Menara ini masih dalam perancangan lagi tapi kalau menara ini menjadi realiti bererti ia akan menjadi menara tertinggi di dunia dan sekaligus mengalahkan Burj Khafila (dulunya di kenali sebagai Burj Dubai).
Diberi nama menara Miapolis yang terletak di kota Miami, Amerika adalah sebuah menara berkonsepkan "kota di dalam kota" mempunyai ketinggian mencapai 975 m atau 3200 kaki. Ini bermakna ia 149 m lebih tinggi berbanding Burj Khafila.

Menara ini akan mengandungi apartment, restoran, taman rekreasi, pusat membeli belah, ruang pejabat, hotel dengan 792 bilik, muzium, dan pusat perlabuhan kapal.
Selain akan menjadi menara yang tertinggi, Miapolis juga akan dikenali sebagai menara angin yang bercabang dua yang membenarkan tenaga angin melalui ruang antara 2 menara itu.
Jika pembinaan menara ini menjadi realiti, ia di jangka mampu mengembangkan ekonomi Amerika dengan terciptanya peluang pekerjaan, peluang perniagaan, pertambahan hasil cukai tahunan selain berfungsi sebagai destinasi perlancongan bertaraf dunia.