Peminat bolasepak pagi tadi pastinya tidak terlepas menyaksikan perlawanan pusingan Liga Juara-Juara Eropah antara pasukan Chelsea menentang Inter Milan. Perlawanan ini menjadi tumpuan kerana pulangnya bekas jurulatih Chelsea, Jose Mourinho ke Stamford Bridge yang kini membimbing Inter Milan.
Apabila Jose Mourinho masuk ke padang, dia di beri sambutan hangat oleh peminat The Blues atas jasanya membawa Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris 2 musim berturut-turut. Mourinho sempat mengimbau kenangannya dengan Chelsea suatu ketika dahulu tetapi kemudian menumpukan perhatian ke atas padang.
Sepanjang permainan itu, Chelsea mengalami kesukaran untuk menembusi kubu Inter Milan yang di ketuai oleh Lucio dan Walter Samuel. Tidak banyak percubaan ke arah penjaga gol Inter, Julio Cesar.
Di bahagian tengah pula kreativiti Frank Lampard dan Micheal Ballack disekat oleh pemain Inter. Chelsea banyak mengharapkan hantaran lintang dari Florent Malouda untuk menembusi kubu Inter.
Menurut Mourinho, dia nampak kekurangan Ivanovic dan Zhirkov, oleh itu dia mengarahkan pemainnya melancarkan serangan dari kiri dan kanan padang. Hasilnya Inter berjaya memperolehi gol tunggal perlawanan menerusi counter attack Samuel Etoo hasil hantaran Wesley Snedjer.
Chelsea semakin tertekan apabila Didier Drogba dilayangkan kad merah di saat Chelsea memerlukan 2 gol untuk menafikan aggregat 1-3. Didier Drogba dikatakan menolak Thiago Motta di kotak penalti.
Beberapa minit sebelum perlawanan tamat, Mourinho meninggalkan tepi padang kerana tidak mahu meraikan kejayaan di hadapan pemain dan peminat Chelsea sebaliknya memilih bilik persalinan untuk meraikannya.
Menurut Mourinho, kejayaan Inter bukanlah bermaksud dia berjaya membalas dendam ke atas Roman Abramovic tetapi dia masih sayang akan stadium, kelab, peminat dan pegawai-pegawai yang berkhidmat untuk Chelsea.
Adios~~~