Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Kurang 100 Hari Piala Dunia : Bahang Kian Terasa!


Kurang daripada 100 hari sebelum sepak mula Piala Dunia di Afrika Selatan 32 pasukan terakhir menjalani latihan intensif dan sebagai permulaannya ialah menyertai perlawanan persahabatan. 

Persediaan panjang bermula dengan perlawanan persahabatan menarik antara Perancis menentang juara Euro 2008, Sepanyol dan Jerman berdepan Argentina, England bertemu Mesir dengan hampir 32 pasukan yang layak ke Piala Dunia akan beraksi hari ini atau pun esok. 

Setiap jurulatih mahu melihat laluan terus ke arah kegemilangan dalam Piala Dunia pertama yang akan dilangsungkan di Afrika Selatan.  Pemain pula bertungkus lumus memperbaiki prestasi bagi menarik minat jurulatih untuk di pilih menggalas harapan peminat bola sepak.

Bagi tuan rumah pula persiapan rapi telah di jalankan. Hampir semua stadium sudah sedia untuk di gunakan, kemudahan awam dibaikpulih, frasarana di tambah, bandaraya utama di percantikkan dan pihak keselamatan meningkatkan tahap kawalan untuk mengelak kejadian tidak di ingini berlaku.   

Para peminat pula sudah mula menempah tiket untuk perlawanan pilihan, menempah hotel di sekitar stadium berhampiran, menempah tiket penerbangan ke Afrika Selatan, dan tak kurang juga bagi kaki judi sudah mula membuat taruhan pasukan mana yang bakal menjulang trofi Piala Dunia edisi kali ini.

Bagi peminat di Malaysia pastinya akan lebih tertumpu kepada persediaan mental dan fizikal kerana edisi Piala Dunia kali ini di jangka akan disiarkan pada larut malam. Hendak berkorban masa tidur adalah perkara yang sukar bagi yang punya komitmen di pagi hari. Namun minat punya pasal, tak tidur sepanjang malam pun sanggup kan.

Apa yang pasti terjejas adalah produktiviti seeorang individu itu. Yelah bila tak cukup tidur, tak de mood nak nak berkerja, tak bersungguh dalam berkerja, mudah hilang focus, badan rasa lain macam bila tak cukup tidur dan akhirnya tertidur di tempat kerja. Lagi dasyat kalau ada yang saja mengambil kesempatan dengan mengambil MC pada hari berikutnya.

Apapun fenomena yang bakal melanda masyarakat kita selepas ini hendaklah kita bijak menanganinya. Rancang jadual aktiviti harian anda. Contohnya jika perlawanan pilihan anda bermula jam 2 pagi, tidurlah dulu selepas isyak untuk memastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.  Rehat yang cukup dapat memastikan anda segar pada keesokan harinya.





Comments
2 Comments

2 comments:

ParkAir said...

team ape aku nk sokong ni ye, ah sepanyol je la!

JMR said...

yeah..dmm bola sepak nak start dah..best2...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget