Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Osbon Pemenang (Juara) Maharaja Lawak Mega 2011



Osbon muncul pemenang (juara) Maharaja Lawak Mega 2011 mengetepikan cabaran Boboi, Syok dan Saehu untuk muncul pemenang (juara) Maharaja Lawak Mega Astro 2011 musim pertama.


Ini bermakna Osbon membawa pulang RM350000 sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2011. Tempat kedua pula dimenangi oleh Boboi yang mendapat wang tunai RM250000 dan trofi. 


Tempat ketiga milik Saehu membawa pulang RM150000 dan trofi dan tempat keempat milik Syok sekaligus membawa pulang RM50000 dan trofi.


Siaran langsung Maharaja Lawak Mega akhir ini telah berlangsung pada pukul 9 malam 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam.


Dalam konsert akhir ini, setiap finalis ditugaskan membuat 2 persembahan iaitu bertemakan muzikal komedi  dan bebas. 


Sedikit analisis dari saya mengenai persembahan finalis Maharaja Lawak Mega Akhir 2011 :-

  • Osbon dan Boboi memang TERBAIK. Memang tak kering gusi dengan lawak-lawak mereka. Memang dah agak persaingan sengit akan berlaku antara 2 kumpulan ini. Namun rezeki lebih memihak Osbon dan pasti ramai yang tak pertikaikan keputusan ini. 
  • Kumpulan Seahu pula tidaklah mengecewakan sangat namun rasanya ada persembahan mereka sebelum ini lebih baik dari persembahan malam final.
  • Kumpulan Syok pula seperti langsung tidak menjadi. Content pun kurang. Lawak yang tidak memenuhi piawaian final Maharaja Lawak Mega. Agak malang Syok membuat persembahan selepas persembahan hebat dari Osbon dan Boboi. 
  • Penampilan khas Jozan (johan dan Zizan) memang TERBAIK. Pecah stadium di buatnya terutamanya bila mereka mengajuk gaya perserta dan juri Maharaja Lawak Mega.  Rasa tak puas melihat gelagat mereka berdua. 

Apa-apa pun tahniah kepadaOsbon muncul pemenang (juara) Maharaja Lawak Mega 2011. Boboi pun hebat juga mungkin rezeki lebih memihak kepada Osbon...


P/S : Nak buat apa lepas tonton Maharaja Lawak Mega ini? Kalau tak buat apa-apa, apa kata kita tonton video persembahan Yuna yang baru ini...



Velasrizal Rodriguez






Adios~~~~~



Pasti ramai yang cari "Maharaja Lawak Mega Akhir (Final) live streaming"untuk menonton Maharaja Lawak Mega Akhir (Final) secara live pada 30 Disember 2011. 


Maklumlah ada di kalangan kita peminat Maharaja Lawak Mega namun apakan daya tidak dapat menonton live di Astro Warna saluran 132 gara-gara tidak melanggan pakej Mustika Astro.


Bagi yang nak tengok Maharaja Lawak Akhir (Final) secara live streaming tu, boleh cuba klik di bawah tapi  TIADA JAMINAN anda boleh menonton. Kalau ada rezeki anda, anda dapat menonton sebab kadangkala benda alah ni offline. 




Watch live streaming video from astrowarna at livestream.com


Kalau nak tengok juga bolehlah ke rumah saudara atau kawan yang melanggan pakej Mustika ini. Dah tentu mereka menonton saluran Astro Warna saluran 132 malam ini. 


Tak pun pergilah ke kedai-kedai makan atau mamak yang menayangkan Maharaja Lawak Mega Akhir. Tentu ada yang tayang maklumlah malam ini tak ada game bola live di TV.


Kalau malas nak keluar rumah apa kata anda tunggu sahaja 1jam selepas siaran tamat kerana pasti ada yang akan upload di Youtube. So anda boleh tonton di Youtube sahaja.


Apa-apa pun, ramalan saya keputusan Maharaja Lawak Mega Akhir :-

1. Boboi
2. Osbon
3. Seahu
4. Syok


Apa-apa pun ini hanya ramalan saya sahaja semata-mata berdasarkan performance finalis sepanjang Maharaja Lawak Mega berlangsung. Anda pula bagaimana ? Siapa pilihan anda untuk menjuarai Maharaja Lawak Mega musim pertama ini...


P/S : Sementara kita tunggu Maharaja Lawak Mega ini ke udara apa kata kita tonton video persembahan  Yuna yang baru ini terlebih dahulu...



Velasrizal  



Adios~~~~~



Kadar caruman baru KWSP untuk majikan ialah 13% berkuatkuasa Januari 2012 adalah untuk Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000.


Ini bermakna kenaikan 1% dari kadar caruman sebelum ini iaitu 12%.  Walaubagaimanapun caruman pekerja kekal pada kadar 11%.


Tujuan kenaikan kadar caruman KWSP ini adalah sebagai langkah menangani masalah tidak cukup pendapatan semasa bersara yang dihadapi golongan pesara.


Selain itu pekerja berumur 55 tahun ke atas yang menerima gaji tidak lebih RM5,000 juga akan menerima manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5% atau tambahan 0.5% manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5%.




Secara peribadi saya merasakan kenaikan kadar caruman baru KWSP untuk majikan dari 12% ke 13% ada baiknya kerana :- 

  • Kadar inflasi di Malaysia semakin meningkat sekaligus kos sara hidup juga meningkat. Untuk menjamin golongan pesara mempunyai simpanan yang mengcukupi di hari tua nanti eloklah majikan membuat pemotongan lebih sedikit.   

  • Kajian menunjukkan 70% pesara menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun sedangkan jangka hayat penduduk Malaysia meningkat. Oleh itu langah yang diambil untuk memastikan golongan ini sentiasa mempunyai simpanan lebih di hari tua amatlah penting.

Selain dari itu, saya juga merasakan kenaikan ini bukan sahaja untuk kepentingan pencarum KWSP sahaja tetapi juga untuk kepentingan KWSP itu sendiri di mana ini akan memenuhkan kembali kantung KWSP. Maka selepas ini lebih banyak pelaburan boleh dilakukan oleh pihak KWSP.


Untuk maklumat lanjut mengenai kadar caruman baru ini atau anda nak semak betul ke majikan anda membuat caruman pada kadar yang betul, anda boleh melayari www.kwsp.gov.my atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat selain menghubungi pusat panggilan di talian 03-89226000.




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

KL City Walk Kuala Lumpur



KL City Walk bakal menjadi daya tarikan terbaru Kuala Lumpur kerana KL City Walk ini lain dari yang lain dengan menawarkan kawasan beli-belah terbuka berkonsepkan laluan pejalan kaki dan gerai.


Dengan konsep yang berlainan dari destinasi membeli belah yang lain, KL City Walk ini di jangka mampu menambahkan lagi populariti Kuala Lumpur sebagai destinasi membeli-belah yang unggul.


Lokasi KL City Walk bolehlah dianggap strategik apabila dikelilingi pejabat, hotel dan kediaman selain mempunyai jejantas yang menghubungkannya dengan pusat beli-belah Pavilion serta Kuala Lumpur City Centre (KLCC), antara kawasan tumpuan pelancong .


KL City Wall ini terletak sepanjang setengah kilometer itu terletak berhampiran Jalan P.Ramlee bersebelahan Rohas Perkasa hingga Jalan Pinang berhadapan Wisma UOA.


Antara produk yang dijual sepanjang KL City Wall ini ialah produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan kraf tangan yang melambangkan identiti Malaysia.


Secara peribadi, bagus juga ada  kawasan beli-belah terbuka berkonsepkan laluan pejalan kaki ini. Bukan sahaja dapat menjana ekonomi peniaga gerai-gerai kecil ia juga dapat menggalakkan orang ramai mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. KL dah cukup sesak dah dengan jumlah kenderaan yang sedia ada....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Kalau anda seorang perempuan bujang yang sedang mencari bilik untuk di sewa di sekitar Kuala Lumpur, ada 1 master bedroom untuk di sewa di Kondominium Putra Villa Taman Melati Gombak. 


Kemasukan adalah pada 1 Januari 2012. Harga sewanya ialah RM600 setiap bulan. Deposit perlu diletak ialah 2 bulan sewa iaitu RM1200 + utiliti RM300.


Kemudahan yang disediakan dalam master bedroom ini ialah :-

  • Katil saiz king + tilam
  • Almari kayu
  • Meja
  • Kipas
  • Aircond
  • Langsir
  • Tandas dalam bilik

Manakala kemudahan yang disediakan dalam rumah ini ialah :-

  • TV
  • Mesin basuh 
  • Peti Ais
  • Sofa
  • Meja makan

Antara kemudahan yang di sediakan di kondominium ini ialah kolam renang, gimnasium, kedai runcit, pengawal keselamatan 24 jam selain lokasi kondominium yang hanya 5 minit jalan kaki ke LRT Gombak.


Bakal penyewa mestilah seorang yang pembersih, jujur dan bertanggungjawab. Lelaki, alkohol dan aktiviti jenayah adalah dilarang sama sekali di bawa masuk ke dalam premis. Anda juga boleh menyewa dengan 2 orang untuk bilik ini sebab saiznya luas. 


Jika anda berminat untuk menyewa bilik ini dan anda memenuhi kriteria di atas, sila hubungi atau SMS Fairuz Wahida di talian 019- 5776789. First come first serve !.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~




Menurut kaji selidik terbaru Jobstreet.com, gaji pemegang ijazah sarjana muda di Malaysia adalah di antara RM1,800 hingga RM2,600 sebulan. Manakala gaji bagi pemegang diploma adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,800 sebulan.


Kaji selidik terbaru Jobstreet.com mengenai gaji ini dijalankan untuk mengetahui jumlah gaji yang diminta oleh pemegang diploma dan ijazah di Malaysia.  


Menurut kaji selidik itu :-

  • Majoriti lepasan universiti  memerlukan purata sebanyak RM700 atau lebih bagi memenuhi keperluan asas seperti perbelanjaan harian termasuk pengangkutan, makanan, sewa dan hiburan.
  • 29% responden menolak tawaran pekerjaan kerana gaji dan manfaat ditawarkan tidak memenuhi jangkaan mereka.
  • Sebanyak 54% pemegang ijazah sarjana muda menerima gaji seperti yang dikehendaki manakala 35% lagi kurang dari RM1,800 sebulan.
  • 37% pemegang diploma menerima gaji kurang dari RM1,200 sebulan iaitu paras lebih rendah dari jangkaan.
  • 23% daripada responden merasakan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris. 
  • 22% merasakan mereka lemah dalam skil komunikasi antara sebab utama mereka gagal untuk mendapatkan pekerjaan.
  • 74% dari 773 lepasan universiti yang sedang bekerja berjaya memperoleh pekerjaan kurang dari 3 bulan.
  • 16% menerima tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian.
  • 65% pemegang ijazah sarjana muda dan 59% pemegang diploma bagi mereka yang tamat pengajian pada 2011 masih belum berkerja. 

Secara peribadi saya merasakan gaji yang diminta antara RM1800 - RM2600 untuk pemegang Ijazah adalah berpatutan dengan kelayakan akademik mereka.


Cuma bagi lepasan ijazah dan diploma yang baru memulakan kerja itu janganlah terlalu memilih kerja yang kerana apa yang penting ialah mencari pengalaman kerja terlebih dahulu. 


Jangan pula baru mula berkerja dah minta gaji sehingga RM4000. Lain lah kalau dah ada pengalaman kerja 4 atau 5 tahun. 


Kepada graduan yang lemah bahasa inggeris dan skil komunikasi anda perlu mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris kerana dalam dunia global hari ini bahasa inggeris memang amat penting. 


Cara mudah untuk mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris ialah baca artikel dan surat khabar bahasa inggeris dan perlu praktik berkomunikasi setiap hari. Yang penting usaha itu kena ada dan berterusan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 





Asmidar dinobatkan pemenang (juara) Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Pertama TV3. Asmidar menewaskan Mafa untuk muncul pemenang (juara) dalam Konsert Final Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Pertama 25 Disember 2011 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.


Asmidar membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi manakala Mafa yang muncul naib juara membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi.


Pada Konsert Final (Akhir) Vokal Sekadar Rupa menyaksikan Asmidar dan Mafa perlu membuat tiga persembahan iaitu menerusi pilihan lagu sendiri, lagu baru dan Battle Song.


Sistem penjurian adalah berdasarkan undian penonton sebanyak 50 peratus dan selebihnya daripada pihak juri.


Tahniah buat Asmidar yang dinobatkan pemenang (juara) Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Pertama TV3...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Modenas Kriss MR1



Motosikal Modenas Kriss MR1 telahpun dilancarkan oleh Modenas baru-baru ini. Modenas Kriss MR1 ini dihasilkan bertemakan slogan ‘Motosikal Untuk Rakyat”.


Model motosikal Modenas Kriss MR1 ini diinspirasikan berasaskan model popular Modenas Kriss iaitu motosikal keluaran pertama Modenas.


Kriss MR1 dijual pada harga terendah di pasaran dengan nilai jualan hanya RM2,948.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran).


Jom kita lihat spesifikasi yang ditawarkan oleh model ini :- 




Apa yang pasti model dihasilkan berlandaskan kepakaran anak tempatan dan menggunakan teknologi Jepun yang menjanjikan sebuah produk kepada pengguna dengan nilai pulangan yang berbaloi (value for money).


Model ini dilengkapi enjin berkuasa 100cc dengan Sistem Gear Berputar (Rotary Gear System), rekabentuk lampu hadapan dan belakang yang menarik dan sporti. Tangki minyak yang berukuran 4.3 liter direkodkan mampu mencatat perjalanan sehingga 200km jauhnya.


Pilihan warna yang ada pula ialah Putih atau Biru.




Dengan harga dibawah RM3000, rasanya memang ramai yang berkemampuan untuk memiliki motosikal ini dan bolehlah dianggap motosikal paling murah setakat ini. 


Menurut Modenas, walaupun dijual pada harga murah namun Modenas tidak berkompromi dari segi kualiti dan pelbagai siri ujian telah dilakukan terhadap model itu bagi memastikan ketahanannya sebelum dipasarkan. 


Kalau nak tengok dengan lebih dekat Modenas Kriss MR1 ini anda boleh datang dan cuba sendiri motosikal ini di wakil-wakil pengedar Modenas seluruh Malaysia... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Kahwin 23 Februari 2012 !



BREAKING NEWS


Lisa Surihani dan Yusry KRU akan berkahwin pada 23 Februari 2012 ini. Pengumuman majlis perkahwinan Yusry Abdul Halim dengan Lisa Surihani ini diumumkan dalam 1 sidang media khas sebentar tadi (24 Disember 2011). 


Manakala majlis resepsi akan diadakan pada 26 Februari. Majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.


Jumaat lalu, Yusry menghantar rombongan keluarganya untuk merisik Lisa di kediamannya, malah cincin yang tersarung di jari manis Lisa menandakan mereka sudah bersedia melangkah ke fasa lain dalam kehidupan.


Untuk rekod, Yusry KRU  pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003 tetapi bercerai selepas beberapa tahun hidup bersama manakala ia perkahwinan pertama buat Lisa.


Tahniah kepada Yusry dan Lisa Surihani. Semoga bahagia ke akhir hayat. Kepada lelaki di luar sana yang dah lama menaruh hati pada Lisa Surihani itu bolehlah mula cari yang lain ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Peserta Raja Lawak Musim Ke 6 2012


Senarai peserta Raja Lawak musim ke 6 2012 telah pun diumumkan. Sidang media pemgumuman peserta  Raja Lawak Astro musim ke 6 2011 telah berlangsung di Wangsa Walk Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.  


Untuk musim ke 6 ini, tenaga pengajar diketuai oleh Ahmad Idham sebagai Chief Besar dan di bantu oleh 3 finalis Raja Lawak 1 iaitu Yus, Tauke dan Angah sebagai Chief Kecil yang mengetuai 3 kumpulan yang dianggotai oleh 4 peserta.  


Jom kita berkenalan dengan 12 peserta / finalis Raja Lawak Musim ke 6 :-



  • Kumpulan 1 (Kumpulan bimbingan Yus) : 2YOL, GMAN, KODAN, SHIRO
  • Kumpulan 2 (Kumpulan bimbingan Tauke) : ALBOB, KETUPAT, RIKI, SKEMA
  • Kumpulan 3 (Kumpulan bimbingan Angah) : CUIT, KING, SELAK, ZERO

Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta di kehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang di tetapkan. Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap. 


Selain daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, program ini juga memaparkan aktiviti luar para peserta dan juga kejutan yang bakal diterima oleh mereka dan usaha dan pelakuan mereka dalam menyahut segala tugasan yang diberikan. 




Raja Lawak 6 ini akan bersiaran langsung (live) di Astro Warna saluran 132 bermula dengan Al-Kisah Raja Lawak pada 11 Januari 2011 dan Gelanggang Raja Lawak akan bermula 13 Januari 2011 jam 10 malam.


Mungkin ramai yang akan kecewa apabila Raja Lawak 6 ini akan bersiaran di Astro Warna kerana sebelum ini boleh ditonton di saluran percuma Astro Prima saluran 105.


Maknanya bagi mereka yang tidak langgan pakej Mustika, anda perlu langgan untuk menonton Raja Lawak 6 ini. Bagi yang tak mahu langgan pakej Mustika (tak mahu tambah keuntungan Astro), anda boleh tonton Raja Lawak 6 ini di Youtube sahaja lah... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Diskaun Tol Krismas 2011




Diskaun tol Krismas 2011 akan ditawarkan oleh 20 syarikat konsesi lebuh raya sempena sambutan Krismas 2011. Kadar diskaun tol Krismas 2011 ditawarkan adalah pada kadar di antara 5% - 37.5% dalam purata 20 sen hingga 60 sen.


Diskaun tol Krismas 2011 adalah dari 22-31 Disember 2011. Turut ditawarkan juga ialah rebat tol. Jom kita terjah diskaun tol dan rebat tol 2011 yang ditawarkan lebuhraya-lebuhraya di Malaysia :-


Plus Expressway Berhad : rebat 10% kepada pemilik kad PLUSMiles pada 25 hingga 27 Disember ini yang menggunakan :-
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson
  • Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK)
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite)
  • Lebuhraya Link Kedua Malaysia-Singapura

Tiada rebat kepada pengguna yang menggunakan kad PLUSMiles di :
  • Plaza Tol Bukit Kayu Hitam
  • Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar
  • Plaza Tol Tanjung Kupang

Antara konsesi tol lain yang turut menawarkan diskaun ialah : 
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) 
  • Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint)
  • Lebuh Raya SMART, Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  • Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga) - diskaun bermula pukul 12 tengah malam.
  • Lebuhraya Sistem Lingkaran Luar Kajang (Silk)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Metramac, Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) 
  • Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
  • Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) 
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).

Rebat sebanyak 10 peratus bermula pukul 11 malam, Sabtu ini sehingga pukul 8 malam keesokannya ditawarkan oleh :
  • Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) 

Diskaun bermula pukul 6 pagi, Ahad ini hingga pukul 6 pagi, keesokan harinya adalah pengguna yang menggunakan : 
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), 
  • Lebuhraya Koridor-Guthrie
  • Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) 

Apa yang penting rancang perjalanan anda sebelum memulakan perjalanan pada musim cuti perayaan dan cuti sekolah ini. Dapatkan informasdi terkini mengenai jalanraya yang bakal anda gunakan bagi mengelakkan kesesakan teruk di jalanraya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Semakan Keputusan PMR 2011 Secara Online & SMS



Semakan keputusan PMR 2011 boleh disemak secara online dan SMS bermula 22 Disember 2011  atau terus membuat semakan keputusan PMR 2011 di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.  


Ini memudahkan ibubapa melakukan semakan keputusan PMR anak mereka melalui SMS dan online dari rumah atau dari pejabat tanpa perlu hadir ke sekolah.


Untuk mereka yang mahu membuat semakan keputusan PMR 2011 secara online sila klik di link ini http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php


Manakala perkhidmatan semakan keputusan melalui SMS akan bermula jam 10 pagi 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Untuk membuat semakan keputusan UPSR melalui SMS, sila ikuti langkah-langkah seperti tertera di bawah ini :-




Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.


Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.


Tahniah in advance dari kami kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang kurang bernasib baik, tak perlu berputus asa kerana peluang melanjutkan pengajian di tingkatan 4 masih terbuka....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Senarai Skim Kawalan Harga Barang Krismas 2011




Skim kawalan harga barang Krismas 2011 akan berkuatkuasa bermula 23 - 27 Disember 2011 ini. Senarai harga barang kawalan bagi 13 jenis barangan telahpun di umumkan bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati sempena Krismas 2011.


Maklumlah Krismas 2011 kan dah dekat oleh itu permintaan terhadap bahan asas makanan meningkat 2 kali ganda berbanding hari biasa.


Apabila permintaan melebihi penawaran ini akan mengakibatkan peniaga mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan lebih dengan menaikkan harga barangan.


Oleh itu memang tepat pada masanya skim kawalan harga barang Krismas 2011 di laksanakan. Jom kita terjah senarai harga barang kawalan Krismas 2011 ini :-


  • Ayam hidup = RM5.90 sekilogram
  • Ayam standard = RM7
  • Ayam super = RM7.80
  • Ayam belanda import = RM25
  • Daging kambing tempatan bertulang = RM33
  • Daging kambing biri-biri import bertulang = RM20
  • Daging biri-biri import tanpa tulang = RM24
  • Daging paha kambing biri-biri import bertulang = RM26
  • Telur ayam Gred A = RM0.36 sebiji
  • Telur ayam Gred B = RM0.35
  • Telur ayam  gred C = RM0.34
  • Tomato = RM4.50 sekilogram 
  • Cili benggala hijau = RM8.50

Apa yang pasti tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap peniaga atau pemborong yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini. 


Kementerian juga sudah memberi JAMINAN yang barangan keperluan untuk menyambut Krismas kali ini mencukupi. Oleh itu tak perlulah kita membuat pembelian secara panik kerana ini juga boleh menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.


Apa-apa pun yang penting adalah sentiasalah membuat semakan skim kawalan harga barangan Krismas 2011 ini sebelum membeli belah. Sama-samalah kita menjadi pengguna yang BIJAK !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Baucar Buku 1Malaysia RM200 (Bajet 2012)



Baucar buku 1Malaysia yang dibentangkan dalam Bajet 2012 akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari 2012. Baucar buku 1Malaysia RM200 adalah dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.


Golongan sasaran pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit ini adalah kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.


Mereka yang layak mendapat baucar ini boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai tertentu.


Kepada mereka yang mahu mendapatkan baucar ini, anda  perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan baucer ini.


Secara peribadi bagus juga diberikan baucar buku ini kepada pelajar. Sekurang-kurangnya memang pasti mereka akan tukarkan baucar dengan buku. Kalau beri wang ringgit belum pasti mereka akan beli buku...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Alhamdulillah followers Facebook fan page Blog Aku Dan Sesuatu dah mencecah 1000 orang ! Dah lama saya tunggu angka ini dan hari ini impian saya dah tercapai.


Tak sangka sambutan terhadap blog ini amat menggalakkan dalam masa 2 tahun ini. Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi followers Blog Aku Dan Sesuatu ini di Facebook.


Kalau nak jadi followers yang berdaftar dengan blogger.com biasanya kena buat pengesahan emel baru boleh follow blog orang lain. Tetapi untuk followers Facebook, hanya perlu ada akaun Facebook sahaja boleh terus jadi followers dengan hanya klik 'Like'.


Memang ramai sekarang ini yang ada akaun Facebook. Budak umur 6 tahun pun ada. Selain mudah untuk menjadi follower di Facebook, kita juga boleh share entry terbaru blog di Facebook.


Tips nak dapatkan ramai followers? Tak ada tips. Cuma bagi saya, tulislah sesuatu yang orang mudah orang terima. Tentang isu semasa ke, atau apa yang berlaku pada hari ini ke. Pendek kata yang Google friendly lah. 


InsyaAllah traffik pun akan meningkat bila ada yang Google. Bila dah ramai Google tu, InsyaAllah ada la yang nanti klik butang 'Like' itu. Kalau kandungan blog itu menarik, mesti ramai yang suka. Tak gitu? 


Sebenarnya apabila jumlahnya dah mencecah angka 1000 ini, ia bagaikan 1 tanggungjawab yang besar untuk terus berkarya memandangkan kepercayaan pembaca bertambah dari hari ke hari terhadap blog ini. InsyaAllah akan saya galas tanggungjawab itu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Ariff Alfian Rosli pelajar Malaysia hilang di Ireland rupanya berkahwin Dengan Gay di Dublin, Ireland ! Gambar perkahwinan Ariff Alfian Roslin (pelajar tajaan Petronas) dengan pasangan gaynya telah tersebar  di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.


Sebelum ini bapa Ariff Alfian, Rosli Haron buntu mengesan anak keduanya itu setelah dilaporkan hilang sejak 3 tahun lalu  dan pelbagai usaha mencari termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland.  


Tambah malang, Rosli kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.


Pihak Kedutaan Malaysia di Ireland mengesahkan kehadiran Ariff Alfian di negara itu namun Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.




Ketika Ariff Alfian disahkan selamat kita dikejutkan pula dengan berita beliau sudah berkahwin dengan gay ! Astagfirullahazim, saya tak tahu apa nak diperkatakan lagi.


Pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara,  Ariff Alfian memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.


Pasangannya yang bernama Jonathan yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.


Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya dan berkucupan.




Memang lega mendengar berita Ariff Alfian selamat namun AKIDAH nya belum selamat. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan beliau dari lembah kehinaan.


Dalam hal ini, janganlah disalahkan ibu bapanya 100%. Tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi homoseksual. Mungkin budaya songsang di luar negara mempengaruhi minda dan pemikiran beliau.


Inilah padahnya kalau ada yang terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.


Oleh itu sama-sama lah kita berdoa agar beliau dapat kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Yang penting usaha berterusan perlu dilakukan untuk menyelamatkan beliau kerana ia melibatkan maruah agama Islam dan negara...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~  



Amie Sofea muncul pemenang (Juara) Solehah Musim Pertama TV AlHijrah. Amie Sofia di angkat sebagai pemenang setelah berjaya memikat juri dalam Episod Penentuan Solehah pada 16 Disember 2011.


Juara sulung Solehah, Amie Sofea membawa pulang hadiah utama sebuah kereta Proton Saga FLX SE tajaan Proton Edar Sdn Bhd, wang tunai RM30,000, pakej umrah, perabot, piala dan sijil berdakwah.


Wan Mazwani yang muncul sebagai Naib Juara memenangi wang tunai RM20,000 dan hadiah sampingan, tempat ketiga, Nurul Eswani memenangi RM 10,000 dan hadiah sampingan, manakala 7 pemenang sagu hati membawa pulang RM5,000 dan hadiah sampingan.




Barisan juri yang mengadili Episod Penentuan Solehah terdiri daripada Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, Prof Madya Dr Mariani Md Nor dan Isfadiah Mohd Dasuki.


Selain menilai kekuatan isi tazkirah mereka malam itu, pemenang telah dipilih berdasarkan markah terkumpul (mingguan) yang dinilai dari pelbagai aspek termasuk ujian dalam dan luar kelas.


Apa apa pun Tahniah kepada Amie Sofia muncul pemenang (Juara) Solehah Musim Pertama TV AlHijrah. Tak lupa juga buat semua 10 peserta Solehah musim pertama ini.


Semoga perjuangan mereka bakal mencipta suatu perubahan dunia realiti muslimah dan mewarnai kehidupan serikandi alaf baru seterusnya mewarisi kesinambungan semangat waja para ummul mukminin untuk dijadikan qudwah hasanah seluruh muslimin dan muslimat.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan undian pusingan ke 2 Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 telah pun diumumkan dalam majlis undian Liga Juara Juara Eropah pusingan ke 2 yang berlangsung di Nyon, Switzerland. 


Undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 ini telah dihadiri oleh wakil kelab-kelab dan lagenda bolasepak antarabangsa.


Jom kita terjah keputusan undian pusingan ke 2 Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 :- 




Keputusan undian ini bolehlah di anggap seimbang apabila tidak banyak pasukan pilihan bertembung sesama sendiri.


Perlawanan tumpuan pastinya pertembungan Napoli VS Chelsea dan AC Milan VS Arsenal. Juara bertahan, Barcelona pula akan melayan Bayer Leverkusen.


Pusingan ke2 Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) kali ini agak kurang serinya apabila Naib Juara 2010/2011, Manchester United GAGAL layak ke pusingan ke 2. Turut GAGAL layak ialah Manchester City, Valencia dan Porto. 


Apa-apa pun jangan lupa perlawanan pertama (1st leg) akan berlangsung pada 14/15 dan 21/22 Februari 2012 manakala perlawanan   kedua (second leg) berlangsung pada 6/7 dan 13/14 Mac 2012...


P/S : Apa aktiviti anda hujung minggu ini ? Kalau tak ada apa-apa perancangan apa kata kita tonton filem Mission Impossible : Ghost Protocol lakonan Tom Cruise...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Borang Wang Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia (BR1M) sudah boleh di ambil di cawangan LHDN seluruh Malaysia bermula 10 Disember 2011. Borang Wang Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia juga boleh di download dari laman web Kementerian Kewangan Malaysia. 


Secara amnya, mereka yang layak memohon Wang Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia ialah seorang warganegara Malaysia yang mana isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 ke bawah sebulan.


Bagi mereka yang belum jelas dengan kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon bantuan ini, anda boleh rujuk carta di bawah ini :- 













Di bawah ini ialah borang Wang Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia di dapati di pejabat LHDN seluruh Malaysia atau di download terus dari laman web Kementerian Kewangan Malaysia.




Apa yang penting ialah borang ini adalah PERCUMA. Kalau ada pihak yang menjual borang ini anda boleh membuat laporan kepada pihak Polis.


Borang yang asli juga tidak memerlukan anda mengisi no akaun bank anda. Jika ada ruangan untuk menulis no akaun bank sila dapatkan borang yang asli dari LHDN. Kerajaan tidak memerlukan no akaun bank anda untuk membuat pembayaran. Ingat tu !


Yang penting bagi mereka yang memohon bantuan ini ialah anda perlu kembalikan borang yang di isi kepada LHDN sebelum 10 Januari 2011.  Sebarang surat menyurat tidak akan di layan selepas tamatnya tempoh tersebut....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Abby Fana Kini Bertudung !



Abby Fana kini bertudung ! Inilah dia penampilan terbaru Abby Fana (DJ Sinar.fm dan Pengacara Malaysia Hari Ini) selepas pulang dari mengerjakan Haji di Mekah pada bulan lalu.


Memang nampak berseri-seri muka Abby Fana ini selepas bertudung. Memang seharusnya wanita yang pulang mengerjakan Haji memakai tudung.


Alhamdulillah ramai pelakon, selebriti, personaliti televisyen dan ikon di dalam industri hiburan tanahair yang melakukan perubahan terhadap penampilan diri masing-masing ke arah yang lebih Islamik.


Antaranya Wardina Saffiyah, Irma Hasmie, Ustaz Radzi Melissa, Iwan Dangdut, Sham Kamikaze, Catriana Ross, Farah AF2 dan ramai lagi.


Agak memalukan apabila ada beberapa selebriti lain yang pulang dari Haji tapi tak memakai tudung. Tak kurang juga ada isteri pembesar negara yang tidak memakai tudung selepas pulang dari haji (tak perlu sebut nama, semua dah tahu). Sungguh memalukan !


Sepatutnya mereka yang pulang dengan gelaran Haji dan Hajjah sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Alasan belum bersedia berhijrah itu langsung tak masuk akal !


Apa-apa yang penting biarlah mereka bertudung dan berhijrah ke arah kebaikan dengan ikhlas lahir dari hati bukannya sebab mengejar populariti murahan dan semata-mata kerana fesyen... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~





BREAKING NEWS


Upacara Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Sultan Kedah) berlangsung pagi ini (13 Disember 2011).


Siaran langsung (live) Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disiarkan di TV1 di mana upacara melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di adakan di Istana Negara.


Dengan pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 ini, maka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.


Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu”adzam Shah sudah pun tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.





Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.


Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.


Daulat Tuanku. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan melimpahkan rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



BREAKING NEWS 


Nicolas Anelka sah berpindah ke Shanghai Shenhua dari Chelsea pada musim perpindahan pemain januari 2012 ini setelah kedua-dua kelab bersetuju dengan terma dan syarat perpindahan ini. 


Anelka berpindah ke Shanghai Shenhua dengan kontrak selama 2 tahun dan di fahamkan beliau akan menerima gaji sekitar £175,000 seminggu.


Sebelum menyertai Chelsea, Anelka pernah menyertai Paris Saint-Germain, Arsenal, Real Madrid, Liverpool, Manchester City, Fenerbahçe dan Bolton Wanderers.


Kelab Shanghai Shenhua ini dimiliki oleh seorang taikun perniagaan internet yang mendapat lesen permainan fantasi Warcraft di China, Zhou Jun.




Gambar Anelka terpampang di halaman utama kelab Shanghai Shenhua sebagai tanda kejayaan mereka memikat pemain berstatus bintang pertama kelab itu.


Pada masa yang sama Shenhua jua mengharap agar dapat memujuk Didier Drogba untuk menyertai Anelka di China setelah Chelsea teragak-agak untuk melanjutkan kontrak Drogba 1 tahun lagi.


Walaubagaimanapun, Shanghai Shenhua bakal mendapat saingan Anzhi Makhachkala, AC Milan dan PSG untuk mendapatkan khimat Drogba.


Selain Drogba, nasib pemain Chelsea yang lain seperti Alex, Poulo Ferreira dan Frank Lampard tidak menentu apabila GAGAL mendapat perhatian pengurus Chelsea, Andre Villas Boas sejak akhir-akhir ini. 


Apa-apa pun SELAMAT MAJU JAYA untuk Nicholas Anelka. Terima Kasih atas sumbangan anda selama berada di Stamford Bridge....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




Majlis keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin (Yang Di Pertuan Agung Ke 13) 2007-2011 dan Tuanku Nur Zahirah telah pun berlangsung pagi tadi (12 Disember 2012) dengan penuh istiadat diraja.


Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin ini adalah sebagai upacara berakhirnya tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Upacara gilang gemilang ini turut disiarkan secara langsung (live) di TV1.


Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi.


Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.




Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai ”muskat” turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja.


Hari esok (selasa 13 Disember 2011) akan berlangsungnya pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 14 yang baru iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Sultan Kedah). Untuk rekod ini kali ke 2 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menaiki takhta sebagai Yang Di Pertuan Agong.


Jangan lupa saksikan Majlis Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah esok. Upacara penuh adat istiadat ini akan disiarakan secara langsung (live) di TV1. Jangan lupa tonton ya, upacara seperti ini hanya berlangsung sekali dalam tempoh 5 tahun. Memang rugi kalau tak tengok !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Senarai Calon FIFA FIFPro World XI (First Eleven) 2011



Baru-baru ini FIFA telah menyenarai pendekkan 55 nama sebagai calon pemenang FIFA FIFPro World XI (First Eleven) 2011.


Pemenang FIFA FIFPro World XI (First Eleven) 2011 ini akan diumumkan pada Anugerah FIFA Ballon d’Or di Zurich pada 9 January 2012.


Sebanyak 50,000 pemain bolasepak profesional dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dengan mengundi seorang penjaga gol, 4 pemain pertahanan, 3 pemain tengah dan 3 penyerang terbaik dunia untuk dimasukkan dalam kesebelasan terbaik dunia 2011.


Jom kita lihat bekas pemenang FIFA FIFPro World XI (First Eleven) 2010 :-




Daripada senarai calon pemenang FIFA FIFPro World XI ini, 12 Sepanyol telah disenarai pendek di ikuti oleh 8 dari Brazil, 5 dari England dan Jerman, 3 dari Perancis, Holland dan Italy, 2 dari Ivory Coast, Argentina dan Uruguay dan 1 dari Wales, Belgium, Colombia, Sweden dan Cameroon.  


Sebanyak 22 orang calon bermain di Liga Primera Sepanyol, 18 dari Liga Perdana Inggeris, 9 dari Serie A Italy, 4 dari Bundesliga Jerman dan 1 dari Liga Russia dan Liga Brazil. 


Inilah dia senarai 55 calon pemenang FIFA FIFPro World XI (First Eleven) 2011.

Penjaga Gol :
Gianluigi Buffon (Italy, Juventus), Iker Casillas (Spain, Real Madrid), Manuel Neuer (Germany, Bayern Munich), Víctor Valdes (Spain, Barcelona), Edwin van der Sar (Netherlands, retired, formerly Manchester United).
Pertahanan :
Eric Abidal (France, Barcelona), Dani Alves (Brazil, Barcelona), Ricardo Carvalho (Portugal, Real Madrid), Ashley Cole (England, Chelsea), Patrice Evra (France, Manchester United), Rio Ferdinand (England, Manchester United), Vincent Kompany (Belgium, Manchester City), Philipp Lahm (Germany, Bayern Munich), Lucio (Brazil, Internazionale), David Luiz (Brazil, Chelsea), Maicon (Brazil, Internazionale), Marcelo (Brazil, Real Madrid), Alessandro Nesta (Italy, AC Milan), Pepe (Portugal, Real Madrid), Gerard Piqué (Spain, Barcelona), Carles Puyol (Spain, Barcelona), Sergio Ramos (Spain, Real Madrid), Thiago Silva (Brazil, AC Milan), John Terry (England, Chelsea), Nemanja Vidic (Serbia, Manchester United). 
Pemain Tengah :
Xabi Alonso (Spain, Real Madrid), Gareth Bale (Wales, Tottenham Hotspur), Sergio Busquets (Spain, Barcelona), Cesc Fabregas (Spain, Barcelona), Andres Iniesta (Spain, Barcelona), Kaka (Brazil, Real Madrid), Frank Lampard (England, Chelsea), Nani (Portugal, Manchester United), Mesut Ozil (Germany, Real Madrid), Andrea Pirlo (Italy, Juventus), Bastian Schweinsteiger (Germany, Bayern Munich), David Silva (Spain, Manchester City), Wesley Sneijder (Netherlands, Internazionale), Yaya Toure (Ivory Coast, Manchester City), Xavi (Spain, Barcelona).
Penyerang :
Lionel Messi (Argentina, Barcelona), Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid), Wayne Rooney (England, Manchester Utd), David Villa (Spain, Barcelona), Samuel Eto’o (Cameroon, Anzhi), Sergio Aguero (Argentina, Manchester City), Neymar (Brazil, Santos), Didier Drogba (Ivory Coast, Chelsea), Zlatan Ibrahimovic (Sweden, AC Milan), Luis Suarez (Uruguay, Liverpool), Radamel Falcao (Colombia, Atletico Madrid), Edinson Cavani (Uruguay, Napoli), Karim Benzema (France, Real Madrid), Mario Gomez (Germany, Bayern Munich), Robin van Persie (Netherlands, Arsenal)

Kalau edisi 2010, senarai kesebelasan terbaik dunia banyak ditentukan oleh prestasi pemain beraksi di Piala Dunia 2010 namun untuk edisi kali ini dijangka dinilai berdasarkan prestasi pemain ketika pusingan kelayakan EURO 2012, Liga Juara Juara Eropah, Piala UEFA dan kejohanan liga tempatan.


Ini ialah ramalan saya untuk pemenang FIFA FIFPro World XI (First Eleven) 2011 :-

Penjaga Gol : Edwin Van Der Sar   
Pertahanan : Dani Alves, Nemanja Vidic, Gerard Piqué, Patrice Evra 
Pemain TengahDavid Silva, Wesley Sneijder, Xavi, Gareth Bale 
PenyerangCristiano Ronaldo, Lionel Messi, Mario Gomez

Anda pula bagaimana ? Siapa pemain pilihan anda untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik dunia 2011 ? Apa-apa pun jangan lupa Anugerah FIFA Ballon d’Or pada 9 Januari 2012 nanti untuk mengetahui keputusan rasminya..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget