Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dapat Kerja Pakai Kabel - Bangga Ker?


Topik aku kali ini dapat kerja menggunakan kabel. Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel. Kabel yang aku maksudkan ialah ‘orang dalam’ yang akan membantu calon temuduga dengan senang – senangnya mendapat pekerjaan yang dipohon.

Hakikatnya perkara ini memang wujud dalam jabatan kerajaan. Mereka dengan mudahnya mendapat perkerjaan atas bantuan orang dalam. Bagi aku ini tidak adil kerana ada calon yang gagal semasa temuduga masih dapat kerja yang di tawarkan. Kadang-kadang ada juga yang langsung tidak ada kelayakan akademik tetapi akhirnya duduk di kerusi yang ditawarkan.

Contohnya; calon A adalah anak kepada rakan baik pengarah jabatan kerajaan X, dia dipilih untuk jawatan yang di tawarkan berbanding calon B yang jauh lebih berkelayakan di sebabkan oleh keputusan pengarah jabatan itu di pengaruhi oleh ayah calon A.      

Apa yang boleh aku katakan adalah: inilah orang yang tidak jujur dan mampu merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan. Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. 

Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan.  Disebabkan inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si A tu, dia pakai kabel besar punya”. Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka.

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang aku katakan tadi? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat beroperasi dengan baik. 

Mari kita fikir – fikirkan.. Adios..






Comments
8 Comments

8 comments:

Unknown said...

aku menyampah ngan orang pakai kabel! sebab patutnya orang lain yang layak,

Drunbella Khoo said...

alaa.jangan kata kerajaan.swasta pun ada.kat opis i pun terjadi benda neh.opis nak cari kerani.then ada budak neh masuk.dah lah takyah intebiu.terus masuk keje.die neh direkemen oleh orang besar dlm syarikat kitorg.yup muka mmg cantik.tp kerja 1 apa langsung tataw.basic microsoft office pun tataw.macam mana nak buat kerja kerani kalau basic pun tataw.yang jadik mangsa,i dgn ofismate yg lain.adoi.tapi bab2 online laju pulak die taw.bukan main lagi dgn fesbuknye.benci benci benci =___=

Sharinginfoz said...

hmmm memang tak bangga langsung kan...

Solehah said...

tak pernah ada kabel dari dlu sampai skg..sbb tu slow ja karier saya ni...

velasrizal said...

apa lah berharap pada org kan.. kalo tak pakai kabel tbukti kita lagi hebat

Anonymous said...

Pakai kebel la bro baru senang dpt kerja...

Tho Ha said...

Sy Ada Komen Dlm Salah Satu Forum Maya :- Lebih Kurang Begini; Sy Kerja Kontrak, Bersyukurlah Mereka Yg Ada Cable Boleh Dapat Kerja Tetap. Adalah Makcik Tu Suruh Aku Cermin Muka Dulu Sebelum Menuduh :- Aku Balas Balik & Dia Menyatakan Tuduhan Aku Tidak Berasas. Ok Fine .. Aku Malas Da Hendak Berbahas Dengan Dia Tapi Aku Doakan Anak Dia Akan Lalui Apa Ynag Aku Lalui, Masa Itu Dia Boleh Nilai Balik Samada Tuduhan Aku Berasas Atau Tidak. Anak Dia Yg Akan Menjawab Bagi Pihak Aku. Amin!

Tho Ha said...

Sy Ada Komen Dlm Salah Satu Forum Maya :- Lebih Kurang Begini; Sy Kerja Kontrak, Bersyukurlah Mereka Yg Ada Cable Boleh Dapat Kerja Tetap. Adalah Makcik Tu Suruh Aku Cermin Muka Dulu Sebelum Menuduh :- Aku Balas Balik & Dia Menyatakan Tuduhan Aku Tidak Berasas. Ok Fine .. Aku Malas Da Hendak Berbahas Dengan Dia Tapi Aku Doakan Anak Dia Akan Lalui Apa Ynag Aku Lalui, Masa Itu Dia Boleh Nilai Balik Samada Tuduhan Aku Berasas Atau Tidak. Anak Dia Yg Akan Menjawab Bagi Pihak Aku. Amin!

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget