Tahukah anda apa itu Perbankan Islam? Mungkin anda pernah dengar tetapi tidak mengetahui secara jelas konsepnya. Kali ini aku nak share dengan anda semua apa itu Perbankan Islam dan konsepnya.
Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional tetapi operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat (peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah).
Di antara konsep-konsep Islam yang selalu diguna pakai di dalam perbankan Islam ialah:
- Satu perjanjian di antara pemberi modal dengan pengusaha projek di mana pengusaha projek menggunakan dana untuk menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dikongsi di antara pemberi modal dan pengusaha projek mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian pula ditanggung sepenuhnya oleh pemberi modal.
- Penjualan barangan adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan.
- Sama seperti akaun simpanan konvensional, wadiah membolehkan pendeposit mendepositkan dana ke dalam institusi perbankan yang dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana. Pendeposit mungkin diberi 'hibah' (hadiah) di atas budi bicara institusi perbankan, kepada pendeposit kerana membenarkan penggunaan dana tersebut.
- Biasanya digunapakai bagi pernigaaan perkongsian untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangan modal.
- Penjualan barang berdasarkan pembayaran tertangguh pada harga tertentu, yang termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui
- Peserta melantik seorang wakil untuk melaksanakan dan menjalankan transaksi bagi pihak beliau.
- Pinjaman yang diberikan atas semangat ihsan dan peminjam hanya dikehendaki membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja. Walaubagaimanapun, di atas budi bicara peminjam, beliau boleh membayar balik pinjaman melebihi jumlahnya sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.
- Terbahagi kepada dua perjanjian:-
- a) Perjanjian Ijarah adalah perjanjian di mana pelanggan akan memajak kereta tersebut daripada pemilik (institusi perbankan) pada kadar sewa yang telah ditentukan terlebih dahulu untuk suatu tempoh tertentu.
- b) Perjanjian Bai' akan dikuatkuasa untuk membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang telah dipersetujui pada akhir tempoh pemajakan.
- Penjualan aset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh dan serterusnya aset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara tunai pada harga diskaun.
- Sagu hati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada pinjaman yang diberi atau manfaat yang diterima