Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Mamak Palsu Gelabah Bila Di Minta Baca Bismillah


Hampir semua suratkhabar semalam menyiarkan berita di mana seorang mamak palsu dari India gagal membaca Bismillah dan mengucap bila di minta oleh Pegawai Kementerian Perdaganan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ketika menjalankan serbuan ke atas sebuah restaurant yang menggunakan logo halal palsu. 

Hasil siasatan terbukti pemilik kedai makan itu bukanlah mamak Islam dan majoriti pekerjanya yang di bawa dari India itu juga bukan Islam. Hanya seorang saja yang mengaku Islam tetapi gagal mengucap dan membaca Bismillah apabila di minta.

Mereka menggantung logo halal dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengelirukan orang Islam. Taktik ini hanya untuk mengaburi mata dan meyakinkan pelanggan Islam semata-mata untuk mengaut keuntungan. 

Kepada pengguna semua di luar sana hendaklah berhati-hati dalam memilih restaurant kerana ada yang mempamerkan logo halal tetapi tidak menjalankan perniagaan mereka sepenuhnya mengikut cara yang halal daripada penggunaan bahan masakan hingga pekerjanya.

Kalau nak tahu betul ke restaurant tu mamak Islam atau tidak, tanya dia ada tak jual lauk kari daging lembu. Kalau dia diam sahaja atau muka bertukar jadi merah, maka restaurant tu bukanlah mamak Islam. Sebelum kejadian yang tidak di ingini berlaku, maka cepatlah segera meninggalkan restaurant tu.

Adios~~~   

 

Comments
1 Comments

1 comments:

dilakochan said...

Parah gak mcm ni.
dah la bersepah2 kedai mamak dkt malaysia ni..Semua MAPLEY pun jadik tumpuan kita. Tuptap TAK HALAL.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget