara menjadi pilihan ibu bapa Ainan untuk menyambung pengajiannya dalam Ijazah Program Amerika
- Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.
- Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan sendiri.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak genius ini bolehlah melayari www.scientific-child-prodigy.blogspot.com
Adios~~