Sekarang ni banyak kes-kes jenayah siber membabitkan penggodam profesional yang menceroboh laman-laman web kerajaan, bank-bank bertaraf antarabangsa dan juga akaun persendirian
Jarang kita dengar isu ini di media massa. Isu ini mungkin kecil tetapi kesannya kepada individu amat besar kerana kecurian maklumat peribadi yang dimanipulasi ibarat kecurian maruah yang tidak dapat dikembalikan.

Jenayah siber bukan sahaja membabitkan penggodaman komputer, tetapi ia juga dalam bentuk penipuan, pencurian identiti, spam, phishing, pencurian data, spyware, malware dan sebagainya.
Penjenayah siber sering memilih laman web yang populari seperti laman web membeli belah, perbankan, serta laman-laman lain yang sering meminta data peribadi dan maklumat kewangan dengan tujuan menipu pengguna.
Pengguna Internet dinasihatkan agar berwaspada atau berfikir dahulu sebelum mendedahkan maklumat peribadi di ruang maya.
Kepercayaan hanya boleh wujud melalui perkahwinan, politik, perniagaan dan persahabatan tetapi tidak melalui Internet. Pastikan sumber yang diperolehi disiasat dan disahkan sebelum kita memberi apa-apa maklumat.
Adios~~~