Kali ini aku nak bercakap tentang poligami. Bagi yang tertanya-tanya apa itu poligami, poligami ialah perkahwinan yang lebih dari seorang isteri. Di negara kita poligami bukanlah suatu isu yang besar namun ianya adalah sesuatu yang kerap dibincangkan di akhbar dan oleh kaum wanita mahupun ustaz-ustaz yang mahir dan bijak tentang agama.
Poligami biasanya diamalkan oleh golongan yang mempunyai kerjaya yang mantap seperti ahli perniagaan maupun usahawan dan tidak kurang juga orang biasa. Kenapa meraka berpoligami ya? Kerana nafsu atau kerana agama?
Poligami mampu membantu mengurangkan andartu, ibu tunggal dan kehidupan seorang wanita lebih terjamin dengan adanya suami yang mampu memimpin, membimbing dan lebih terjamin keselamatannya. Namun ada yang berpoligami kerana nafsu semata-mata.
Antara contoh poligami yang berjaya adalah seperti Salih Yaakob, M. Rajoli dan Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohammad Said yang sanggup membawa kedua-dua isterinya ke parlimen.
Saya pernah mendengar orang tua berkata, lelaki tidak akan berpoligami jika kaum isteri mampu melakukan yang terbaik untuk suami.
Kepada kaum isteri renung-renungkanlah kata-kata orang tua itu. Lakukan yang terbaik untuk suami dan suami jadilah pemimipin yang terbaik buat isteri dan anak-anak. Kepada pengamal poligami itu, hendaklah adil kepada setiap isteri anda seperti yang di tuntut dalam agama.
Fikir-fikirkanlah..
Adios~~~