Nasi lemak dan roti canai dah menjadi menu utama sarapan pagi masyarakat Malaysia tak kira melayu, cina atau india. Bersarapan pula di gerai-gerai di tepi jalan sambil menikmati teh tarik. Memang terbaik sebelum memulakan aktiviti harian anda.
Pernahkah anda terfikir adakah roti canai dan nasi lemak ini makanan sihat? Tahukah anda jumlah kalori dalam makanan ini? Di sini aku nak share sedikit info tentang makanan ini :-
1. Roti Canai
Secara puratanya, satu keping canai mengandungi 301.5 kalori. Ini bermakna jika anda makan sekeping roti canai anda telah pun makan 15% dari jumlah keseluruhan total kalori per hari. Itu belum masuk lagi makan tengahari, minum petang, makan malam dan makan sebelum tidur.
Roti canai adalah antara penyumbang kenaikan kalori dalam badan. Selain itu ia juga akan menyebabkan tingginya lemak dan karbohidrat dalam badan kita. Tingginya lemak dan karbohidrat akan menyebabkan risiko penyakit jantung dan diabetes tinggi.2. Nasi Lemak
Bayangkan hanya sepinggan nasi lemak sahaja sudah 389 kalori? Itu belum lagi jika kita makan dengan telur,ikan bilis atau ayam. Jangan lupa itu baru sarapan pagi. Belum lagi makanan tengahari, minum petang dan makan malam.
Kesimpulan kebanyakan makanan ruji rakyat Malaysia boleh dikatakan kurang sihat. Dan faktor inilah yang menyumbang kepada majoriti penyakit rakyat Malaysia seperti obesiti dan diabetis.
Bagi aku, nak makan tu boleh tapi biarlah berpada-pada. Pastikan juga anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan mengamalkan senaman sekurang - kurangnya 3 kali seminggu. Bila badan sihat awek MESTI MARI !!!...
Fikir-fikirkanlah..
Adios~~~