Seorang ibu yang bernama Sara Wiens dari Kanada menawarkan penjualan di internet kerana susu badannya yang berlebihan. Beliau mula menjual secara online sejak bayinya berusia 4 bulan.
Dia menjual susu badannya kerana anaknya yang bernama Simon kadang kala tidak dapat menyusu air susunya.
Simon memiliki alergi terhadap protein susu lembu selagi Sara masih mengambil produk susu lembu sebagai minumannya.
Beliau mula menawarkan susunya melalui salah satu website. Dia tidak pernah menetapkan harga untuk air susunya, tapi berharap kos penjualan ini boleh membayar sewa pam payudara dan beberapa kos lain.
Beliau berkata, dia tidak pasti berapa banyak susu yang masih dapat disediakannya kerana ini bergantung dari berapa banyak susu yang boleh disimpan di freezer. Tapi stok cukup hingga tiga bulan ke depan.
Kreatif kan Sara Wiens ni. Menggunakan kelebihan yang ada untuk manfaat bersama. Inilah di maksudkan Sharing Is Caring. Sekarang ni semuanya di hujung jari kita. Tak kira la blog atau website yang penting gunakan dengan bijak.
Fikir-fikirlah ye.. Adios~~
1 Comments
1 comments:
- Hanis Amanina said...
-
nanti bayi yg minum susu tu akan jadi saudara susuan ngan anak dia, kan?
- March 1, 2010 at 8:12 PM