Istilah playboy di kaitkan dengan aktiviti lelaki yang kerap mendampingi wanita dan berganti pasangan. Playboy juga turut di kenali sebagai kasanova dan gigolo. Mungkin ada yang menganggap golongan ini hebat dan mungkin ada juga yang mencemuh golongan ini.
Best ke jadi playboy ni? Antara sebab popular ramai yang terjebak dengan gejala ini ialah mahukan perhatian dari wanita. Mereka seronok bila di dampingi wanita. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan dengan mengikis harta wanita dan melakukan perhubungan s**s haram.
Tapi tahukah anda, untuk menjadi seorang playboy anda perlu membayar harga yang mahal. Anda perlu menitikberatkan beberapa aspek seperti :-
1. Pakaian
- Seorang playboy perlu memiliki koleksi pakaian yang mewah dan bergaya untuk menarik minat wanita. Kajian menunjukkan faktor pakaian menyebabkan wanita mudah tertarik kepada lelaki. Oleh itu anda perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pakaian mewah dan bergaya.
- Sebagai seorang playboy, anda memerlukan banyak masa untuk menggoda wanita. Zaman sekarang ini ramai wanita berpendidikan tinggi. Mereka ini tidak mudah cair dengan segala puju rayu murahan. Anda perlu masa yang banyak untuk mencairkan hati wanita.
- Aset itu penting bagi menarik minat wanita. Ini menunjukkan bahawa anda memang orang yang berharta dan bersedia untuk melangkah ke fasa yang baru. Wanita zaman sekarang ni dah tak main dah dating naik bas atau motor.
- Wanita sukakan lelaki yang nampak cool walaupun berdepan dengan apa jua situasi. Bagi lelaki yang ada sifat menggelabah atau melatah, ini masalah yang perlu anda atasi. Sama ada anda berlakon atau berpura-pura anda perlu lalui fasa ini.
5. Skill
- Skill ini penting untuk memenangi hati wanita. Skill yang wajib ada pada playboy ialah mulut manis yang ayatnya berbunga-bunga. Skill tambahan pula seperti pandai bermain gitar. Ini amat penting bagi membezakan anda dengan lelaki lain.
Sukar kan untuk menjadi playboy. Anda perlu mengorbankan segala-galanya yang anda ada untuk mencapai cita-cita itu. Silap-silap anda yang terkorban demi mengejar impian anda itu.
Bagi aku, jadilah diri sendiri. Tak perlu berlakon atau berpura-pura untuk memenangi hati wanita. Walaupun fakta di atas ada benarnya, percaya apa yang ada pada diri sendiri tu penting. Kalau dah tersurat dia memang jodoh kita memang tak ke mana..
Fikir-fikirkanlah..
Adios~~~